Saturday, December 31, 2011

Jangan lengahkan....



Maksudnya: Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Terngiang-ngiang suara azan dari asrama putera. Rasanya muazzin yang azan masa zohor tadi sama dengan yang selalu azan masa Subuh. Subhanallah, bagusnya dia. Calon anak soleh.

Entry kali ni bukan nak cakap pasal siapa muaazzin tersebut Tapi lebih penting panggilan mulia yang dilaungkan tu yang menjadi topik hangat perbualan kita pada hari ni *skrip MHI*

Perasan tak kita, bila kita bandingkan masa yang kita ambil untuk bertindak terhadap panggilan telefon dan panggilan bertemu Allah sangat berbeza. Kalau handphone bunyi, tak sempat nak sampai chorus lagu *bagi yang set lagu sebagai ringtone*, dah menggelabah tekan butang hijau terima panggilan. kan, kan???Kalau azan, dah habis azan 30 minit pun, tak bergerak, tambah-tambah kalau mengadap movie, tak pun facebook. Lainlah kalau yang tidur dan tak sedar.

Sebenarnya, saya pun sama. Tapi, saya nak berubah insyaAllah. anda semua nak berubah juga? Ada hadis Rasulullah riwayat Imam Tarmizi, Rasulullah s.a.w berpesan kepada Ali r.a, " Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadinya, wanita bujang apabila telah ditemui kufunya."

Kalau bab kahwin, seronok ja semua. Laju jaa nak tunaikan,kan...haha.. Tapi kalau bab sembahyang, Allah...huhu.. Kan nanti perkara pertama yang akan dihisab di akhirat ialah solat kita.

Jom sama-sama percepatkan tindak balas terhadap laungan azan. Sikit-sikit berubah, lama-lama akan terbiasa solat awal, InsyaAllah...

Sunday, December 25, 2011

Sungguh,rindu itu menebal..



" Alhamdulillah, pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita merafa' kesyukuran kehadrat Allah kerana dengan izin dan inayahnya masih kita merasa nikmat Islam dan iman. Alhamdulillah. Seperti mana yang kita tahu, majlis ilmu merupakan antara taman-taman syurga."

Sungguh, rindu benar dengan ayat tersebut. Ayat yang pada suatu masa dulu, boleh di miming setiap kali pentazkirah mulakan tazkirah masa di KISAS dulu.

Sekarang, mungkin ada, tapi tak la sama. Ada bezanya.

Tempat berlainan masyarakatnya...
Suasananya...
Tarbiyahnya berbeza...
Bi'ahnya tak terasa...
Ukhuwahnya tidak seteguh mana...

Dulu, setiap kali lepas solat ada disuap santapan rohani. Sekarang, habis solat, bergelak ketawa. Bersuka ria tak ingat masa. Ibarat hidup tak ada duka.

Mana pergi semua tarbiyah yang pernah dapat dulu???
Kenapa dibiarkan terkubur saja tanpa disegarkan dengan yang baru?
Hafalan semua haru-biru...
Semua tu amanah, jangan tak tahu..

Imam Shafi'ie dulu jalan beribu-ribu batu nak cari ilmu.
Sekarang, bukannya susah sangat pun, masjid surau depan mata. Tapi alahai, beratnya nak jalan ke sana. Dunia hujung jari pun guna untuk perkara tak sepatutnya.
Allah dah kata, tak ada orang lain yang dapat ubah nasib sendiri melainkan diri sendiri. Semestinya dengan usaha dan tawakal kepada-Nya.

Kejar dunia, dapat dunia. Kejar akhirat dapat kedua-duanya. Apa yang diragukan lagi dengan janji Allah??
Hendak jadi orang beriman, bersamalah orang beriman...
Impikan jadi ahli syurga, dampingi ahli syurga....

mood: muhasabah
-kuatkan semangat untuk habiskan hafalan. sikit lagi~!!!ganbatte kundasai. when i said kundasai. it means kundasai. jiddan jiddan

Thursday, December 22, 2011

Laman Sosial Milik Kita

Dah lama rasanya saya tak membelek blog ni. Bukan takat sawang, habuk tebal 3cm pun boleh jumpa kat sini. Ok, itu semua hanya hyperbola.

Sebenarnya saya ada terfikir tentang laman sosial yang saya ada dan mungkin boleh saya katakan, kita semua ada. Yang tak ada tak apa la. Jangan nak mengada-ngada. *merepek level 7*

Pernah tak kita terfikir, apa yang akan terjadi pada laman sosial kita setelah kita meninggalkan dunia yang fana ini. Siapa yang nak tutup account untuk kita sebab semua orang kebiasaanya tak beritahu orang lain password sendiri. (Lain la kes couple atau suami isteri yang berkongsi password)

Ada seorang sahabat cakap, "sebab tu la kita kena ada tulis segala password kita dekat buku. Tak pon bagitau orang lain" Tapi wajarkah. Mungkin orang yang kita bagitau password tu akan stalk kita.

Tak pun dia terbagitau kat orang lain... *contoh amalan buruk sangka dalam kehidupan* Tak pun buku tempat kita tulis segala rekod password tu, dibaca orang. Lagi dahsyat buku tu pun kita sendiri tak tau letak mana.

Jadi macam mana? ikut cara masing-masing sebenarnya. Langkah terbaik bagi saya laa, kita jaga laman sosial kita dengan baik. Gunakan dengan penuh manfaat. Sebolehnya jaga muamalat *hubungan* lelaki dan perempuan. Sebab kita semua pun tahu kan, setiap perkara yang kita buat atas muka bumi Allah ni akan dipersoal. tak gitu?

Buatlah cara menumpang.. Nama pun bumi ciptaan Allah. Bukan kita punya. Kita singgah kejap ja. Islam datang dengan dagang dan akan pergi dengan dagang juga.


p/s: susah sebenarnya nak kawal laman sosial sendiri. =.="

-Alhamdulillah. tahniah Hasanah Izyani(adik bongsu) atas kejayaan 7A 1B dalam PMR.

Sunday, December 4, 2011

Riadah juga penting~

Saat saya menaip untuk tajuk kali ni, saya berada di bilik 7-21 Desasiswa Saujana, USM Pulau Pinang.

Sebenarnya nak kongsi kegembiraan menang bola tampar lepas kalahkan team Desasiswa Murni masa dekat final. Alhamdulillah Nurani dah jadi juara bertahan selama 5 tahun (kot)
muka gembira


Alhamdulillah~
sibuk belek pingat

"bersukan dan beriadahlah"
-hargai nikmat sihat-

hehe

contengan jalanan

get this widget here