Monday, January 31, 2011

Moga Selamat

Bismillahirrahmanirrahim

"dan mengapa kami tidak akan er'tawakkal kepada Allah,sedangkan Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh akan tetap bersabar terhadap gangguan yang kamu lakukan kepada kami.dan hanya kepada Allah saja orang yang bertawakkal berserah diri"
ibrahim:12

Semoga mereka dilindungi Allah di sana. Risaunya....

Petang tadi, aku dapat message ym dari kawan aku ex-KISAS yang study di Mesir. Dia dah sampai Malaysia. 

Dia kata, Mesir tengah perang sekarang. Doakan sahabat-sahabat kita yang masih di sana. Ramai student Mesir yang keluar dari Egypt.

Latest news, kerajaan Malaysia tengah berusaha memindahkan student malaysia di Mesir ke Jordan.

Moga dimudahkan segala urusan..
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung Ya Allah.

Berikanlah ketenangan kepada bumi Mesir....

Monday, January 24, 2011

tidak boleh tidak rajin

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa kelas, selalunya kalau masuk 1, keluar mungkin akan jadi 0. betapa negatifnya aku. hoho. hyperbola. Study dekat bilik, malam nak test, baru selak nota.(at least tengok juga kan?) Macam ni ka nak dapat dekan. Doa saja, usaha kurang..emmm...Masuk maal hijrah hari tu, kononnya nak berubah jadi rajin. tapi tak nampak gaya pun. macam mana ni hanum? 

Balik kelas hari ni, aku saja-saja la jenguk fb, e-mail, blog, berita harian. Tiba-tiba terasa nak buka baca artikel. Ternampak satu artikal ni, maka terbacalah aku. Menarik dan penuh motivasi.


Nak baca sekali tak??meh aku cerita. aku kan pandai bercerita~

Suatu hari, Imam Abu Hanifah jalan-jalan. Sampai dekat satu rumah ni, dia terdengar suara orang merintih sebab tingkap dia terbuka. Orang dalam rumah tu, merintih mengenang nasib sambil nangis-nangis.
Dia kata, " Aduhai malangnya nasib aku. Aku lah yang paling malang kat dunia ni. Dari pagi, tak makan apa-apa lagi. Ada ka siapa-siapa yang murah hati nak bagi aku minum walau setitk air...."

Abu Hanifah mestilah rasa kesian bila dengar. Beliau pun balik rumah, ambil sebungkus wang. Beliau pun lemparkan bungkusan tersebut ke rumah orang tadi. Orang yang mengeluh tu pun terkejut laa. Mana pulak wujud bungkusan kan... Dia pun buka. Buka-buka ja, dia nampak wang dengan surat. Dia pun baca surat tu. Surat tu tertulis:


" Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah s.w.t. dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."


Esoknya, Imam Abu Hanifah lalu lagi depan rumah tu. Beliau dengar, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, bagilah aku bungkusan macam semalam. Kalau tak, melaratlah hidup aku.huhuhu"


Bila Abu Hanifah dengar ja, Beliau pun lemparkan satu bungkusan berisi wang dan secebis kertas ke rumah tersebut. Orang dalam rumah tu pun rasa seronok sangat-sangat. Macam yang sebelum ni, dalam bungkusan tu, ada surat tulis, 

"Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah s.w.t.. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah s.w.t. tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah s.w.t. tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah s.w.t.. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."



Lepas ja baca surat tu, orang tu pun termenung. dia insaf....Dia dah sedar yang dia malas selama ni. Esoknya, orang tu pun cari kerja. Dia dah berubah jadi rajin....Alhamdulillah

Aku nak jadi rajin juga. Susahnya nak lawan perasaan malas niii...
Aku rasa malas nak malas, sebab asyik malas la buat aku malas...



happening weekend

bismillahirrahmanirrahim


Penat fikir math. Rasa nak menulis kejap.(menulis ka menaip?)
weekend ni, adalah antara weekend yang bermakna dalam hidup aku. Aku ada reunion dekat Kuala Lumpur dengan budak-budak KISAS dikecilkan lagi skop, dormate dulu. Kami rancang dah dekat sebulan nak gather balik. Alang-alang budak Aussie dan NZ balik. Bukan selalu boleh jumpa. Kawan aku semangat nak support aku naik flight semata-mata nak ajak aku pergi juga. 


Pada mulanya aku tak mau sebab jauh.Nak naik bas, aku cam risau sikit lalu Gua Musang. sebab terpengaruh dengan cerita kemalangan yang banyak sangat. Nak naik train, alamat berjanggut la aku dalam tu.(cerewet!!)
then, kawan aku belanja naik fliht. Lagipun ada promo. So, dia book. 


Pagi Jumaat, aku patutnya naik flight 8.55 dr KB ke LCCT. Tapi flight tu bermasalah sebab kawan aku salah book.Dia book atas nama dia. So, dia lah yang patut naik. Aku terpaksa beli tiket flight baru(yang murah....bukan MAS). Aku naik pukul 3. Sampai sepatutnya pukul 4. Tapi, flight sampai 15 minit lebih awal. Turun kapal terbang, aku naik Aeroliner pergi KL Sentral. Sampai KL Sentral, aku ambil Komuter turun stesen UKM. Alhamdulillah perjalanan lancar. 


Kawan aku nama Solehah ambil aku di Stesen UKM. Kemudian dia hantar aku ke rumah sewa Afiqah.(juga kawan aku). Afiqah tinggal dengan 9 orang lagi. Rumah dua tingkat. agak besar. Mula-mula aku masuk, aku nampak ada tulis nota dekat bakul sampah : Sila buang sampah basah di tong sampah luar. ini kan RI =)


RI??? apa tu??? Aku tanya kawan aku. Dia kata, RI bermaksud Rumah Islam. 
Apa yang dimaksudkan dengan rumah Islam?? Aku blur...


Tak sampai 15 minit, kawan aku angkat air dari dapur. Aku jadi segan pula. skema ja duduk rumah orang. Aku segan dengan akak-akak kat situ walaupun mereka nampak sempoi sahaja. Masa tu, ada 4 orang sahaja di rumah. Dekat pukul 6.45, ada dalam 4 orang lagi balik. Depa balik dari joging. Wah, bagusnya!!!bersukan... Depa kata, bersukan kan salah satu ciri dalam membentuk peribadi Islam yang unggul.....


Tak lama lepas tu, maghrib pun dah nak masuk. dalam beberapa saat, kawasan ruang tamu rumah tu, jadi macam surau. Semua solat jemaah.alhamdulillah...


Aku naik atas. Melawat kawasan dekat atas. tak lama lepas tu, akak-akak tu panggil turun, makan. Rasanya sebelum aku sampai, depa dah masak. rindu masakan rumaaaahhh!! baunyaa...Allah....nikmat dunia~
Aku turun dengan excitednya. Dalam fikiran aku, mesti makan berhidang macam biasa la. Aku nak pergi tolong hidang. Tapi, bila aku turun subhanallah Makan dalam talam. Seingat aku, aku makan dalam talam masa kecil-kecil dulu dan masa kem dekat KISAS dan Darul Quran. 


Rindunya suasana itu, hanya Allah yang tahu. Aku jadi segan makan dengan akak-akak tu(aku memang pemalu orangnya)... Habis makan, kami kemas-kemas. Ada akak-akak yang sibuk bersiap untuk pergi khatibah, usrah dan meeting. Walaupun ada antara akak-akak tu yang dah bekerja, tapi masih sempat luangkan masa untuk cari halaqah ilmu.

Aku duduk di rumah dengan kawan aku sebab lepas isya' Solehah nak jemput kami. Ada akak yang tinggal kat rumah juga. Kemas-kemas rumah sambil sembang-sembang. Sepanjang depa bersembang, semuanya dikaitkan dengan tokoh Islam, sirah rasul, tazkirah. Semuanya secara tak formal dan sangat lepak. Perbualan santai yang sangat berilmiah dan aku tak terasa berat otak sangat macam kalau pergi usrah... Aku tak sangka wujud suasana islamiah yang sangat harmoni dan best!!! sangat sempoi cara akak-akak tu berbual tapi ada isi.


Itu rupanya RI yang dimaksudkan. Yang sentiasa mengamalkan ajaran Islam dalam perbuatan dan perbualan harian. Sungguh aku mahukan suasana macam tu. huhu...


Malam tu, aku pergi rumah Solehah. tidur dekat rumah dia. Dia duduk sorang sebab keluarga dia Balik Seremban nak sambut rombongan meminang untuk kakak dia. Malam tu, sebelum tidur, aku sembang dengan Solehah. Aku cerita pengalaman aku masa dekat RI. Solehah pun cerita kenapa perlu wujud RI.


Rupanya untuk membentuk individu muslim. Daripada individu Muslim, wujud Baitulmuslim, kemudian, masyarakat Muslim, daulah islamiah hinggalah Islam menguasai Dunia semula insyaAllah. Rupanya untuk bentuk baitulmuslim yang disebut-sebut oleh kawan-kawan dulu, susah juga. Kena bentuk individu musim dulu. Untuk bentuk individu muslim, perlu ckup 10 macam syarat la untuk jadi individu muslim yang unggul. pegang ibadah betul2, banyak laaa. Tak lupa juga, bersedia untuk berdakwah. 


Kami sembang sampailah kami tidur.. Esoknya, lepas Subuh, kami bersiap-siap untuk keluar. Sampai KL sentral, kami jumpa Dhiana, Hidayah Aminah dan Masturah. Kami ambil monorel turun dekat Imbi, lepas tu, masuk Time Square.Jumpa Siti Nor Zakiah dekat situ.Lepas tu, Main tak ingat dunia. Sampai nak termuntah rasa. Makan sama-sama, semua pulak perempuan. seronok!!! Window shopping~ 


Sampai pukul 6, kami bertolak balik. sampai KL sentral, solat kat situ dan dinner. Rasa masa cepat sangat berlalu. Banyak benda kami bualkan. Update kawan-kawan lain, dan aku dapat tau, ada batch aku yang dah bertunang~ketua kelas aku dulu....sungguh tak sangka...aku bila pulak???hahahaa(sapa la nak)


Sampai dekat stesen UKM, Dhiana turu situ dulu. Aku, Dayah Minah dan Kiah turun dekat Nilai. Solehah terus ke Seremban.Solehah bagi aku t-shirt, mafla, dan snow cap untuk aku bawa pergi Beijing nanti. seronokkkkk!!!!Tapi ada cop New Zealand la sebab dia belajar dekat sana. Malam tu, aku tidur dekat rumah sewa Dayah Minah. Sebelum tidur, bertungkus lumus aku belajar Math dengan Dayah Minah.Dia pun ambil juga. Alhamdulillah, belajar juga aku. 


Esoknya, Ahad, dalam pukul 9 aku naik bas dari Nilai ke KLIA. Kemudian tukar bas ke LCCT. Sampai LCCT, dah la sorang-sorang. berapa kali aku pergi kaunter pertanyaan tanya kaunter segala bagai. Agak-agak sampai penjaga kaunte tu dah muak tengok muka aku, aku pun telefon shahira. banyak kali jugak!!hahaha....sorry shahira...hahahaha


1.40 aku naik flight. Tapi flight balik Kelantan tak seseronok masa pergi. Landing pun macam tak smooth.(banyak komen plak). Dari airport, wani dan aini shafiqa ambil aku. terima kasih semua yang terlibat dalam misi saya kali ini. Jasamu dikenang. 


p/s: seronok naik flight free~ =)
panjang pula entri kali ni.... agak-agak rasa boring tak payah baca

Wednesday, January 19, 2011

Untuk diambil iktibar

Bismillahirrahmanirrahim
Aku terbaca cerita ni... aku tak pernah dengar cerita ni sebelum ni. So, excited nak post supaya bila-bila aku baca balik.. Ceritanya mengenai kasih sayang Allah terhadap manusia....
Suatu ketika Allah swt perintahkan nabi nuh a.s utk dakwahkan kaum dia supaya beriman dgn Allah swt.....
maka nabi nuh a.s telah buat dakwah atas kaum dia selama 950 tahun,
itupun hanya lebih kurang 80- org sahaja yg beriman mengikuti ajarannya...
yg lain semuanya ingkar,bukan setakat ingkar malahan menghina,menganggu, mencederakan nabi nuh a.s sehinggakan nabi nuh a.s telah di timbuni batu yg tinggi seperti tingginya gunung ganang yg mana nabi nuh di timbun di dalamnya akibat balingan hujan daripada kaumnya yg ingkar....
maka nabi nuh a.s telah putus asa dan meminta supaya Allah swt binasakan kaumnya....
sebelum itu Allah swt perintahkan nabi nuh a.s membuat dan mengukir satu tembikar yg paling cantik selama tiga hari tiga malam tanpa tidur dan rehat....
maka nabi nuh a.s pun telah mengikut perintah Allah swt selama tiga hari tiga mala tanpa henti,rehat dan tidur....
maka terciptalah sebuah tembikar yg begitu cantik dgn ukirannya hasil pengorbanan nuh a.s menciptanya......
selesai sahaja tembikar tersebut siap maka Allah swt perintahkan nabi nuh a.s supaya membaling tembikar tersebut ke tanahsupaya tembikar tersebut hancur dan binasa....
maka di katakan nabi nuh a.s telah menangis dan memujuk Allah swt supaya tak pecahkan tembikar tersebut kerana dia telahkorbankan seluruh masa,tidur,dan rehatnya tanpa henti selama 3 hari 3 malam,tetapi Allah swt tetap perintahkan padanya supaya baling tembikar tersebut sehingga binasa....
maka dalam keadaan sayu dan berat nabi nuh a.s pun merosakkan tembikar tersebut dalam keadaan menangis.... maka Allah swt bagitau pada nabi nuh a.s bahawa..
------------------------------------------------------------------------------------------ 
BEGITULAH AKU(ALLAHAKU MENCIPTA MANUSIA DGN BEGITU TELITI MELALUI KASIH SAYANG AKU CIPTAKAN MANUSIA,TAPI KAU (NUH) DGN SENANG MEMINTA AKU MUSNAHKAN MANUSIA...SESUNGGUH NYA AKU SAYANG PADA MANUSIA AKU CIPTAKAN MEREKA BUKAN UTK AZAB TAPI UTK SYURGA.....
HANYA MEREKA YG TAK MEMPERDULIKAN AKU(ALLAH).. ..(dalam hadis qudsi)

Allah swt telah berfirman di dalam hadis qudsi yg mafhum.....
SEORANG MANUSIA YG MENDAPAT SURAT DARIPADA KEKASIHNYA,
MAKA AKAN MENGHENTIKAN SEGALA KERJANYA KERANA HENDAK MENELITI SURAT KEKASIHNYA.. ..

Sekiranya ia sedang berjalan maka ia pasti berhenti, 
Sekiranya ia makan iapun berhenti dari makan,
Sekiranya seorang tidur pasti ianya sedar dan bangun,

Hanya semata untuk membaca surat kekasihnya..
Setiap perkataan difahami dgn penuh khusyuk..
Sehinggakan membacanya surat kekasihnya, Boleh membuatnyaTERSENYUM,
Boleh membuatnya menangis...

Sedangkan Aku (ALLAH) telah memberikan surat dan ayat2 KU (AL-QURAN) namun 
manusia semuanya berpaling...

Melebihkan selurah kerja yang lain daripada membaca ayat2KU(AL-QURAN),
bILA mereka membaca tidak ada sifat mahu memahami kehendakKU,
semuanya INGKAR dari perintahKU... 



MAKA SIAPAKAH YG LEBIH BESAR AKU ATAU KAWAN2 KEKASIH KAMU?
AYAT2KU ATAU SURAT2 KEKASIH KAMU?

ADAKAH KAMU MENANGGAP AKU INI LEBIH KECIL DARIPADA SELURUH KAWAN2 DAN KEKASIH KAMU.....SEDANGKAN AKULAH YG MENGAZAB KAMU SEMUA DI HARI ESOK....
(mafhum dalam hadis qudsi atau ta'lim fdhail amal atau hayatus sahabah)

ambillah iktibar di sebalik cerita ini...


Tuesday, January 18, 2011

Hilangnya dia...

Bismillahirrahmanirrahim...

Semua orang ada ayah dan mak kan? kalau tak, macam mana boleh wujud kat dunia ni kan?hoho
Begitu juga aku. Pada saat ini, aku rindu ayah.....ya Allah.
Ak teringin nak pangil ayah. Hakikatnya, dah dekat 3 tahun ayah meninggal. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ayah pergi dulu? Tapi, sememangnya setiap manusia akan dicabut nyawanya. Begitu juga aku. Siapkah aku nak jumpaNya? ya Allah..

Setiap kali aku teringat pasal ayah, aku mesti akan teringat saat aku cium dahi dia last sekali. Dahi dia sejuk tapi macam basah-basah sikit. Aku tak tahu Allah nak amik ayah aku secepat itu. sungguh aku tak sangka. 
Masa tu, aku umur 18 tahun. bulan 4 tahun 2008. Aku lepas SPM, alhamdulillah aku dapat tawaran masuk Darul Quran di Kuala Kubu Bharu. Tempat hafal quran. Aku ingat lagi kali last ayah hantar aku untuk balik DQ.
Aku ni, memang perangai tak reti nak siap awal-awal. Last minute baru nak pack barang. Pastu, mulalah tinggal barang. Aku tertinggal train Sg. Petani malam tu. Pastu, ayah aku cakap, tak apa, kita naik dekat Bukit Mertajam. tak sangka, itu perjalanan akhir aku dengan ayah. Mak tak marah-marah sangat malam tu, sebab dia sayang nak marah anak dia yang hafal Quran mungkin. Sebelum naik train, aku salam dan cium pipi ayah macam biasa. Tak sangka itu last skali aku salam dia...Bila naik train, ayah aku tengok sampai tak nampak kelibat.

Ayah meninggal pada 5 April 2008 hari sabtu. Hari Ahad sebelum tu, aku dah call ayah cakap nak balik minggu tu sebab ada interview JPA MARA. Tapi interview tu, dah postpone ke minggu depannya. So, aku call balik cakap tak jadi balik. Ayah cakap: " Alaa...kenapa tak balik?". Aku dah pelik. pastu aku cakap, "tak apa laa, minggu depan nanti hanum balik". Aku tak jangka itu perbualan terakhir aku dengan ayah...

Hari Jumaat, malam tu, aku lepak bilik kawan. Sambil makan-makan. tiba-tiba aku rasa macam tak sedap hati. Aku buat tak tahu ja. Sebelum hari tu, aku banyak kali mimpi gigi geraham aku nak tercabut. Jumaat malam tu, aku tidur dengan amannya. Aku cadang nak pergi PWTC tengok book fair kat sana esoknya. Malam tu, aku mimpi gigi geraham aku tercabut terus, dan aku nangis sangat-sangat. Lepas tu, aku terus bangun terkejut. bila tengok jam, pukul 5.30 pagi. tahajud nak terlepas!! ada satu mesej masuk dalam pukul 4.30 pagi. Tapi aku tak sedar. Aku baca mesej tu. mesej daripada no hp ayah. Dia tulis," Ayah sakit tenat. Masih dalam kawalan doktor". Ayat tu tak mungkin aku lupa...

Aku terus pegi bilik sebelah dan tanya pendapat kawan aku. Kawan aku suruh telefon mak. Aku call, pastu mak angkat. Suara mak dengar lemah ja. aku tanya, nak kena balik ka?
mak kata,"pakat dengan along"

Along study dekat UPM, Angah UiTM. Bila aku call along, pada mulanya Along kata macam dia tak boleh balik sebab masa tu, minggu final exam. Angah pun macam tu. Tapi bila lepas subuh, Along call, dia kata,"turun Pudu. jumpa kat sana"

Aku beruntung mak aku orang Selangor dan adik beradik dia ada sekitar KL. so, aku dah biasa kalau alone naik komuter, LRT semua. Sampai Pudu, along dah sampai. cuma kena tunggu angah sebab dia ada paper hari tu. lewat sikit dia sampai. bas kami pukul 2 petang. 


Dalam pukul 1, cousin aku call, dia tanya, kami dekat mana. Aku jawab ada dekat Pudu. Bas pukul 2. Aku tanya pasal ayah, kalau-kalau dia tahu. Pastu, cousin aku cakap," Hanum hafal quran, baca la apa-apa dekat ayah." Aku tanya ayah masih di hospital ka? Dia jawab, "ayah dah balik rumah". 


Aku masa tu dah rasa yang ayah dah tak ada. tapi aku tak berapa yakin. Aku cakap dekat kakak aku(angah) kata ayah dah balik rumah. Angah lega. Mesti dia fikir ayah dah sihat. Aku biar ja. tak lama lepas tu, along dapat call daripada abang aku yang study UTP. Dah habis jawab telefon, along datang dekat kami cakap, "ayah dah tak ada...."lepas tu, dia pergi mana aku pun tak tahu. Angah dah terpinga-pinga. Dia macam tak percaya. Betul la kata hati aku tadi. Ayah dah tak ada. Ak mesej kawan baik aku sorang, sorang budak KISAS, dan sorang budak DQ.


Dalam bas, angah dan Along x henti-henti nangis. kenapa aku tak nangis masa tu????aku pun tak tau. yang aku tau, aku kena jawab panggilan saudara mara aku yang tanya kami dekat mana. Sampai Penang (tol Juru), kami turun situ. kemudian, pakcik aku ambil terus bawa balik. Aku termuntah dalam kereta sebab sehari tak makan. sampai ja rumah, subhanallah, ramainya orang!!! Masa tu, nak masuk isya'. Along dan angah turun dan masuk rumah. Aku tak boleh turun lagi sebab tudung kotor. aku tunggu tudung daripada angah. Tapi angah tak keluar-keluar. Aku masuk rumah lepas pak ndak bagi aku tudung. Masuk, terus mandi dan solat isya'. Lepas tu, aku salam mak. Lepas salam terus mak peluk erat-erat. Tak pernah mak peluk aku sepanjang aku ingat. Tapi masa tu, aku tau mak sangat perlukan sokongan kami anak-anak. mata mak dah sembab.Mungkin sebab banyak nangis. 


Malam tu., aku tak ikut pergi kubur sebab mak tak bagi. dah malam lagipun. Esoknya, mak demam. Dah la dia tak makan dekat 3 hari... kami semua risau. Bila bangun pagi esok, aku nak solat subuh jemaah macam selalu kami buat bila balik rumah. then, aku sedar, AYAH DAH TAK ADA...sedihnya hati hanya Allah yang tahu. 


Ketahuilah bahawa hanya orang yang pernah kehilangan orang tersayang sahaja yang mampu rasa kesedihan 
tu...Aku rindu nak panggil panggilan ayah..


Aku teringat doa yang selalu ayah doa bila dekat-dekat dia nak meninggal.


Ya Allah, kumpulkanlah kami sekeluarga di syurga sepertimana engkau kumpulkan kami di dunia...amin


Kasih sayang ayah tak mungkin ada pengganti.
Kalau orang kata seorang ayah biasanya garang. tapi bukanlah ayah aku. Dia tak pernah marah anak-anak dia. Mungkin sebab dia pernah amik kaunseling, so, pendekatan dia sangat menyenangkan. Dia mesti akan bisik kata-kata semangat bila kami dah tidur. mungkin dia tak tahu yang aku buat-buat tidur untuk curi dengar. Dia yang ajar kami mengaji. Sebab kalau ngaji dengan mak macam garang sikit. Dia akan ucap tahniah setiap kali dapat result exam. tak kiah baik atau teruk. Kalau teruk, dia kan nasihatkan kam. Dia yang mulakan usrah di rumah. Walaupun pada hakkatnya, ayah tak pernah sekolah agama. Tapi dia mencari.
Rindu sangat-sangat dekat dia
Sayang ayah dunia akhirat.. 
Alfatihah...


p/s: 10.2 besday dia....rindu nak wish!!


teringat zaman dulu

Wednesday, January 12, 2011

quran dan tafsir

bismillahirrahmanirrahim
  • nak baca quran atau maksudnya? mana lagi bagus? 
  • kalau baca quran, tapi tak tahu maksud boleh ka?
aku penah dapat soalan ni daripada kawan aku. tak sangka bila balik kampung, sepupu aku pun tanya soalan yang sama. Sepupu aku tu, umurnya darjah 4. Teringat aku masa usrah dekat rumah dengan abang aku. Dia pernah persoalkan dekat kami. Masa usrah, bila kena tanya soalan-soalan tu, banyak la jawapannya.Antaranya:

  1. Metilah baca quran bagus. Sebab bila baca 1 kalimah dapat pahala.
  2. Baca tafsir la bagus. Sebabnya, kalau baca quran tapi x faham nak buat apa. 
  3. Baca dua-dua la senang. (jawapan adik aku)
Abang aku bagi analogi dekat kami. Dia dapat analogi ni daripada seorang ustaz dekat UTP. Ceritanya macam ni:

Pada suatu zaman, ada seorang atuk dengan cucunya. 
Cucunya bertanya kepada atuk itu: atuk, atuk, kalau baca quran tapi tak tahu maksud dengan baca tafsir tapi tak baca ayat quran, mana lagi baik?

Atuk itu pun tersenyum. lalu dia bekata : Cu, ambilkan atuk baldi tu (sambil tunjuk ke sebuah baldi lama yang penuh lumpur di bawah rumah)

Cucu itu pun ambil baldi tersebut. Kemudian, cucu tersebut disuruh untuk mengambil air dari dalam perigi yang terletak kira-kira 100 meter daripada rumah mereka. Cucu tersebut akur dengan arahan atuknya.
Sebenarnya, baldi tersebut dah bocor. Jadi, bila cucu tersebut dah cedok air dan bawa balik ke rumah, didapati tiada air dalam baldi tersebut ekoran kebocoran yang ada. 

Lalu, atuk menyuruh cucu tersebut pergi sekali lagi ambil air. Perkara yang sama juga terjadi.
Kali ketiga, perkara yang sama juga berlaku. Akhirnya, cucu tersebut terasa fed up. 

Dia pun berkata: Malaslah nak ambil air lagi. tak sempat sampai, dah habis. Mana boleh bawa air guna baldi bocor ni.(protes punya cucu)

Atuk itu pun tersenyum. Dia berkata: Cu, cuba tengok dekat baldi tu, ada x lagi lumpur tadi?

Cucu itu pun melihat ke baldi dan didapati tiada kesan lumpur malah baldi tersebut bersih siap shining2 lagi(effect)

Atuk pun berkata: Macam tulah juga kalau kita baca quran. walaupun tak faham, tapi dengan membaca ayat-ayat Allah, hati kita akan bersih, insyaAllah. Tapi, sebaiknya, kita baca quran dan faham maksudnya. faham cu?

Begitulah kisahnya.Aku gunakan cerita tu, untuk terangkan dekat sepupu aku. Dan dia mudah faham berbanding aku terang secara teori yang mungkin dia tak dapat faham lagi.

p/s: 
1) baru ni aku nampak ada cerita ni dekat fb
2) Biasa dengar, sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan. Ada 1 masjid dekat Cameron Highland, papan tandanya tulis: Sembahyanglah dibelakang imam sebelum berada di hadapan imam. unik!!

tafsir oleh Abdullah Razi



Saturday, January 8, 2011

selesai setengah

00Bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah...habis juga kursus pra-perkahwinan USMKK sempena Festival Kelestarian Islam (FesKI)

masa awal-awal dapat tau kena handle projek ni, ya Allah, risaunya hanya Dia yang tahu. tanggungjawab+amanah yang sangat besar. Masa depan anak cucu cicit semua tuu....
Lepas dah istikharah, aku terima tanggungjawab ni. Mungkin boleh timba ilmu dan pengalaman luar biasa melalui sini. 
Masalah?mestilah ada. Kalau lancar ja, tak mencabar laa kan?hoho..ujian duniawi semua tu...
Tapi rasanya masa sebelum hari kejadian, tak la banyak sangat masalah. tapi hakikatnya ada la juga masalah. apa ayat mcm tunggang langgang ni? pandai-pandailah faham sendiri ye...

7 dan 8 januari 2011 merupakan hari kejadian yang aku sebut tadi. 
tempat: DK6 USMKK
masa: 8 pg hingga 5 petang (lebih kurang laa)

semestinya masa hari kejadian yang banyak masalah timbul. bila habis program, aku belek-belek borang feedback peserta. banyak la pendapat yang kami dapat. yang hantar borang x isi apa-apa pun ada.hoho.antara kekurangan dan cadangan yang dikemukakan ialah:
  • paling banyak sekali: minta panjangkan masa untuk setiap slot terutama slot penting.
  • ada kan sesi soal jawab
  •  pendaftaran minta diketatkan. (tapi hairan juga sebab yang komen ni lelaki ramai...perempuan macam tak ada)
  •  penceramah tak kreatif masa bentang
  • tak faham bahasa kelantan yang pekat (rating tinggi juga komen ni)
  • menarik bagi aku: sediakan gula-gula untuk peserta hilangkan ngantuk
  • ceramah tak mula pada waktunya
  • ketatkan peraturan untuk peserta
  • gunakan DK yang kecil
  • tambah bilangan peserta
  • luaskan publisiti
itulah antara komen-komen yang kami dapat...terima kasih kepada yang memberi pendapat.InsyaAllah majlis tahun depan lebih lancar dan bagus dengan adanya pendapat-pendapat bernas ini.

yang kami boleh ambil daripada komen-komen tersebut ialah:
  1. publisiti - memang tak dinafikan memang ada kelemahan dalam publisiti. tapi rasanya untuk PPSK la. sebabnya publisiti mula bila PPSK student tengah cuti. jadi, siapa yang on fb dan ditag oleh orang, dan alert dengan publisiti di wall Rakan Masjid, PPSK, Dip nurse dan MPP, ada laa..tapi medic dan dental, mungkin kena cari alternatif lain. sebabnya kami dah tampal poster dekat dewan kuliah mereka. mungkin x perasan.hmmm
  2. DK 6 - DK 6 ni telah ditempah oleh AJK FesKI. Kami pun tak terfikir nak guna DK yang kecil sikit.huhuhu. sebab mulanya rasa DK6 macam muat untuk 200 orang. jadi, macam OK la..tapi alamak, terlebih suda~maaf ye peserta-peserta semua. itu tak termasuk kelewatan pihak UKAST buka DK pada hari pertama. uiiiisssshhh..betul-betul serabut alammasa tu. dengan kol tak diangkat.hohoho.kesian orang menunggu~maaf
  3. sediakan gula-gula - aku suka idea ni. tahun depan, aku nak cadangkan dekat commitee baru la.terima kasih kepada penyumbang idea
  4. masa tak teratur - dengar kata ramai penceramah lewat datang. entah laa...sebab kami dah tepon penceramah 30 minit sebelum slot dia. no komen. =)
  5. penaftaran minta diketatkan - aku rasa ramai lelaki yang komen ni sebab mereka tak ramai dan mudah sikit untuk beratur dan tanda nama. kalau perempuan ramaaaaii~ tapi, mungkin boleh buka banyak kaunter untuk peserta muslimat kan. tapi ada yang datang lewat.macam mana ey? ada kawan cadangkan, bagitau peserta datang 15 minit awal. tapi kami dah cakap suruh datang awal 10 minit untuk hari kedua. tapi masih lagi ada yang datang lewat 20 minit ke program. entah laaa.... agak-agaknya kalau buat macam zaman sekolah boleh tak?kalau lewat pegi prep, kena lompat katak, jalan itik....(aku la tu yang kena).hahhaahhaaha(mustahil nak buat kat sini)
  6. kalau yang berkaitan penceramah, masa untuk satu slot, bilangan peserta memang boleh disuarakan kepada balai islam. maksimum peserta 150. kami amik memang dah maksimum. mungkin lepas ni balai islam boleh buka untuk 200 orang ka??hope so
sepanjang program mesti la ada pengalaman pelik-pelik kan??antaranya:

  • first time in my life aku jumpa nama orang yang sama dengan aku. masa daftar orang laa perkara ni berlaku. tapi nama beliau Noor Fasehah Hanom. akak medic 5th year.excited!!!!!
  • bagi hadiah dekat penceramah - aku lebih suka jadi tukang angkat dulang daripada pembagi hadiah. maluu oooo.... dah la aku terlambat masuk ekoran ketidak dengaran semasa berada di luar. maaf ye. sound trouble sket. patutnya aku masuk dalam DK kan???haishh hanum~
  • kena tegur dengan penceramah. maluuuuuuuuu sangat-sangat. aku duduk belakang sekali dalam dewan. pastu cakap dengan cik ni. tanpa ku sedari, aku dah ditegur oleh penceramah. pusing-pusing kepala.naaaahhh....semua tengok aku!!! rasa macam nak invisible ja masa tu. tak pun, buat-buat pengsan...maluuuuu...apa ni, urusetia yang buat bising???haddooyyy.....
  • masa program berjalan, ada beberapa AJK aku yang tak hadir. yang demam tak boleh bangun tak apa laa..tapi yang sihat walafiat tu yang macam agak terkilan tu. ada yang kol aku, minta maaf. Aku maafkan.tapi esoknya buat lagi.macam mana tu?? AJK aku yang lain, dah hot lebih daripada aku dah... memikirkan amar makruf nahi mungkar,aku pun slow talk la dengan AJK-AJK yang bermasalah ni. seriously, susahnya nak nasihat kawan-kawan yang boleh kata rapat laa. nak marah apatah lagi!
Secara keseluruhannya, program ni, betul-betul beri manfaat dekat aku. Sijil kursus tak proses lagi ni. nak kena tnggu seminggu baru boleh ambil dekat Balai Islam. esok, kena hantar nama dan salinan IC dekat Balai Islam. Kalau semua dah habis, leganya hanya Allah yang tahu....
inilah yang dikatakan pengalaman. belum tentu semua orang dapat kan?alhamdulillah



Saturday, January 1, 2011

tahun baru 2011

[bunyi bunga api]


[bunyi msg masuk phone]


[ramai2 buat shoutout baru kt fb]


Happy new year 2011!!!!!


alhamdulillah Allah panjangkan umur aku untuk bertemu 2011.


tapi.....
kenapa time maal hijrah dulu tak semeriah sambut new year masihi? sadis~ 
kalau nak dikirakan, maal hijrah lagi best untuk disambut... ada doa akhir dan awal tahun, ada pengisian hijrah dalam tu.. mungkin juga tak ramai yang tahu atau sedar bnda tu...emmm


aku tak mau ulas banyak pasal tu....


tapi bila sebut tahun baru masihi ni, 
aku teringat abang aku penah kol aku on 31 december beberapa taun lepas. pastu on 1january, dia kol lagi. 
aku pon kompius la knpa dia kol selalu sangat. aku pun tanya, 
aku: kenapa kol lagi???hahahaha(patutnya bersyukur dia kol susah2) 
lam: dah lama x kol..... (mengada kan)
aku dah pelik...
pastu dia cakap: lam(nama dia aslam...nama manja: lam) kol hang last skali pun tahun lepas...

ngeng betul abang aku itu....lepas aku fikir2...memang la tahun lepas.....sebab tahun lain2.. hakikatnya baru semalam dia kol~teruk btol!!!


itu ja pon yg nk dikongsikan...=)

     

contengan jalanan

get this widget here