Wednesday, July 27, 2011

Semulia Ramadhan Seindah Lebaran

bismillahirrahmanirrahim





Salam Ramadhan untuk semua!!!!! ^-^


Apa perasaan kita bila nak sambut Ramadhan??? Berdebar tak macam tunggu result exam??Atau excited macam nak naik pentas masa hari anugerah cemerlang??? atau pun tak ada perasaan macam baca nota kuliah?? 


Alhamdulillah, kita bakal bertemu dengan Ramadhan. Allah masih panjangkan umur kita untuk jumpa shahrul Quran. Dah pasang niat belum untuk Ramadhan kali ni?? Harapnya Ramadhan kali ni jadi pesta ibadah untuk kita semua.


Kalau dari kecil lagi tak pernah sembahyang tarawikh, Ramadhan kali ni, boleh la cuba-cuba berjinak dengan tarawikh.


Kalau dari dulu, memang malas sangat bangun sahur, cuba kali ni, bangun sahur. nak lagi bagus, kalau yang tengah bercuti kat rumah, boleh la bangun sediakan sahur untuk family. Tak kisah la lelaki ka perempuan. Baru anak soleh dan solehah kan???


Kalau dulu, lepas sahur, tumbang terbongakang atas katil, apa salahnya kali ni, lepas or sebelum sahur, tahajud 2 rakaat. Nak lagi bagus sambung dengan solat sunat lain, sementara tunggu subuh kan??


Kalau Ramadhan lalu, sepanjang hari puasa tidur ja, apa kata kali ni, buat kerja2 bermanfaat untuk elakkan dapat makruh puasa.


Kalau Setiap hari, mulut berceloteh ja, Ramadhan kali jadikan permulaan untuk kawal percakapan. Boleh laa kurangkan mengumpat, mengata sikit kan?? Lama-lama terbiasa la dengan kata-kata tanpa umpatan dan kata-kata tak elok.


Kalau Ramadhan lalu, baca quran satu muka surat sehari, cuba Ramadhan kali ni baca 2 page satu hari. Lagi bagus kalau boleh khatam Quran dalam Ramadhan kali ni.


Kalau Ramadhan lalu, asal berbuka ja, penuh meja,padahal makan 3 orang ja, apa kata kali ni, bajet-bajet sikit sesuai untuk berapa orang yang makan.


Kalau Ramadhan dulu, makan sendiri-sendiri ja, untuk Ramadhan kali, boleh laa bagi-bagi sikit dekat jiran-jiran...sharing is loving kan...hehe


Pendek kata, jadikanlah Ramadhan kali ni, lebih baik daripada Ramadhan lepas. 


 Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keridhoan) Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (HR. Bukhari)


p/s: teringat masa mula2 belajar puasa.. 


Sunday, July 24, 2011

Bila Ustazah jatuh cinta

Rasa macam menarik untuk dikongsi bila baca artikel ni dari blog sahabat saya.(rasa comel pulak guna 'saya')
Ustazah jatuh Cinta?
Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa.
 
...Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. 
Namun sebaliknya.
 
Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci
 
Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.
 
Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
 
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
 
Alangkah kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. 
Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.
Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.
 
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
Walaupun telah ramai yang ustazah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia..
p/s; bila saya share artikel ni, tak bermakna hati saya dah disinggah oleh mana-mana ajnabi :) hehe

Wednesday, July 20, 2011

aktiviti masa cuti

bismillahirrahmanirrahim


Rasa kejaaaaaap ja masa berlalu kan?? Macam baru ja cuti hari tu. Tengok-tengok lagi sebulan lebih ja lagi nak masuk U balik, kan??  Satu malam ni, aku terfikir benda apa yang dah aku buat sepanjang cuti ni. Esoknya aku brainstorm untuk sedapkan hati. Tak ada la aku rasa terbuang sangat masa cuti aku, kan??


Antara benda yang aku dah buat sepanjang cuti ni ialah:
  1. Ambil dan hantar adik-adik aku yang belajar dekat SMKA Sik, SMS Sultan Mohamad Jiwa, SMS Tun Shed Sheikh Shahabudin.
  2. Jadi surirumah tangga sepenuh masa. (semua kerja aku buat tau,...jangan main2, tak lengkap sebab tak ada suami ja...hahhahaha *sila jangan fikir kotor...keh3*)
  3. Baca buku. Antaranya:
  •  buku 'Diary of a Wimpy Kid' by Jeff Kinney. Tak sedar pulak aku dah kumpul 5-5 siri buku tu. Sekarang kumpul buku 'Big Nate' pula. Writer yang sama. Cuba la... menarik!!
  • komik Detective Conan yang ada kat rumah aku (ada la dalam 11, 12 buah)
  • Novel Ramlee Awang Murshid. Aku ulang balik baca 5 buku siri Laksamana Sunan.Yang lain2 aku selak2 ja...
  • Buku kisah pejuang Islam PTS by Abdul Latip Talib: 4 Imam, Salahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fatih, Rabiatul Adawiyah, Thariq.
  • Surat khabar Berita Harian, Metro, Kosmo. (ikut la beli yang mana)
  • Komik Jepun cintan-cintun yang adik aku punya
4. Tengok tv:
    

    

   

5. Tengok movie dekat laptop. Tak sia-sia aku save banyak2 cerita sebelum cuti hari tu. :)
6. Sambung hafal quran. Harap-harap by Ramadhan ni, aku dapat habiskan hafal 30 juzuk. Sikit lagi tinggal...gambatte kundasai!!!!!

Banyak kan, kerja yang aku buat sepanjang cuti ni. Ni tak termasuk tidur,facebooking, jaga mak aku masa dia masuk wad tiba-tiba hari tu, sambut birthday dekat hospital, shopping, tidur. Oh, a'ah....nanti insyaAllah jalan pergi Melaka hantar adik aku masuk UiTM Alor Gajah. =)

Aku berusaha untuk isi masa lapang aku dengan penuh bermanfaat... Kira boleh la kan ni?? 

"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)

contengan jalanan

get this widget here