Tuesday, January 31, 2012

Apa Masalahnya Ni?

Assalamualaikum

Dekat nak habis dah cuti selama 3 minggu antara semester 1 dan semester 2 bagi Tahun 3. Kejap sangat rasa. (kalau dah bagi cuti, memang selalu rasa kejap dan nak minta lebih aje)

Okai. Apa yang nak difokuskan pada post untuk kali ni. Begini. Dalam banyak-banyak hari berseronok bergumbira bercuti, ada satu hari yang bertuah dipilih oleh tuan punya blog ni (saya lah kan) untuk pergi ke salah sebuah bank di kawasan pedalaman Sik yang permai ini.

Masa saya mula-mula masuk, subhanallah, banyaknya orang. (penggunaan istilah 'banyak' digunapakai untuk 'orang' dalam Bahasa Malaysia kontemporari). Saya pun masuk sambil menyelit-nyelit ke mesin nombor giliran.

Setibanya di mesin tersebut, tanpa melengahkan masa, saya berjaya mendapatkan nombor iaitu 1079. Giliran pada waktu itu ialah 1049. Bermakna saya perlu menunggu 29 orang berurusan di 2 kaunter yg dibuka pada waktu tersebut. 

Masa berlalu dengan cara penerimaan masing-masing iaitu agak lambat bagi saya. Tunggu punya tunggu, mestilah boring. tambahan pula masa tu pergi sorang-sorang. Kuasa dua la tahap boring tu.

Pelbagai ragam boleh saya lihat yang saya rasa nak kongsi untuk kita sama-sama fikirkan.Antaranya:
  • Ada yang main game atau text kat hp
  • Pintu masuk bank dipenuhi oleh ramai orang.
  • Kebanyakan tempat duduk dipenuhi oleh remaja atau orang muda.
  • Terdapat remaja yang bersembang sambil mengutuk-ngutuk orang yang lalu lalang di situ.
  • Bila masuk bank, orang sekeliling berbalas senyuman
  • Bila ada kertas seorang pak cik ni jatuh, ada budak tolong kutipkan dan bagi dekat pak cik tadi
  • Ada makcik-makcik dan pakcik yang dah berumur kena marah dengan pegawai yang jaga kaunter.

Banyak kan ragam manusia. Kita boleh fikir mana baik dan mana yang kurang baik. Tapi dalam banyak-banyak tu, saya agak kurang berkenan dengan pegawai bank yang asyik memarahi makcik-makcik dan pakcik di kaunter sehinggakan keadaan bank yang bising oleh borak sembang orang ramai menjadi sunyi sepi dan mata kesemuanya tertumpu ke kaunter.

Saya sangat kesian dekat makcik-makcik dan pakcik tu. Mungkin ada salah yang orang-orang tua tersebut lakukan. Saya bergerak ke hadapan lebih kurang 2 meter daripada kaunter. Saya perhatikan seorang makcik dan pegawai yang berurusan.

Mula-mula tenang.....Tiba-tiba pegawai tersebut marah dekat makcik tu sebab dia lambat keluarkan IC. Makcik tu, terkejut, takut dan terkial-kial tarik IC dia keluar dari beg. Ya Allah, apa masalah dia??Orang tua, kena la faham sikit. Makcik tu dah umur dekat 70 rasanya. Dah la dia mai dengan suami dia berdua ja. Haish~ *emo*Sekali lagi, semua orang terdiam dan tumpu dekat kawasan tu...

Saya harap tak ada laa saya kena berurusan dengan cik tu. Moga-moga dpat kaunter sebelah dia. Tapi, doa tak termakbul, saya kena berhadapan dengan beliau. Saya dah laa tak isi habis borang yang brother guard tu bagi semalam sebab brother tu kata " adik cuba tanya dekat yang jaga kaunter"

Salah saya dah yang tu. Saya pun cakaplah dekat beliau yang menjaga kaunter tersebut. "Maaf kak. 2 benda ni *sambil tunjuk dekat borang* saya tak berapa paham. Jadi saya tak terisi lagi"... *sambil hadiahkan senyuman paling manis macam bila Hermione senyum dalam Harry Potter*

"Yang tak isi tu kenapa??? Tak kanlah tak reti nak faham sendiri kot??Belajar kat mana ni??" Masa tu, confirm saya ibarat artis dekat red carpet untuk AJL.

Haish. "Apa kaitan tempat aku belajar dengan benda ni???adoyaii"*monolog*

"Maaf kak sebab menyusahkan. Sebenarnya benda ni pasal apa??" Suara maintain slow and steady. Dalam hati....hanya Tuhan yang tahu...Di hati ini....Aku rindu padamu...*oh, ternyanyi pula*

Beliau pun buat tak endah tapi dalam masa yang sama mengguna pakai ibu jari kiri saya untuk dalam 3, 4 kali juga laa....

Kalau tu, agreement kawen, dah lama jadi bini orang secara automatik. main cop ja kan...lalalalalla~

Masa nak habis urusan, dah bagi balik IC saya semua, saya pun cakaplah, "terima kasih. Maaf ye kak. Saya rasa suara akak macam kuat dan tinggi. Ini kan kerahsiaan. Senyum sokmo deh~sorry"

Terkeluar loghat kelantan dan ilmu etika profesional semua. Bagi saya, mungkin beliau tak perasan apa yang beliau lakukan. Sama-sama kita kena ingatkan. Ya tak??Semoga kita dan beliau lebih profesional dalam mengahadapi situasi-situasi tegang terutama semasa berhadapan dengan orang lain. 


Saturday, January 14, 2012

Here come the spirit

 The winner never quit, the quitter never win~!
- Ayah -

Nak berjaya kita kena ada DUIT. Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal. Jangan menyerah sebelum masa. Itu bukan budaya muslim.
-Ayah-


Belajar elok-elok, jawab exam elok-elok, doa banyak-banyak, rajin-rajin sembahyang malam.
-Mak-


Kalau nak soalan senang masa exam, suruh pensyarah bagi soalan kertas standard tadika ja la
- Aslam -



Hang kan dah pernah dapat straight A sepanjang exam. Yang ni, apa la sangat. Macam SPM ja la. Study elok-elok.
-Angah-




Try to make a new chapter of your life... A chapter that full of success...
- Zyarif Fikri -




Kenapa susah sangat nak masuk ni... Hijab apakah??huhuhu..
T.T

Sunday, January 8, 2012

what will be will be

sobahalkhoir...Ohayou gozaimasu

Dari semalam lagi terasa nak menaip,tapi tak dapat idea. *lepas gian sebab dah tak ada assignment kena taip-menaip*

Dari pagi tadi lagi, teringat Darul Quran. Rindu suasana diri sebagai hamalatul Quran. Rindu masa dalam kelas masa kat sana terutama masa kelas BI. Kelas BI adalah satu-satunya kelas di mana banin *panggilan untuk lelaki* dan banat *panggilan untuk banat* berkumpul dalam 1 kelas. Ada dalam 7 kelas rasanya semua. 

Ingat lagi satu lagu yang diajar kepada kami masa satu petang dalam kelas BI untuk elakkan mengantuk. Teringat betapa malunya banat untuk keluarkan suara untuk nyanyi bersama pensyarah sebab hanya ada 10 orang banat dan 18 orang banin dalam kelas saya masa tu.

Kami diperkenalkan dengan lagu bertajuk Que Sera Sera. Lagu ni sebenarnya arwah ayah pernah nyanyikan dekat saya masa saya umur dalam darjah 1, darjah 2 macam tu. 

Masa kecil-kecil selalu berangan nak jadi doktor, tak pun engineer. *dah macam tak ada kerja lain dalam dunia ni*. Dan satu hari saya pernah tanya dekat ayah, " ayah, agak-agak Hanum boleh jadi doktor tak nanti?"

Lepas tu, ayah tanya, "hanum pernah dengar lagu Que Sera Sera?".

Saya geleng. Ayah kata," ada budak ni, nama dia Que Sera Sera. Dia macam Hanum. Tanya nanti bila besar nanti dia akan jadi apa." 

Ayah pun nyanyi...

When I was just a little girl
I asked my mother what will I be
Will I be pretty?
Will I be rich?
Here's what she said to me

Que Sera Sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que Sera Sera
What will be will be..

Dulu-dulu, bila cikgu tanya, "cita-cita nak jadi apa??"

Dengan pantas dan yakin jawab "doktor"

Sekarang jadi doktor ka?? huhu.Ada la bersimpang siur, berkait-mait sikit...

Allah knows the best, kan? Ada tiga perkara yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Rezeki, ajal, dan jodoh. Cuma,kita kena berdoa dan berusaha untuk cari rezeki yang halal, diberikan jodoh yang baik, dan diberkati umur serta dihidupkan dan dimatikan dalam husnulkhotimah~

 

-dari pagi menaip, sampai tengahari baru post~

contengan jalanan

get this widget here