Saturday, March 31, 2012

Semoga

Bila ditimpa ujian mainan perasaan dan emosi aku harap...
semoga aku sabar dalam menangani keadaan ini
Semoga aku sedar bahawa Allah sayangkan aku
Semoga aku tahu taklifan aku sebagai seorang Muslim
Semoga aku lebih faham hukum hakam Allah
Semoga aku tahu bahawa perbuatan itu haram
Semoga aku lebih berusaha untuk menjauhi yang mungkar dan mengajak ke arah kebaikan
Semoga aku tidak melakukan perbuatan yang sama
Semoga aku sentiasa ingat harapan dan nasihat keluarga sebelum mereka hantar aku masuk ke Universiti

Hanya pada Yang Maha Berkuasa aku berdoa
Semoga aku dan sahabat-sahabatku jauh dari maksiat
Semoga kami dibuka mata hati untuk sentiasa patuh kepadaNya
Semoga kami sentiasa diberi rasa takut dalam melanggar perintah-Nya
Semoga kami sentiasa jauh dari penyakit remaja dan zina
Semoga kami bebas dari fitnah dunia dan akhirat

Jika dengan ujian ini lebih mendekatkan aku dengan-Mu, aku mohon diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapinya.

- Aku suka keadaan seperti waktu mula bila kita semua pertama kali bersua muka.

Wednesday, March 21, 2012

phonetic: es pi em

Assalamualaikum

sobahalkhoir~
ohayou gozaimasu~

Pagi yang indah, kan? Mood yang ceria. Pagi 21 Mac 2012 yang sunyi sepi di USM Kampus Kesihatan. Sekarang pukul 7.40. Dalam beberapa jam lagi, insyaAllah dapat tahu result SPM bagi yang ambil SPM tahun 2011. Nervous haih~

Teringat masa ambil keputusan SPM beberapa tahun lepas. Saya bertolak dari Kedah malam sebelum result keluar. Almaklumlaaa... sekolah nak jauh kat Klang Selangor tu haa... *berleter di pagi hari*

Saya bertolak dengan sahabat baik saya, Noor Azwani binti Ramlee. Naik bas Transnasional turun dekat Stesen bas Klang. Masa tu, stesen bas Klang yang baru tu tak siap lagi...*zaman dulu-dulu la katakan~*

Pagi dalam pukul 5.30 kami sampai Kolej Islam Sultan Alam Shah. Pagi tu, sunyi. Langkah masuk surau muslimat, rupanya ramai lagi budak-budak yang dah sampai dan berkampung dalam tu. Budak-budak dari Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Johor semua dah ada bergelimpangan. Ada yang tahajud, tertidur dalam telekung, meringkuk belakang surau, baca Quran. Alhamdulillah, biah itu terasa sangat hebat~!

Lepas solat subuh dan ma'surat berjemaah, kami siap-siap untuk sarapan. Jalan keluar makan dekat warung Wak Kanang sebelah masjid Sultan Sulaiman. Depan sekolah ja. Bersembang berborak dengan sahabat-sahabat yang hampir 3 bulan tak jumpa memang sangat best. *oh, rindunya!!*

Habis makan, kami balik ke musolla dan iron baju batik. Nak amik result kena pakai baju batik. PK HEM dah pesan. Katanya, takut ada wartawan datang.hmmm.. =.="

Dalam pukul 10.30 pagi kami jalan pergi dewan. Dah ramai yang rumah dekat dengan sekolah yang datang. wahhhh, meriahnya!!!!Lama jugak nak tunggu result sampai. Dalam pukul 12 baru dapat. Ambil ikut kelas dan guru kelas yang bagi.

Masa beratur panjang tu, agak nervous. Tambah bila tau ada sorang budak kelas dapat staright 1A. Ada jugak budak kelas yang dapat straight A. Alhamdulillah. Tiba giliran saya, saya macam tak fokus sangat. Masa imbas slip keputusan tu, nampak macam banyak 1A, tiba-tiba wujud 3B, 4B pun ada...Allah... tapi Alhamdulillah 3/4 daripada subjek saya ambil dapat 1A.

Terus saya call ayah dan kemudian mak. Masa call mak:
Selepas intro...)

Mak: Macam mana???
Saya: Hanum dapat 8 1A..hehe
Mak: yang lain 2A??wah...
Saya: tak la, haahahaa....1 2A, yang lain B... hihihihii
Mak: laaa...yaka...
Saya: Kenapa??? Alaaa, tak apa laa tak dapat straight A pun.
Mak: hmm... tak apa laaa... dah itu ja rezekinya..

Saya tahu mak saya cuba gembira bila dengar saya dah cukup gembira dengan keputusan SPM saya. Tapi itu semua hanya tiket untuk masuk U. Semua tu hanya kenangan. Yang penting, sekarang ni. ye tak??

p/s: apa agaknya result adik saya, imah...hmm

Wednesday, March 14, 2012

ukhuwah lillah

Tegur aku jika aku mulai ALPA,
Tegur aku jika aku mulai SOMBONG,
Tegur aku jika aku mulai ANGKUH,
Tegur aku jika aku mulai SALAH,

Kerana aku sangat memerlukan SAHABAT seperti mu,
Hari ini, esok dan selamanya.. 



Aku sayang sahabat-sahabatku..

Saturday, March 10, 2012

it's worth it

Alhamdulillah

Selesai jual menjual..
Bukan selalu budak-budak Med Rad batch 2009/2013 nak jual menjual di gerai ni... 
Julung-julung kalinya..
Mulanya, agak serabut. Tapi pengakhiran yang agak meriah tadi
Sold out: Laksa sarawak, spaghetti, jagung bakar, trifle, air milo, 100+
Tahniah... Syabas bette syabas~!

Lepas ni, banyaaaaaakkkk lagi program nak kena fikir.
Itulah namanya pelajar universiti, kan??
Habis uni nanti dah tak merasa pengalaman macam ni.
Yang menjaga gerai tanpa kira shif dan setia menjadi jelitawan lagi rupawan serta indah menawan, terima kasih banyak-banyak... Andalah pencorak masa depan medrad~hehe
Malas nak mengarut, tapi nak menaip ja rasa. [yang assignment melambak tak nak pula menaip...hoho]

Go medrad.Ahaks ahaks [versi gedik yang menyampahkan]
Ehem, tahniah MedRad, misi tercapai [suara james bond yang macho]

-Menjual dan berdagang itu sunnah nabi-  =)


Calon-calon usahawan berjaya

Ini budak gerai mana ni??

Rajinnya dia~

Fokus betul~

Behind the scene


apakah ni?iklan gigi~


contengan jalanan

get this widget here