Monday, April 9, 2012

Singapore bukanlah singo beng - 2

[Alarm]

Mata terkebil-kebil tengok jam -6.13 a.m

Faezah bangun mandi dan solat dulu. Diikuti dengan saya. Liat betul nak bangun~
Penat dan lenguh semalam masih terasa. Rasa macam nak pergi spa.....

Tunggu Faezah bersiap..
Pukul 8 kami check-out dari hotel dan bergerak ke stesen MRT Chinatown. 5 minit jalan kaki dah sampai dari Yes Chinatown Pt Hotel tempat kami menginap semalam. Dari Chinatown, kami ke Dhoby Ghaut dan tukar line MRT ke Ang Mo Kio.

Dari stesen MRT Ang Mo Kio, kami lintas jejantas uderground dan naik bas 138 ke Singapore Zoo. Kalau bab nak tengok binatang dan tempat-tempat bersejarah memang saya sangat suka. Bas dari Ang Mo Kio ambil masa dalam 30 minit untuk sampai ke Zoo. Dalam jam 9.30 kami sampai di Zoo Singapura.

















Penguin comel~!

Banyaaaaaaaakkkkkkkkk sangat binatang yang ada. Paling menarik, harimau putih. Comel betul..Nak ja culik buat bela kat rumah. Kat Singapore Zoo, kangaroo dan penguin pun ada.


Kucing Hutan

Ssssss....










Kami jalan pusing-pusing zoo sampailah pukul 1.20 petang. Pastu, kami naik bas dan MRT ke Bugis. Sampai di Bugis, kami saaaaangaaaat seronok dan teruja bila nampak Masjid Sultan berdekatan Arab Street. Sebelum-sebelum ni susah betul nak jumpa surau, apatah lagi masjid. Kami solat jama' di masjid tersebut.



Masjid tu dah lama sebenarnya. Dari tahun 1824 kalau tak salah. Belakang masjid tu, Arab street. Kat situ banyak laa kedai-kedai jualan. Lebih kurang macam Jalan TAR la kalau kat Malaysia. Kedai makan halal pun banyak.








Kami singgah makan murtabak berharga $6 kat sebuah kedai ni. Ingatkan medium saiz, standard medium malaysia, rupanya dah macam XXL size kat Malaysia. Kenyang sampai esok pagi makan murtabak tu. *hyperbola*





Habis makan, beli-belah, jalan-jalan, tangkap gambar, dalam pukul 6 lebih kami berjalan ke stesen MRT untuk balik ke Changi Airport. Kalau masa perjalanan mula dulu, MRT lengang, kali ni, penuh dengan manusia pelbagai bangsa dan agama. Oh, lupa nak bagitau, kalau pergi Singapura kena betul-betul jaga pandangan la. Aurat terdedah merata-rata boleh tertengok~huhu T.T

Kami sampai di Changi Airport kira-kira jam 7.30 malam. Sambil-sambil tunggu masa nak check-in, saya ternampak satu keluarga orang Inggeris ni. Ada seorang budak ni, baru boleh berjalan. Comel betul tengok dia belajar berjalan. Rasa nak cubit pipi budak tu. Comel sangat perwatakan dan tingkah laku dia. 
budak tersebut
Add caption
Jam 9.40 kami check-in dan flight kami pukul 11 malam. Sampai di LCCT, Malaysia lebih kurang pukul 12 malam. Sepanjang dalam flight balik, saya tidur sahaja. Ngantuk betul~

Lepas landing, kami ambil bagasi dan berehat serta solat di surau sampai jam 5 pagi. Lepas bangun dan siap diri, kami makan pagi dan berpecah. Faezah kena naik bas ke KL Sentral dan saya naik flight balik Alor Star pukul 7.15 pagi. Khabarnya, Faezah sampai rumah pukul 10 pagi lepas naik bas dan bertukar komuter. Saya sampai dalam pukul 11 pagi lepas tukar bas berkali-kali. 


Alhamdulillah. terima kasih Allah untuk pengalaman manis ni. Terima kasih Faezah sebab temankan. Terima kasih semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Terima kasi Berita Harian dan TV3  *dah macam ucapan lepas dapat anugerah ABPBH saja*

Singapore bukanlah singo beng - 1

Ehem
Assalamualaikum.

Dalam jam 11 pagi semalam, alhamdulillah hamba selamat menjejakkan kaki ke dalam rumah hamba yang terletak di Sik ni. (baca dengan ala-ala bunyi macam Sydney)

Maka dengan rasminya bermulalah cuti pertengahan semester bagi pelajar USM dan yang sama waktu dengannya.

Kenapa hari Ahad baru sampai rumah???Kelantan kan mula cuti hari jumaat??hmmmm

"Mak, nanti Hanum pergi Singapore bulan 4 ni" terimbau betapa susahnya saya nak bagitau mak saya kata nak pergi travel.

Mak jawab, "pergilah, guna duit sendiri ey....kerja berjaaaaaaalan ja budak ni" *kan, dah kena marah*

Saya menjawab, "ok, hanum guna duit sendiri...hehe" (padahal tiket flight semua dah booking.buat cukup syarat bagitau untuk dapat restu orang kata..betul-betul anak bertuah laaa....haish)

Maka pada jam 10.35 malam 5 April 2012 bermulalah perjalanan saya dan sahabat lillah, Faezah binti Umar ke Singapore bermula dengan flight dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Muka Faezah excited - terjumpa Robert
2 orang saja yang pergi???Dah la dua-dua perempuan..hmmm... nasib dua-dua perempuan...Kalau sorang perempuan sorang lelaki, tak ka lagi bahaya???? hoho

Dalam jam 11.30 kami sampai di LCCT. Kami solat isya' di sana sebab tak sempat solat kat asrama ekoran daripada pergi ke airport dengan Shahira Nabila yang terpaksa kejar flightnya pada jam 9.55 malam. Check-in nak 1 jam awal.

Selesai solat qasar isya', kami keluar dan menuju ke 'Baggage Solution" (tempat simpan beg). Kami simpan beg yang tak mau bawa ke Singapore atau dalam erti kata lain beg yang berisi barang-barang untuk bawa balik rumah. Simpan beg untuk 2 hari =RM36 per beg. *mahal betul tapi pemalas nak mengangkut jauh-jauh punya pasal, bayar je la*

Lepas tu, Faezah dahaga dan beli air mineral. Tapi dia sangan kecewa bila harga air mineral tersebut berharga RM3.20 sebotol. Lawak pun ada juga bunyinya..hmmm =.="

Malam tu, kami rancang nak tidur dekat dalam surau. Tapi penuh dengan makcik-makcik dari Indonesia. Jadi, kami tawaf dalam bangunan LCCT dan cari port baik punya untuk tidur dan kami jumpa~!! Apa lagi, tersandar kat situ tapi bila jaga*sebab kaki cramp* kedudukan dah berubah ke termengiring pula. Anak dara apa ni???hishhh3

Penerbangan kami ke Singapore adalah pada jam 6.15 pagi. Dalam flight, saya dan Faezah terpisah tempat duduk. Oleh sebab keboringan yang melampau dan tertarik dengan keindahan alam kat luar, saya pun tangkap gambar subuh di Malaysia-Singapura. Subahanllah~
Pemandangan dari tempat duduk saya

Dalam jam 7.15 pagi kami sampai di Changi Airport, Singapore. 1 jam sahaja penerbangan ke sana. Lepas selesai urusan imigresen, kami bergerak ke Terminal 2 dengan monorail. Free sahaja dari Terminal 1.
Perjalanan ke Imigresen
Terminal 1
Sebelum naik monorail
Di Terminal 2, kami beli tiket MRT ke Harbour Front. MRT ni macam komuter+LRT di Malaysia tapi versi laju sikit.
Sementara tunggu MRT
Ni la MRT yang digembar-gemburkan tu

Lepas tukar platform di Stesen Tanah Merah dan tukar MRT line di Ouram Park, maka sampailah kami di Harbour Front. Dari situ, kami amik bas ke Sentosa Island khususnya ke Universal Studio. Tambang = 2 Singapore Dollar.

Naik cabel car pun boleh untuk masuk Sentosa
Dalam bas...
Sentosa Island
Maka dengan itu jejaklah kaki kami di Universal Studio Singapore. Ramainya orang.....!!!!!! Itu baru hari Jumaat, belum kira hujung minggu lagi tu.huhu









Kami masuk dan melawat seluruh kawasan Universal Studio tu. Paling best dekat Transformer.. Coolio~Tak tau nak cerita macam mana. Kami dekat sana dari pukul 9.30 pagi sampai 5 petang.













Banyak la pula gambar yang kami ambil...hehe






Habis berfoya-foya di USS, kami bergerak ke Chinatown di mana hotel kami menginap berada. Sampai hotel, check-in, solat jama' ta'khir, kami terlelap sampai pukul 8 lebih. Bangun pula solat Maghrib dan Isya'. Dalam jam 9 malam, kami keluar dan jalan-jalan sekitar kawasan Chinatown. Ada lorong-lorong gelap antara bangunan-bangunan berdekatan hotel kami yang menjual barangan cenderahati Singapore. Murah pun murah. Ada la sikit-sikit kami borong untuk sahabat handai dan keluarga.



Tengah seronok jalan-jalan tiba-tiba kami ternampak McD. Ada cop halal. Saya teringat saya pernah tanya Hannah *kawan saya budak Singapore* mengenai makanan halal. Dia kata kalau fast food kat Singapore, halal, alhamdulillah. Tapi kalau kedai-kedai biasa tengok dulu. Saya masuk dan confirmkan dengan pekerja Melayu di McD tersebut. Maka yakinlah bahawa halal tanpa syubhah.

Akhirnya mengadap juga kami makanan lain selain roti dan air mineral. Lepas makan, terus kami masuk tidur. *contoh aktiviti harian yang kurang sihat*

contengan jalanan

get this widget here