Monday, February 21, 2011

kesempurnaan solat

bismillahirrahmanirrahim


kali ni, aku nak promote program yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar USMKK sempena program Quranic Generation. Program ni lebih kurang talk yang akan disampaikan oleh seorang penceramah.kalau ada masalah atau kemusykilan mengenai solat contohnya:
  •  boleh ka perempuan solat pakai seluar dan baju t-shirt??tak pakai telekung boleh ka?
  • Apa hukum kalau imam terkentut masa solat dan macam mana imam tersebut nak keluar saf?
  • kalau sakit, nak solat macam mana?
Silalah ramai-ramai menghadiri majlis ilmu yang rasanya, kalau dah masuk alam kerja nanti, susah sikit nak luangkan masa macam sekarang. x begitu??(ucapan untuk pelajar USMKK dan sekitarnya)..
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh umat Islam untuk beramai-ramai menghadiri majlis ilmu. Majlis ilmu kan Rasulullah kata sebagai taman-taman syurga?? =)


Sebuah Kisah dan renungan..

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”


“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham  maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaranpenglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”

Friday, February 18, 2011

was-was atau uas uas?

bismillahirrahmanirrahim

Imam Ibn al-Qaiyyim: “Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah s.a.w, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah s.a.w” (Ighathah al-Lihfan Min Masaid al-Syaitan, 134, Beirut: Dar Ibn Zaidun)


Pada satu hari yang indah, ketika waktu rehat antara kelas....berlakulah perbualan yang aku kira berilmiah antara aku dengan dua orang rakan sekursus dengan aku iaitu Nurfazira Shafii dan Shahira Nabila Zainal Abidin. Aku pun tak pasti macam mana boleh mulanya perbualan tu, tapi aku kagum dengan perbulan kami pada saat itu... (bangga kejap)ohohohok




Apa yang kami bincang? Shahira bagitau pasal 3 golongan manusia. Manusia  di muka bumi Allah ni boleh dikategorikan kepada 3 bahagian. 
  • Minda kecil 
  • minda sederhana
  • minda besar/tinggi
Shahira cakap dalam bahasa Inggeris tapi aku memandai tukar jadi bahasa melayu seperti di atas. Dia pun tak berapa ingat penerangan minda-minda di atas. Dia hanya ingat minda besar saja. Iaitu minda manusia yang selalu berfikir dan membincangkan mengenai perkara ilmiah dan idea.... kiranya golongan terbaik la. Yang minda kecil ni macam minda manusia yang selalu kritik tanpa jalan penyelesaian. Yang minda sederhana, tak pasti pula.

Sebelum mula bab-bab minda ni, kami bincang pasal was-was. Tak kira la was-was dalam solat ka, wuduk ka, benda halal haram ka, (tidur ada was-was tak?). Salah seorang daripada mereka ni kata, dia ada masalah was-was. Masa nak  ambil wuduk dan solat lah terutamanya.

Ekoran daripada itu, aku teringat pada adik aku yang bernama Fatimah Adilah(adik no 2). Dia ni sekolah asrama. Masalah paling utama dia ialah was-was. Sebagai contoh, dia mengambil masa hingga 3 jam untuk mandi, 45 minit untuk ambil air sembahyang, 10 minit untuk angkat takbiratulihram, 10 minit untuk pakai telekung. Cuba bayangkan, dia duduk asrama, perhimpunan mula pukul 7.10 pagi. Subuh masuk pukul 5.45. pagi. Agak-agak macam mana dia kejar masa untuk solat dan pergi sekolah awal kalau dia ambil masa 3 jam untuk mandi???

Itu contoh terdekat dalam hidup aku yang aku fikir satu keluarga aku cuba untuk selesaikan. Daripada cerita adik aku Solehah Saidah (adik pertama aku), berdasarkan kisah yang diceritakan Imah kepada Idah, (pening tak ayat...paham sendiri-kaedah KBKK) : Imah banyak kali tertinggal perhimpunan dan dia terpaksa solat dalam bilik sebab takut tak sempat mandi. Cerita tu smapai dekat aku, dan aku cakap dekat mak. 

Mak pun tanya la Imah:

Mak: Idah kata, Imah banyak kali tak masuk perhimpunan, tak kena tahan dengan cikgu atau pengawas ka??

Imah: pernah juga Imah kena tahan dengan pengawas, tapi depa tau imah selalu was-was masa mandi. Tu yang lama tu.

Mak: Imah was-was apa?

Imah: Imah rasa macam air tak kena seluruh badan.

Mak: Mak pun ada perasan imah kalau ambil air sembahyang mesti lama. Nak sembahyang pun sama. Kenapa?

Imah: tak tau. Imah selalu rasa macam tak kena air betul-betul. 

Mak: itu namanya was-was. Was-was ni bisikan syaitan. Jangan dok ikut sangat.

Imah: Imah tak ikut pun. tapi nak buat macam mana, kalau macam Imah ambil air sembahyang, Imah tak basuh elok-elok, masa nak sembahyang Imah asyik fikir.

Mak: Jangan layan sangat...

Imah: (diam)

Aku pernah tanya kepada ustazah yang mengajar di surau Nurani Puteri pasal cara nak menangani orang yang was-was. Dia kata,sergah orang tu contohnya masa dia nak ambil wudhuk.

Aku cuba buat dekat adik aku, tapi usaha aku gagal.

Sekarang, was-was dia dah kurang skit. At least, mandi tak la sampai 3 jam. setengah jam dia dah boleh keluar sekarang. Cara yang kami satu keluarga guna ialah:
  1. mandi - setiap 5 atau 1 minit, kami akan panggil dia keluar ketuk pintu sekali dan kecilkan air paip yang hala ke kolah supaya dia tak habiskan air satu tangki.
  2. wudhuk - minta dia basuh setiap anggota wudhuk sekali saja. walaupun sunat buat 3 kali, tapi kalau dia buat sekali saja, aku nampak dia akan gigih untuk pastikan air rata ke seluruh anggota.
  3. pakai telekung - kami yang akan pastikan dia pakai telekung dengan sempurna (tak nampak rambut)
  4. takbiratulihram - mak aku terangkan dekat dia yang niat tu adalah lintasan hati saja bukan perlu buat ayat bahasa Melayu yang sempurna. Nampaknya dia dah boleh angkat sekali saja takbir. alhamdulillah
Hakikatnya, orang yang tak rasa was-was susah nak faham orang yang selalu was-was. kita selalu akan kata, " Jangan layan sangat, itu semua syaitan"... tak semua orang yang mengalami was-was boleh serap dan terima ayat tersebut. tak ka begitu??


Nabi s.a.w memberitahu kita: “Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka” (Riwayat al-Bukhari). 

Wednesday, February 16, 2011

amanah itu

bismillahirrahmanirrahim


Teringat aku pada perbualan adik-adik aku masa nak keluar pergi shoping dekat Sungai Petani. 


Suhail: Adik, mana stokin hang???


Adik: Stokin adik hilang sebelah. satu lagi basuh.


Suhail: Hang ada dua saja stokin???


Adik: (diam). Biar laa...bukan orang perasan pun...


Suhail: Hang ni, sejak masuk sekolah sains dah tak pakai stokin ey?


Adik: kali ni jaa.... Kat sekolah adik pakai.. biar la, bukan orang perasan pun....


Suhail: Mana boleh biar, hang tanggungjawab hail. Kalau hang buat dosa, hail kena tanggung juga...

Masa tu, semua ahli keluarga aku dengar saja perbualan mereka tanpa masuk campur. Macam comel pun ada bila abang yang umur beza 1 tahun, tegur adiknya mengenai aurat. Walaupun baru umur 14 tahun (masa itu) yang aku kira tak banyak lagi didedahkan dengan tanggungjawab, boleh berfikir sampai tahap itu. 




Pada satu malam yang hening semasa cuti mid-sem tahun 2 semester 2...


Lepas maghrib, abang aku ada buat usrah. Perkara pertama, bincang pasal masalah adik aku, Fatimah yang pegang jawatan exco dakwah di sekolah dia. Tapi dia ni ada penyakit takut dan malu nak cakap depan orang. Jadi, kami sama-sama bincang cara yang boleh adik aku gunakan untuk bagi tazkirah dan pengisian masa di sekolah. Lepas tu, masuk tajuk aurat dan pergaulan. Kami semua macam malas nak dengar sangat masa tu.. lepas itu, abang aku pun kata...


Aslam: Lam cuma nak ingatkan adik-adik lam supaya jangan buat benda yang tak boleh buat. Sebab kalau hampa buat juga, macam dedahkan aurat suka-suka, dosa dapat dekat lam juga. 


Adik: Kenapa pula????bukan dosa kami, kami tanggung sendiri ka???


Aslam: Kalau lam tak tegur, kira macam lam bersalah juga. Hampa boleh tarik lam masuk neraka nanti.


Adik: awat pula macam tu?? 


Aslam: Hampa adik perempuan lam.... Mak pun tanggungjawab lam. Kalau lam kahwin nanti, isteri dan anak-anak lam akan jadi tanggungjawab lam. Sebab tu lam utamakan hampa....nak tegur pun tegur hampa dulu...kalau perempuan kat luar pun tanggungjawab lam sebagai orang Islam. tapi yang paling utama hampa. sebab hampa yang boleh tarik lam masuk neraka... besar tanggungjawab lelaki sebenarnya. (masuk bab tanggungjawab lelaki). Perempuan memang Rasulullah dah kata senang masuk syurga. kan?


Kami: (menunjukkan muka blur)


.........< azan >............

"WAHAI orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan". (at-Tahrim: Ayat 28:6).


Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Tiada sesuatu yang lebih baik
daripada ibu bapa kepada anaknya, selain daripada didikan yang baik" (Hadis
riwayat al- Bukhari).






Saturday, February 12, 2011

Tak kenal maka taaruf

Bismillahirrahmanirrahim...
Anak nabi kita ada tujuh orang,
 Tiga lelaki empat perempuan,
Qosim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah,
Zainab, Rokiah dan umi Kalsum.
Dulu, zaman sekolah tadika, sekolah rendah, selalu nyanyi lagu tu. Pastu, selalu dengar sirah nabi, Bila dah naik umur remaja, dengar sirah nabi masa kuliah agama atau pun kelas Pendidikan Islam. Bila besar lagi (yang dimaksudkan di sini ialah besar dari segi angka umur), nak dengar ceramah agama pun malas. Aku la tu kan... 
Kali ni, aku nak peringatkan tentang Nabi kita yang mulia iaitu nabi Muhammad. Maulidurrasul pun dah nak dekat. Kesempatan ini la aku gunakan sebab kalau masa-masa lain, nak jenguk baca artikel pasal Nabi, sangat laaa segan kan. (segan=malas). Nabi Muhammad ni, sebenarnya orangnya macam mana?? Orang kata dia hensem??Nabi Muhammad ni hensem. Tengoklah ibu baginda, Aminah, dikhabarkan Aminah dulu, merupakan wanita rebutan pemuda Arab. Tak kurang juga ayah baginda, Abdullah. Pemuda Gilaan wanita Arab pada masa tu...
Ali bin Abi Thalib merincikan ciri-ciri fisik dan penampilan keseharian Muhammad, Ali berkata :
“Nabi Muhammad tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek. Berpostur indah di kalangan kaumnya, tidak terlalu gemuk dan tidak pula terlalu kurus. Perawakannnya bagus sebagai pria yang tampan. Badannya tidak tambun, wajah tidak bulat kecil, warna kulitnya putih kemerah-merahan, sepasang matanya hitam, bulu matanya panjang. Tulang kepalanya dan tulang antara kedua pundaknya besar, bulu badannya halus memanjang dari pusar sampai dada. Rambutnya sedikit, kedua telapak tangan dan telapak kakinya tebal. Apabila berjalan tidak pernah menancapkan kedua telapak kakinya, beliau melangkah dengan cepat dan pasti. Apabila menoleh, beliau menolehkan wajah dan badannya secara bersamaan. Di antara kedua bahunya terdapat tanda kenabian dan memang beliau adalah penutup para nabi. Beliau adalah orang yang paling dermawan, paling berlapang dada, paling jujur ucapannya, paling bertanggung jawab dan paling baik pergaulannya. Siapa saja yang bergaul dengannya pasti akan menyukainya.”
Setiap orang yang bertemu Muhammad pasti akan berkata, “Aku tidak pernah melihat orang yang sepertinya, baik sebelum maupun sesudahnya.” Begitulah Muhammad di mata khalayak, sebab beliau berakhlah sangat mulia seperti yang digambarkan Al-Qur’an,“
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.(Al-Qalam: 4)”.

Hindun bin Abu Halah menggambarkan akhlaq Rasulullah dengan:
‘Rasulullah adalah orang yang selalu mengkhawatirkan nasib orang lain, selalu berfikir dan penyayang.
Beliau tidak pernah beristirahat, lebih banyak diam.
Beliau tidak berkata kecuali seperlunya, membuka perkataan dan menutupnya dengan sempurna.
Beliau berkata dengan jawami’ul kalam (perkataan yang ringkas, padat dan jelas). Perkataannya fashil (jelas, membedakan yang baik dan buruk), tidak lebih dan tidak kurang’
‘Beliau tidak kasar dan tidak suka menghina.
Beliau selalu mensyukuri nikmat walau pun hanya sedikit dan tidak pernah mencela nikmat nikmat itu.
Beliau tidak pernah mencela makanan dan minuman dan juga tidak memujinya’
‘Beliau tidak marah dengan dunia dan apa yang berkaitan dengan dunia. Akan tetapi apabila kebenaran itu dimusuhi, tidak berhenti kemarahannya sampai memenangkan kebenaran itu.
Tidaklah beliau marah karena kepentingan dirinya, dan tidak pula dalam memenangkannya’
‘Apabila menunjuk, beliau menunjuk dengan telapak tangannya.
Apabila merasa heran, beliau membalikkan telapak tangannya.
Apabila berbicara, beliau memperjelas dengan telapak tangan kanan dan menyembunyikan yang kiri.
Apabila marah, beliau sungguh sungguh.
Apabila gembira, beliau menundukkan pandangannya.
Biasanya, tertawanya hanya dengan tersenyum. Beliau tertawa dengan tawa yang baik (hingga terlihat gigi giginya, tetapi tidak terbahak bahak) laksana embun’
(HR Tirmidzi)
Ali bin Abi Thalib ra. Adalah orang yang paling tahu tentang Rasulullah dan banyak berhubungan dengannya. Ia berkata:
‘Beliau tidak keji dan tidak pernah berbuat keji (baik perkataan maupun perbuatan).
Tidak pernah....
Subhanallah.....mulianya Nabi kita........kita macam mna????kita kan umat baginda????
Jom pakat-pakat muhasabah..semoga kita sentiasa berubah ke arah lebih baik...




Thursday, February 10, 2011

10.2

Selamat Hari Lahir ayah....


Ya Allah, 
Sesungguhnya dari hatiku hambaMu ini aku berdoa kepadaMu,
Sesungguhnya hanya Engkau Maha Pemurah dan Pengasih,
Ya Rabbi,
Ampunkanlah segala dosa-dosa ayahku...
tempatkanlah roh ayahku bersama orang-orang yang beriman..
Peliharalah jasadnya sebaiknya,
Terangilah kuburnya dengan nur-Mu,
Luaskan tempat dia bersemayam,
Berikanlah dia peneman yang baik di sana,
Rahmatilah dia ya Allah kerana sesungguhnya dia telah menyayangiku sejak aku lahir...
Sesungguhnya rahmatMu luas ya Allah...
Sampaikanlah salam ku kepadanya...
Sesungguhnya aku sayangkan dia...
Perkenankanlah doaku...


Al-Fatihah...


[10.2.1955 - 5.4.2008]

contengan jalanan

get this widget here