Thursday, January 28, 2010

zaman skulah~


zaman skolah kompom paling best for most of person yg masuk skolah...rasanya laa...sama la mcm aku...even lagu tadika aku pon aku ingat lagi...umor 5 taun aku dh masuk PASTI...lagunya mcm ni:
PASTI ini, PASTI Islam,
tempat belajar jumpa kawan semua Islam,
Guru ajar alif ba ta,
ABC juga wahid isnin selasa,
buat jahat dapat dosa,
buat baik dapat pahala,
selamat datang beri salam,
sungguh bagus ke PASTI Islam,
dapat tahu hukum hakam,
agar hidup ALLAH sayang.........(nyanyi dgn suara comel yg penuh smngt)

umur aku 7 taun,aku masuk skolah..namanya SK Sik...dekat je umah.oleh sbb dekat ngn umah,aku kena naik basikal.....6 taun tu naik basikal....penat naik turun bukit..tapi itu la pengorbanan untuk dapat 5A....aku sgt suka bila hujan,,sbb ayah akan hantar gi skolah.....pastu 'cewi' ngn kwn ayah hantar....org lain x kesah pon tapi amat bermakna bagi aku bila ayah hantar gi skolah...huhu...aku sgt berharap aku dpt SBP time form 1,tapi tu laaa.....wamakaru wamakarallah wallahukhoirolmakirin.....aku masuk SMKA Sik....kat situ aku jadi pengawas....kat situ juga aku kenal awatif mohd rusli a.k.a pooyuh merangkap rumet n kembar aku kat USMKK sekarang....kekecewaan aku terubat bila aku dapat tawaran KISAS time form 4...org yg paling seronok time tu ialah mak aku sbb beliau dlu KIK....kiranya aku masok skolah lama dia laaa....hmmm...bg aku,KISAS sgt berbeza dgn skolah2 yg pernah aku masuk...bkn la aku x hargai SMKA Sik,aku sgt hargainya sbb tnpa SMKA Sik,aku x pt la masok KISAS,tapi biah KISAS sgt le berbeza...








abes je KISAS,aku sambung masuk Darul Quran...(nk elak pegi khidmat negara)huhu.....x dek la niat mcm tu,tapi alhamdulillah,at least aku dapat hidayah.aku blajar budaya hamalatul quran,mcm mna cra hidop huffaz....awal2 aku masuk...smpai mimpi pon mimpi menghafal...mula2 mmg sgt susah untuk hafal,smai nangis2 aku bila kol family(haha...aku nangis)....tapi lama2 dah okey...satu muka 15 minit pon dah dapat...alhamdulillah.sbnrnya,x ckop lengkap seorg hafiz itu kalo xpenah menangis...tu kakak senior la ckp...tapi mmg btol....kalo x menangis tu,maybe ada sthg wrong....muhasabah balik laa....bila dah satu sem aku kt sna,aku dpt tawaran KMPP....aku istiharah sbb aku sgt2 bingng time tu....dugaan teresar aku lalui sepanjang bulan 4 di situ....aku tau ada hadis ckp:

Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

bdk2 kelas tasmi'

aku keluar drpd DQ atas byk faktor,salah satunya sbb aku dpt mimpi aku kt satu tmpt lain yg x pernah aku tgk.dn tempat aku jumpa bila aku dftr masuk KMPP...1st day aku kt KMPP pon ckop utuk aku terkejut dgn budaya...tapi aku alhamdulillah x terinfluence dgn culture shock tersebut....nauzubillahminzalik..idop kt KMPP pon x kurang bestnyer even staun je kt situ...dekat sket ngn umah....habes setaun kat sna,aku dapat la USMKK universiti APEX terchenta ini....hmmm....penat jugak aku mengarang....exercise jari kalo mcm ni slalu....

bacalah pesanan terakhir Rasulullah s.a.w kepada umatnya...

Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu…

Bismillah permulaanku~



Assalamualaikum w.b.t
Julung kalinya aku terlbat dlm hal2 blog seperti ini....(x percya!!!)
x tau knapa....tapi permulaannya sbb awatif rumetku start buat..so...y not i try..kn? kadang2 cuba bnda baru ni x slh kalo x lari drpd syariat...insyaAllah~

contengan jalanan

get this widget here