Tuesday, March 29, 2011

ada apa dengan s.a.w??

Bismillahirrahmanirrahim...


Meh ni, nak cerita sikit....


Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu daripada golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan jatuhkan hukuman memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. 


Maka dia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit dan berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." 


Lepas tu,  orang Muslim itu kata kat Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." 



Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." 


Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga terlebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." 

Kita boleh nampak kan kelebihan selawat?? Selain daripada itu, kenapa kita digalakkan berselawat???Penceramah sendiri pun selalu berselawat masa nak mula dan  akhir ceramah.  Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Banyak kebesaran selawat ini. 




Antaranya ialah:
1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

7. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

8. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

9. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

10. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

11. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

12. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

13. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

14. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

13. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

14. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

15. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani



Kalau kita boleh nyanyi-nyanyi sambil jalan, apa kata kita ubah, selawat pula. Boleh juga lagukan selawat...tak ka?? 


p/s: teringat seorang budak MR 2nd year yang selalu basahkan lidahnya dengan selawat walaupun dia nampak rock+lepak..(cool kan orang macam tu?? slumber ja...tapi selawat ngan ayat Quran tak lekang dari mulut)

Wednesday, March 23, 2011

Keanehan dalam hari seorang Nabi

Masa zaman sekolah dulu, selalu dengar pengisian rohani... dah masuk U, makin malas!!!haish...apa nak jadi ni???(aku la tuu)....
tadi, masa aku godek-godek blog orang lain, terjumpa cerita ni. Sebenarnya aku suka dengar cerita ni, sebab macam explorace. meaningful!! jadi, aku share la ka sini. lepas-lepas ni, aku boleh baca selalu.
Abu Laits as-Saarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mashur. Pada suatu hari dia berkata ayahnya menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada juga yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang nabi yang menerima wahyu melalui mimpi telah bermimpi diperintahkan Allah yang berbunyi “esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat yang pertamanya adalah apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, yang kedua engkau sembunyikan, yang ketiga engkau terimalah, yang keempat jangan engkau putuskan harapan dan yang kelima larilah engkau daripadanya.”
Pada keesokan harinya nabi itupun keluar dari rumah menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapi ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan kerana yang pertama dihadapi, dia mesti memakannya. Sungguh aneh kerana mustahil baginya melaksanakan perintah tersebut.
Walaubagaimanapun dia terus berjalan menghampiri bukit tersebut. Tiba-tiba dengan kehendak Allah bukit tersebut mengecil sehingga sebesar sebuku roti. Maka nabi itupun mengambilnya lalu dimakan. Bila ditelan rasanya sungguh manis seperti madu. Dia pun mengucapkan syukur Alhamdulillah.
Nabi itu kemudiannya meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat arahan mimpinya supaya disembunyikan, lalu dia pun menggali sebuah lubang untuk menyembunyikan mangkuk emas tersebut. Walaubagaimanapun mangkuk emas tersebut terkeluar semula. Dia menanam semula dan kemudiannya mangkuk emas terkeluar lagi. Selepas tiga kali menanam nabi itu pun berkata “aku telah melaksanakan perintahMu” dan terus meninggalkan tempat itu tanpa disedari yang mangkuk emas itu terkeluar juga.
Kemudiannya dia ternampak pula seekor burung kecil yang dikejar burung helang. Burung kecil berkata “wahai nabi Allah tolonglah aku”. Mendengar rayuan burung kecil tersebut hatinya merasa simpati dan teringat perintah ketiga iaitu engkau terimalah, maka dia pun mengambil burung itu dan memasukkannya ke dalam baju.
Melihat keadaan itu burung helang pula menghampirinya dan berkata “wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak dari pagi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku untuk mendapat rezeki.”Lalu nabi tersebut teringat perintah keempat iaitu jangan putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya dia mengambil pedang dan memotong sedikit daging pahanya untuk diberikan kepada burung helang.
Setelah kejadian tersebut nabi meneruskan perjalanan sehingga terjumpa satu bangkai yang amat busuk. Dia teringat perintah kelima iaitu melarikan diri daripadanya. Lalu dia pun bergegas melarikan diri dari bangkai tersebut kerana tidak tahan dengan bau busuknya.
Setelah melalui kelima-lima peristiwa tersebut, maka kembalilah nabi ke rumahnya. Pada malam itu dia berdoa kepada Allah supaya menjelaskan erti kesemua peristiwa tersebut.
Melalui mimpi Allah menjelaskan bahawa yang pertama engkau makan itu adalah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar, dapat mengawal dan menahannya maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.
Yang keduanya semua amal kebaikan iaitu budi walaupun disembunyikan maka ia tetap juaga akan nampak.
Yang ketiganya jika sudah menerima amanah daripada seseorang maka janganlah kamu mengkhianati amanah tersebut.
Yang keempatnya jika seseorang meminta kepadamu maka usahakanlah untuknya demi membantu meskipun kamu sendiri berhajat.
Manakala yang kelimanya pula adalah bau busuk itu sebenarnya adalah umpatan (ghibah). Maka sekiranya kamu terjumpa mereka yang sedang berkumpul sambil mengumpat orang lain, larilah dari mereka tersebut.
Kelima-lima perkara ini sebenarnya sentiasa berlaku di dalam kehidupan kita sehari-hari khasnya mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa mengata orang lain itu akan mengurangkan pahala kita.
Sebuah hadis mengatakan di akhirat kelak ada seorang hamba Allah yang akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya “Ya Allah sesungguhnya pahala yang engkau berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”
Maka jawab Allah “Itu adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah disedari bahawa mengata orang itu akan merugikan diri sendiri walaupun ianya adalah perkara yang benar.

Sunday, March 20, 2011

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim


Dekat seminggu jugak aku tak buka dan jenguk blog ni. Alhamdulillah ada masa nak tengok hari ni. Alang-alang post entri baru kan???hoho


Khamis baru ni, lepas balik dari pasar malam, aku duduk makan berdua dengan rumet aku, Nurul Atiqah Zulazmi. Masa dah habis makan, terkeluarlah satu cerita daripada dia. Cerita dia agak menyedihkan. 


Kisahnya bermula begini....


Dalam 8 tahun yang lalu(rasanya laa), kelas adik ika ni, ada buat macam lebih kurang sambutan la kat sekolah dia. Sambutan apa tak pasti pula. Kelas adik ika buat rumah hantu. Jadi, cikgu pesan dekat murid-murid kelas tu, sesiapa nak jadi hantu, esok bawa topeng.


Pada keesokan harinya, Budak-budak yang nak jadi hantu (watak hantu) pun datang dengan topeng menggerunkan yang dibeli di kedai. Lepas perhimpunan, depa pun disuruh berkumpul... 


Ada seorang budak ni, dia memang naaaaaaak sangat jadi watak hantu. Dia pun bawa topeng dia. Tapi, cikgu tak benarkan dia jadi watak hantu. Sebabnya ialah topeng yang dibawa bukanlah topeng macam budak-budak lain. Topeng dia menggerunkan juga, tapi sebab dia buat sendiri guna kertas dan ikat getah, topeng dia di disqualified. Mngkin cikgu risau topeng dia terkoyak kalau orang tarik masa tengah takut-takut. Dia saaaaannngggaaat sedih. Tambahan pula, kawan-kawan yang lain yang ada topeng yang beli dari kedai pakat gelakkan dia.


Kesian dia kan...


Ada satu lagi kisah, zaman aku sekolah rendah dulu, masa hari merdeka, cikgu suruh beli bendera yang ada coklat tu. Aku dan kawan-kawan pun beli. Tapi ada salah sorang kawan aku, dia tak beli, tapi dia buat sendiri. Sebabnya, bila dia balik sekolah naik bas masa petang, sampai rumah, ayah dia dah pergi kerja. Ayah dia kerja guard.Mak dia tak pandai bawa kenderaan dn memang tak ada kenderaan lain dekat rumah sebab ayah dia guna. Jadi dia tak sempat nak beli. Yang aku tau, dia ni bukan daripada keluarga yang senang.


Esoknya, semua bawa bendera untuk tampal dalam kelas. Bendera orang lain semua cikgu ambil tampal, tapi bendera dia cikgu tak ambil tampal dekat dinding. Yelah, mana sama kan bendera beli dengan bendera yang warna sendiri. Kawan aku saaaangat sedih dan dia nangis waktu rehat. Aku masa tu, umur 9 tahun, tak reti lagi nak menegakkan keadilan ke apa (nak bgtau cikgu masa tu sangat takut). Hanya mampu dengar dan pujuk kawan aku. 


Setiap kali aku teringat mesti aku sedih sebab aku terbayangkan dia dengan adik beradik yang ramai, kerja sekolah yang banyak, boleh peruntukkan masa untuk buat bendera tu...hmmm


Sebenarnya moral of the story is, hargai hasil usaha seseorang yang telah bertungkus lumus menghasilkan sesuatu. Kalau tak suka, hargai masa dan tenaga yang dah dikorbankan. Kadang-kadang ucapan terima kasih saja boleh melegakan hati orang lain. tak ka???Mungkin teguran yang berhikmah boleh digunakan kalau kerja seseorang tu tak memuaskan hati kita. =)




Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya dan tidak mengecewakannya (membiarkannya menderita) dan tidak merosakkannya (kehormatan dan nama baiknya). 
[Hadis Riwayat Muslim]

* Teringat ayah, kalau dulu-dulu buat sesuatu walaupun benda kecil, dia mesti akan senyum dan cakap terima kasih, pandai anak ayah... Mak pun sama akan ucap terima kasih bila anak-anak dia buat sesuatu untuk dia. Moga mulut aku pun ringan ucap terima kasih.

Monday, March 14, 2011

Jalan-jalan ke Cameron Highland

Bismillahirrahmanirrahim...


Ahad : 6 Mac 2011 - Balik dari Beijing
Isnin-Khamis : 7 - 10 Mac 2011 - Kelas dan CA
Jumaat : 11 Mac 2011 -bertolak ke Cameron Highland
Sabtu : 12 Mac 2011 - balik USMKK


Penat!!!! TAPI sangaaaaaaatttt enjoy.... bahagia rasanya hidup kalau asyik merantau, jalan-jalan, meronggeng, hang out dengan kawan-kawan....


Sebenarnya lawatan ke Cameron Highland ni saja ja nak buat, isi masa lapang. Motif utama trip ni adalah untuk rapatkan hubungan terutama antara bebudak Sinaran Perubatan tahun 2 USMKK (tahun 2011)...


Tambah pula, lama rasanya tak jalan-jalan sama-sama. Lagi kukuh sebab nak buat trip ni bila ada antara kami yang tak pernah pergi Cameron Highland.... Ada yang dah pergi, dengan family, dengan kawan...mana nak sama kalau pergi dengan Fasihah Hanum kan?? *perasan*


Pagi Jumaat tu, hujan. Mulanya cadang nak bertolak pukul 7.30 pagi. Pukul 7.15 ramai yang dah berkumpul. Tapi ada yang terlewat bangun pula...nak buat macam mana?? dah tak tersedar.... nak naik kejut pun, asrama laki!!!*padahal seronok kalau dapat masuk asrama laki*


Dalam pukul 8 pagi kami bertolak. Semua senyap ja.. Yang nak bising-bising sikit pun shahira nabila, aini Shafiqa, Noorsyazwani, Syamiimi. Pakat karok...Aku backup voice je laa....Yang lain-lain dalam bas tu ada yang lentok awal-awal pun ada, yang layan blues pun ada, tak kurang juga yang jadi tukang gelak dan sengih tengok perangai orang dalam bas pun ada. Sepanjang perjalanan tu, mendung dan hujan ja.


Dalam pukul 1 lebih, kami sampai di Brinchang, Cameron Highland. Lepas makan-makan dekat Restoran Nasi Kandar, kami pergi solat.Lepas tu, mulalah pengembaraan kami.


Mula-mula kami melawat Ladang Teh Bharat. Walaupun hujan, semua redah ja. Nak juga turun ladang teh. Yang penting ada pose dengan incik daun teh.hmmm
berpayung pun redah juga..ish3
Lepas kat ladang teh, shopping2 teh sikit, kami naik bas pergi tanah rata. Sebelum tu kami singgah tangkap gambar dekat tempat yang ada tulis "SELAMAT DATANG KE TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS"


Habis tangkap gambar, naik bas balik, kami pergi beli belah sikit dekat Pekan Tanah Rata. Pakat laa borong bantal strawberi, keychain segala bagai...


Masa tu dah pukul 6. Aku ingatkan aprtment tempat kami tidur ada dekat antara Tanah Rata dan Brinchang. Rupanya kat Tanah Rata juga~ haish..... Mula-mula bas dah pergi sampai apartment mana ntah. Lepas call, owner apartment tu, tengok-tengok salah...dah kena patah balik...merugikan minyak betul aku ni!!!


Lepas check in, pakai rehat-rehat. Kami bahagi kepada 3 apartment. 1 apartment untuk budak laki. Ada 2 bilik. Yang 2 lagi untuk perempuan. Ada 4 bilik 1 apartment. Rehat-rehat, cat nap, mandi, solat semua, pastu kami keluar pegi Brinchang. Nak makan malam. Alang-alang pergi tengok pasar malam kat sana sekali.


Kalau dah kata pergi pasar malam tu, tak ada la nak tengok saja kan?? Tak pasal-pasal aku dan wani terbeli stokin belang-belang yang cantik...


Lepas tu, kami makan kat 'Nik Ikan Bakar dan Tomyam'.... sedap~


Habis makan, sembang-sembang sekali ngan Encik Safri dan isterinya. Malam tu, Shahira memang kena bahan je la ngan kami. Kesian pula kat dia. Asyik kena buli ja....hahaha *miyaneyo*


Dalam pukul 10.30 kami bertolak balik apartment. Masuk bilik, kemas-kemas sikit, aku ngan Faezah terus landing atas tilam depan TV *kena halau bilik* :D


Ingat nak tengok movie ke apa ja, tapi lepas tengok berita pasal gempa bumi kat Jepun tu, terus aku tertidur. Sebelum aku tidur, ada laa aku dengar budak-budak lain tengah sembang-sembang (1st year)... yang karaoke+gosip pun ada (2nd year bilik aku)...hahhaha....


Apa yang menarik kat apartment tu aialah, masa kami masuk apartment, kami nampak ada notis tulis 'Quiet time: 11.00pm - 8.00 am) Memang sistematik~


Esoknya, bangun pagi, kami sarapan dekat kedai depan apartment. Habis makan, dalam pukul 9 lebih, kami bertolak ke Brinchang sebab Encik Safri dan isteri dia ada kat sana. Sampai sana, kami terus melawat Cactus Valley. Kat sana kami makan strawberi sunday, muffin, hot chocolate .......macam oversea!!!




Lepas tu, sambung lagi perjalanan ke Kea Farm. Kat sana, borong jagung madu@ jagung mutiara@ jagung susu, limau besar, jambu epal,salad,macam-macam laaa...Lepas tu, jalan lagi pergi Honey Bee Farm + Butterfly Farm + Rose Valley.Pusing-pusing dekat situ kejap.Aku sebenarnya risau ada yang kena sengat dengan lebah ja...Alhamdulillah tak ada apa-apa yang tragis berlaku.
Perjalan kami diteruskan lagi ke Ladang Teh Bharat. Teh Bharat lagi!!! ada dua sebenarnya. satu yang kat tanah rata, satu lagi hala balik ke Blue Valley. Yang ladang teh yang kali ni best sikit, sebab rata sikit berbanding yang agak curam yang semalam punya. Habis posing-posing kat sana, kami bertolak balik.


Dalam perjalanan balik, macam-macam game kami main, mula-mula Aini Shafiqa laa....dia ajak main sambung suku kata belakang, pastu main sambung berita, and the last one main katak lompat.....Lenguh gigi geraham aku gelak banyak sangat...Enjoy!!!!


Dalam pukul 4.30 kami singgah solat kat Hentian Sebelah Gua Musang. Makan-makan, rehat-rehat semua lepas tu bertolak balik USM. Dalam pukul 9 lebih kot sampai.Aku pun tak berapa ingat sebab mamai - mamai turun bas, tengok-tengok aku dah sampai bilik.


Seriously, really enjoy the trip!!!!....lepas ni nak pergi mana lagi???hehhee


ucapan khas: Walaupun banyak benda yang jadi sebelum trip ni, tapi masa trip ni, alhamdulillah, semua take care of each other and even aku boleh kenal junior aku dengan lebih ramai. *dasar senior berlagak aku ni* hahaha

Wednesday, March 9, 2011

Pengalaman di bumi China - kepulangan

pagi yang gelap kini sudah terang.....ohohok...


Sudah pagi rupanya.. Hari itu hari Sabtu. 5 Mac 2011. Aku dah nak balik Malaysia!!!!! (macam tak percaya!!!!)


Kalau ikut Amelia, kami kena kumpul dekat lobi pukul 8.50 pagi. Lewat sikit daripada hari-hari biasa.Kalau ikutkan, aku boleh tidur lebih sikit la atas katil hotel untuk kali terakhir di Beijng....


TETAPI..... (jam 7.00 pagi)..... 
"Hanum...hanum.....dah lewat hanum....bangun Hanum. Kak Wani pun tak perasan jam.."


Aku dengan terkocoh-kocohnya lari-lari masuk bilik air dan mandi. Keluar bilik air, aku tengok jam, pukul 7.15 pagi. Aku tengok kak wani. Kak Wani tengok aku dengan muka yang kelam-kabut. Aku kompiussss~


"kenapa kalut-kalut???"tanya aku kepada kak wani.
"eh, kita kena kumpul pukul berapa??" balas kak wani
"pukul 8.50....huhuhuu" Aku buka TV dengan harapan ada cerita best.
"kak wani ingat pukul 7.50 macam biasa. hahhaha.... sori kacau kamu tidur"
"eh, tak pe, alang-alang dah bangun. Lagipun pukul 7 lebih dah. Seronoknya tidur dekat sini...terasa macam dapat rehat yang cukup.....terlebih-lebih cukup dah....hahahhaha"


Dalam pukul 8.20, aku dan kak wani turun bawah dengan beg-beg yang dah beranak-pinak. Lepas serah kunci, kami makan sarapan untuk kali terakhir di Ming Du Hotel. Menu yang sama~


Lepas tu, dalam pukul 9.05 bas kami bergerak ke Tienjin sebab kami naik flight di Airport Tienjin.Pada mulanya, bas agak bising la tambah pula masa pemandu pelancong cerita pasal seorang gadis yang kurang cerdik di kawasan Tienjin.Nak tau tak cerita dia macam mana???teruk betul~
.....................................................................................................
Macam ni.....
Pada zaman dahulu, ada seorang gadis yang kurang cerdik berjalan di kawasan perkampungan nama Henna(apa ntah). Keluarga gadis ni miskin. Ketika dia berjalan-jalan, dia terjumpa dengan seorang lelaki.


Lelaki: cik, boleh tak kalau saya minta tolong cik ambilkan buah kelapa untuk saya? saya rasa sangat dahaga.Jika cik bersetuju, saya bagi 1 yuen sebagai balasan.
Gadis: baiklah.


Gadis itu pu panjat pokok kelapa. Dia dah la pakai skirt. Bila dia dah ambil dan bagi buah kelapa dekat lelaki tersebut, lelaki tu pun bagi 1 yuen dekat gadis tu.. Gadis tu pun seronok dan balik rumah untuk bagi duit tu kat mak dia. Sampai rumah, bila dia bagi duit tu dekat mak dia, mak dia pun marah...
Mak: Kamu ni, kenapa jadi bodoh?? lelaki tu hanya nak tengok seluar dalam kamu warna apa!!! Dia lelaki yang jahat!!
Gadis : oh, saya minta maaf. Saya tidak tahu, mak...


Selang beberapa hari, ketika gadis tersebut berjalan-jalan di kawasan kampung, dia terjumpa lelaki yang hari tu.. Lelaki itu meminta gadis tersebut ambilkan kelapa untuk dia dengan diberi upah 1 yuen. Gadis itu tidak mahu.. Kemudian, lelaki tersebut kata...
Lelaki: Saya bagi kamu upah 5 yuen kalau kamu ambilkan kelapa untuk saya. saya sangat dahaga.
Gadis:(berfikir). baiklah saya setuju. Tapi tunggu sebentar.. 
Gadis tersebut masuk ke dalam belukar dan selepas beberapa minit, dia keluar dan panjat pokok kelapa.


Selepas gadis tersebut bagi buah kelapa kepada lelaki tersebut, lelaki tersebut pun bagi 5 yuen dekat gadis tu. gadis tu pun seronok dan balik ke rumah. Sampai di rumah, dia menceritakan hal dia memanjat pokok kelapa untuk dapatkan 5 yuen tu.


Mak gadis itu saaaanggggat marah. 
Mak: Kan mak dah kata jangan ikut kata lelaki tu. Dia lelaki jahat!!Kenapa kamu bodoh kurang pandai sangat *dilarang tiru di rumah*
Gadis: Mak jangan risau. Saya ni cerdik orangnya. Saya tahu yang lelaki tu nak tengok warna seluar dalam saya. Jadi saya ada taktik baru.
Mak: bagaimana??
Gadis: sbelum saya panjat pokok kelapa, saya dah buang seluar dalam saya supaya lelaki tu tak tahu warna seluar dalam yang saya pakai....


p/s: cerita yang tak patut dibaca oleh orang bawah umur. sila jangan baca
......................................................................................................
muka penat~:D
Dalam setengah jam perjalanan, ramai yang dah syahid. Penat sangat kot. Lepas 2 jam lebih, kami sampai Tienjin.Tienjin dikatakan kurang membangun daripada Beijing. Tapi kalau ikutkan, Tienjin macam KL. Sesak, bangunan tak teratur, kurang bersih dan ramai orang. 
sesak di Tienjin


bandar Tienjin
Kami dihentikan di market yang mempunyai banyak kedai muslim. Besar tempatnya...


ni la pasarnya-bahagian tengah
seafood fresh...katak pun tak mati lagi
arak macam dalam cerita kungfu
biskut
kuih muih dari China
madu yang dibentukkan
apa tu??
guess what?
Dalam beberapa jam kami kat situ, beli-beli makanan China sikit, lepas tu kami pergi makan tengahari. 
sebelum
selepas makan
Habis makan, kami bertolak ke airport yang memakan masa lebih kurang 1 jam dari bandar Tienjin. 


Dah sampai airport..... sedihnya~ Tapi seronok juga sebab rindu Malaysia sangat-sangat terutamanya tandas dan makanan Malaysia!!
pintu masuk international departure


Selesai check-in luggage, pasport semua, kami naik flight pukul 3.50 petang. 6 jam atas flight, dalam pukul 10 lebih, kami alhamdulillah sampai di LCCT.. Wah, Malaysia!!!!!!


Semalaman di LCCT, kami naik flight balik KB pukul 7.30 pagi. 
muka timah yang kepenatan naik flight


Dalam pukul 8.30 kami sampai di Airport PC. Pukul 9.15 kami sampai di USMKK tercinta ini~
baru sampai~
Terima Kasih Allah sebab bagi aku pengalaman ni~
Terima kasih kat semua yang support untuk trip ni....

Tuesday, March 8, 2011

Pengalaman di bumi China - Hari ke-6

Pagi itu indah. Matahari nampak sangat terang. 
Seperti hari-hari sebelumnya, aku bangun selepas dkejutkan oleh kak Wani. Kalau nak tahu, boleh kata tiap-tipa malam kami tidur pukul 9.30, bangun pukul 6. Puas kan tidur????=)


Rutin yang sama berulang lagi, bangun, mandi, kemas katil + bilik, kemas beg, pilih nak pakai winter coat mana, tekan lif, turun makan, berkumpul di lobi dan naik bas.


Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke satu market untuk beli-belah. Semua orang masih lagi bersemangat untuk shopping. Ada yang dah habis duit beli jade dan kristal pun ada juga. Yang dah habis duit, pergi market cuci mata dan window shopping je la...


Sebenarnya hari ke-6 ni tak ada benda menarik sangat. Lepas shopping, kami pergi ke masjid tertua di Beijing. Solat kat sana. Senibina masjid tu macam senibina istana maharaja. Dalam masjid tu, tempat solat lelaki dan perempuan asing(mesti la kan??) dan imam pun asing-asing sebab jarak antara tempat solat laki dan perempuan agak jauh. Dalam tu ada makam sheikh apa aku pun tak berapa pasti.
pintu gerbang masuk masjid




ruang solat wanita

Yang menarik perhatian kami, dekat makam tu, ada beberapa orang sana yang macam cium makam tu dan bakar colok depan makam tersebut. Mungkin budaya sana macam tu. Lagi menarik, sambil depa bakar colok tu, depa bertakbir macam takbir raya kalau kat Malaysia. Rentak pun lebih kurang.


ruang solat
Kawasan masjid tu sangat luas dan cantik. Masjid tu sebenarnya dibina lebih 1000 tahun yang lalu. Betapa tahannya batu bata masjid tu kan??


Lepas pusing-pusing kawasan masjid, kami bergerak ke retoran Muslim untuk makan tengahari.


depan restoran Muslim yang kami singgah makan
Lepas tu, kami bergerak ke Pearl Market yang kami pergi semalam tu. Beli belah lagi kat sana. Banyak benda trjadi sebenarnya masa beli. Kalau diingat balik, memang menarik laaa....Antara dialog yang berlaku masa nak tawar menawar:

Kami: How much? (sambil tunjuk ke arah t-shirt cotton) - Kalau kat Malaysia maybe RM 10 -RM15
Penjual: (sambil tekan kalkulator dan tunjuk ke arah kami) '980' 
Kami: gila!!!980 yuen. RM 490 kottt..... (sambil bergerak kelur kedai) pu yao..sheshe' (x nak.. terima kasih)
Penjual: (sambil tarik tangan salah seorang daripada kami) How much do you want??? Give me the price..
Kami: (sambil tekan kalkulator) '15'
Penjual: NO.....NO JOKING!!!(suara dah melenting dah).... This is best quality.... give me higher... 
Kami: (tekan kalkulator) '16'
Penjual: no joking.....i give you this..(sambil tekan kalkulator) ' 450' (RM 225)... this is besto price...
Kami: don't want then...thank you....
Penjual: (tarik tangan kami) you know, this is best quality, no joking.....give me your price.....(muka tak manis+suara tinggi)
Kami: no...don't want... thank you...
Penjual: no....higher price please.....i give you final price.... 250
Kami: no....we want 16
Penjual: you crazy....this is best quality......
Kami: then, we don't want. We bought the same shirt for 18 before...
Penjual: (muka tak puas hati)....ok .... i give you 18...how many do you want??
Kami: (grinning from ear to ear):D....dapat juga 18 yuen = RM 9


Kebanyakan tempat macam tu la kalau nak tawar-menawar.Penjual akan letak harga paling tinggi dan kita kena letak harga paling rendah. Ada juga kes yang sampai tarik-tarik rambut semua....bak kata Amelia laa....
Penjual sana memang sangat kasar. Kalau kta tak mahu beli, walaupun kita dah jalan sampai selang 3 kedai., depa boleh tarik kita kuat-kuat sampai kita terseret ke kedai depa. ganas tak ganas???realiti!!


Ada satu kisah masa shopping, Masrah kawan aku nak beli handbag. Kami tanya laa, " what type of leather is this??"
Penjual pun jawab, "ko leather" (dia sebut macam tu)
Kami semua tak faham."Sorry, what is ko-leather?"
Penjual tu,letak tangan atas kepala sambil buat gaya macam tanduk dan sebut " ko leather"
pikir punya pikir, rupanya 'cow leather'...dia sebut cow jadi ko....penat betul nak faham..... 


Lepas satu, satu market kami pergi. Sampai la kami makan malam. Lepas makan malam, kami singgah uptown Beijing(pandai-pandai ja bagi nama). Rasanya nama dia Tianya Hongqiao Market. Kat situ mewah-mewah la barang dia. Tapi mahal laa.... Macam kat KLCC.. 
besar ooo tanglung tu


Yang seronoknya jalan malam-malam. Meriah sangat kat situ. orang ramai, banyak lampu....best!!!


Habis jalan-jalan, macam biasa, balik hotel. Sampai kat hotel, masuk bilik, aku dan kak wani pakat kemas barang masuk luggage. Risau juga takut terlebih 15 kg sorang. Kalau terlebih 1 kg pun dah kena bayar 100 yuen (RM50). Macam tak percaya pun ada juga. Rasa kejap jaa kat sana. Malam tu, kak wani borong buah. sedap.....


Lepas makan-makan, kemas-kemas barang, tengok TV, kami pun tidur....nite

Pengalaman di bumi China - Hari ke-5

Hari ke-5.....


Hari kelima pun macam biasa, kak wani akan kejut aku sebab aku tak set alarm hp. Hp aku akan dicaj pada setiap malam sebab banyak sangat tangkap gambar.. Macam hari-hari sebelumnya pun, aku bangun terus menonong masuk bilik air dan mandi sebab kena tipu dengan kak wani kata dah lewat.


Aku pun pelik, padahal aku dah tau taktik kak wani. Tapi aku tetap terpedaya juga. Mungkin sebab aku mamai kot. Haishhh~


Hari khamis tu merupakan hari terpenting dalam lawatan kami. Kami kena kumpul dekat lobi awal sikit dalam 7.30 pagi berbanding hari-hari sebelumnya pukul 7.50 pagi. Jadi, pukul 7.15 aku dan kak wani keluar bilik dan turun makan. Cuaca di luar masih tetap sejuk macam dalam peti ais. Nikmat musim sejuk yang Allah bagi.
bangunan bentuk seluar 


Habis makan, kami bertolak ke Kedutaan Malaysia di China. Masa kami sampai di kedutaan, kami disambut dengan baik dan diberi sedikit taklimat. Taklimatnya pasal China la kan....Antara isi-isi yang disampaikan ialah:

  • ada lebih kurang 300 pelajar Malaysia yang belajar di sekitar China. Antaraya di BFSU dan Peking University
  • Kalau nak sambung belajar di universiti di China, perkara paling penting yang di tengok ialah kemahiran berbahasa China sebab kat sana, tak banyak uni yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran.
  • Ada lebih 500 restoran Muslim di sekitar China. Di Beijing ada lebih kurang 100 restoran Muslim
  • Di belakang bangunan kedutaan, ada apartment untuk pekerja yang bekerja di kedutaan. Senang kan kalau nak pergi kerja???jalan tak sampai 5 minit....
  • Bersebelahan dengan bangunan kedutaan Malaysia ialah bangunan kedutaan Israel. Kami diberi amaran supaya jangan tangkap gambar bangunan tu. Nanti akan dipanggil dan di marah dan disuruh delete. Mulanya aku ingat bangunan tinggalan mana... sebab warna dia putih, lusuh dan macam suram dan sepi....Rupanya Israel punya...haish~


Kami sempat jumpa Duta besar Malaysia. Beliau baru masuk pejabat. Beliau dah dekat China hampir 30 tahun lebih. lama kan? Kami sempat laa dengar ucapan ringkas daripada beliau.

senarai pelawat-nama aku ada!!!
Selesai melawat Embassy of Malaysia, kami teruskan perjalanan ke Herbal Medicine Center * kedai hak milik kerajaan China*. Rupanya, kedai tu sebelah ja dengan bird's nest. Kiranya kena lintas jalan laa. Sangat dekat. Pusat Herba ni merpakan tempat di mana atlit-atlit China diberi urutan dan rawatan herba. Masa kami kat sana, ada seorang pak cik ni, umurnya 74 tahun. Tapi, kalau kta tengok macam baru 50 tahun lebih. Sebab dia tegap dan sihat. Dia ni orang Indonesia. Duduk dekat China tu dah dekat 30 tahun lebih laaa (eh, sama ngan Duta)
akak chinese tu pandai cakap Melayu~
Kami diberi taklimat sikit pasal herba dan rawatannya. Tak lama lepas tu, ada sekumpulan jejaka-jejaka hensem rebutan China masuk sambil angkat besen berisi air. Pastu depa letak kat setiap seorang, 1 besen. Dalam tu ada air suam dengan macam satu uncang herba(lebih kurang uncang teh). Kami rendam kaki dalam tu dalam 20 minit. sangat relax, selesa dan best!!! Terasa toksik2 dalam badan mengalir keluar.
Lepas 20 minit, muncullah satu kumpulan jejaka impian China masuk. Lepas tu, depa berpecah pergi kat setiap orang. Yang datang dekat aku, sorang laki China yang sangat hensem!!!! Budak-budak yang duduk kat sofa sekeliling aku semua dah jeles ngan aku....hahahha 

Ada tu, Mat dengan Nas siap kata, " hanum.....hanum....control jiwa....ehem"
Yang puteri salamah pula, dengan muka jelesnya dia kata," hanum, aku nak yang tu (sambil tunjuk kat laki China depan aku)"

Benda paling aku risau ialah, kalau masa urut, dia sentuh kaki aku. macam mana ni???Nanti bersentuh laa laki perempuan bukan mahram....tak boleh jadi ni....aku nak tukar pengurut pun tak boleh...Pengurut laki sangat ramai. 

Pengurut aku tu, dia urut guna towel..nasib...
Aku cuba untuk sembang ngan dia.

Aku tanya," What is your name?"
Dia buat muka blur..... rupanya memang dia tak paham English dan tak boleh cakap bahasa Inggeris. Kawan sebelah dia macam paham sikit-sikit. Dia tolong translatekan. Lepas tu baru pengurut aku tu cakap "Yang Yui (sambil tunjuk ke arah diri dia)"
Aku pun senyum laa.... Aku kata, "Hanum(sambil tunjuk arah aku)" Dia blur. Lepas tu, aku tunjuk dia dan sebut "Yang" dan tunjuk kat aku sebut "hanum"... Dia pun senyum dan angguk...Tanda faham la tu kan???

Aku tanya umur dia. Rupanya sebaya!!!!hahahaha 21 tahun....dah laa hensem!!!!hoho

habis dalam 30 minit urut dua-dua belah kaki, kami pun bertolak pergi makan tengahari... Masih lauk yang sama. Nasib baik seminggu ja kat Beijing. Kalau seumur hidup.....adoooii...

Habis makan-makan, kami bertolak ke BFSU atau nama panjangnya ialah Beijing Foreign Studies University. Universiti tu sangggaaaaaaaaattttt cantik. USM pun cantik, tapi BFSU lagi cantik.....hahaa

Tiba-tiba, Khairiah bagitau yang dia tertinggal baju Chinese dance dia. haiyaa!!! Cari punya cari, tak jumpa juga dalam bas. maka sahihlah dia tinggal baju tu kat hotel. 

Kami masuk BFSU dan melawat kawasan-kawasan sekitarnya. Lepas tu, kami dibawa ke satu dewan (besar sikit daripada dewan murni). Dewan tu dekat tingkat 5. pancit + sempot panjat tangga~
pusing-pusing dalam U

Kami mulakan dengan ucapan daripada Prof Awang Sariyan daripada BFSU dan Prof Nurin daripada USMKK. Habis ucapan, kami mula dengan persembahan kebudayaan. Maka menarilah penari-penari profesional Melayu, India dan China.

Lepas tu, sepatutnya ada persidangan meja bulat. Tapi, oleh sebab masa tak mencukupi, maka persidangan tu pun dibatalkan. Tambahan pula, LCD depa rosak. (penat berlatih berminggu-minggu....huhu)

Kami diberi masa untuk beramah mesra dengan pelajar sana. Depa ambil kursus Bahasa Melayu. Yang aku perasan, bila sembang ja, mesti depa akan tanya,"kampung halaman kamu di mana?"
Kira macam soalan favourite la...
Semua pelajar kursus Bahasa Melayu kat sana ada nama Melayu yang dibagi oleh Prof Awang. Ada salah seorang daripada mereka, nama Noriah(nama Melayunya). Dia ni, cantik dan pandai. Dia ialah pemenang Naib Johan Pidato Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri. Bahasa Melayu dia memang sangat bagus.
Noriah yang paling tinggi


Habis dekat BFSU, kami bertolak ke Market untuk shopping. Kami pergi Pearl Market. Sebenarnya, kami tak digalakkan beli barang banyak-banyak lagi kat situ. Bak kata Amelia, pergi praktikal bargain @ tawar-menawar barang. Tengok cara orang China bargain macam mana.
put beli beg untuk mak dia
Memang pengalaman paling best laaa!!!!Orang-orang Beijing ni, agak kasar. Banyak benda dan tips aku dapat di Pearl Market tu. Untuk sesiapa yang nak pergi Beijing nanti, aku rasa boleh guna pakai tips ni. 
  • Kalau penjual kata harga barang 980 yuen, maksudnya harga sebenarnya ialah 30-80 yuen.(tengok barang jua laa)
  • Kalau tak mau beli barang, jangan singgah atau berhenti kat kedai yang tak berkaitan. Nanti kena tarik sampai tahap dipaksa beli
  • Kalau depa tanya, Malaysia???? kita kena jawab "Indonesia" sebab depa tau orang Malaysia kaya-kaya
  • Kalau nak beli barang dan depa tanya, student??? kita perlu jawab "tak, baru kerja" lepas tu cakap la kerja apa pun, doktor ka, polis ka, askar ka, cleaner ka, suri rumah ka....
banyak sebenarnya nak kongsi... tapi esoklah pula. Sebab hari keenam kat sana, penuh dengan aktiviti shopping~ sampai nak termuntah shopping (hyperbola)
ni laa Amelia
Habis pusing-pusing kat Pearl Market, kami pergi kat Yang Guang Jin Jie Market. Pun shopping juga. Tapi Pearl Market lagi best untuk shopping dan harganya lebih murah.
Lepas makan malam, kami balik hotel dan tidur puas-puas~



contengan jalanan

get this widget here