Sunday, December 9, 2012

Australia, aku datang.. (5)

13/11/2012

Pagi tu lepas sarapan pukul 8.00 pagi, kami bergerak ke Philip Island lepas Lam sampai Clayton daripada Sydney. Dalam sejam lebih jugak la drive daripada Clayton tu. Philip Island is a must place to visit when you travel to Melbourne. Sebab banyaaaaaakkkk sangat tempat menarik dekat pulau tersebut.

Mula-mula kami pegi melawat A Maze 'N Things. Dekat situ banyaaakkkk sangat permainan/ bahan pameran yang dapat meningkatkan adrenaline kita untuk bermain. Semuanya mengagumkan.


Horror plak bila tengok balik


Susah jugak jadi Alice in Wonderland rupanya




Sebenarnya barang-barang dalam rumah ni terbalik dan floating dalam air.


Lepas melawat the A Maze N' Things, kami gerak ke Wildlife Park Entry. Dekat sini laaa boleh bagi makan kangaroo dan pelbagai binatang lain. Ada wallabies( adik beradik kangaroo), wombat, burung emu, KOALA, dan macam-macam lagi laa..  Best sebenarnya, tapi klo jenis yang bukan animal-friendly, macam-macam bunyi la keluar masa dalam wildlife ni. Dah sama naik dengan bunyi animals dalam ni ja rasa.

Pintu  masuk

kroo krooo...makan2

Koala tdor 20 jam sehari


Burung emu

Kangaroo 

Seronok dekat wildlife tu sebabnya tak ramai orang masa kami pegi tu sebab buka waktu cuti sekolah Australia. So, seronok sikit spend time bagi makan haiwan-haiwan.

Lepas dah kenyangkan mereka, kami gerak ke Nobbies Centre. Nobbies ni sebenarnya tinggalan tanah lepas berlakunya hakisan ombak (lepas gerbang laut). *terasa hebat geografi*

Dekat pintu masuk

Ni la nobbies tu
Say....subhanallah

Ombak kuat giler....






 Lepas habis menghayati keindahan alam ciptaan Allah dekat nobbies Centre, kami gerak ke Chocolate Factory. Menariknya dekat sini, kami boleh design chocolate sendiri. Dah tu pulak tak ada orang masa kami melawat, asyik pusing buat chocolate ja, then makan.. Hahahaaha...*mana laa tak makin berisi*





Ni la coklat yang deign sendiri tu

Lepas habis melawat, kami gerak balik ke City. Malam jugak laa kami sampai dekat City. Esoknya  dah nak balik Malaysia. Kena kemas2 barang untuk balik. Susun semua souvenir yang ada. penuh bag.


Sempat lagi tuu

Saturday, December 8, 2012

Australia, aku datang.. (4)

 12/11/2012

Pagi yang nyaman di Clayton... Sarapan pagi tu ialah agar-agar bersama bihun goreng masakan kak Umaira...yeayyy~~~Alhamdulillah... Pagi tu agak hambar sebab dah penat kot..huhu
Suasana pagi di Clayton
Tenang

Fafa bagitau kata kak ija ajak makan tengahari di rumah kak ija. Dia masak...untung laaa~

Pagi tu sebelum pergi ke rumah kak ija, kami jalan-jalan di Monash University tenpat Fafa, kak ija dan kak Umaira belajar. Monash university dekat Clayton lebih kurang macam main campus laa...Agak teratur as compared to RMIT tempat Amy dan Yana belajar..Tetiba teringat USMKK...huhuhu *ok, dah start rindu malaysia* Dari rumah Fafa ke uni sangat dekat, dalam 5 minit ja jalan kaki..

On the way ke Monash Uni
Fafa dengan Angah

Dekat situ, kami beli sweater Monash Uni. Fafa kata, even Malaysia ada cawangan Monash Uni, tapi sweater tulis Monash Uni tak ada di Malaysia...limited edition la kononnya...hahhah... *kegoyahan jati diri*
Lagipun dia ada cut...dari berpuluh-puluh AUD, jadi belas ja...ok la kan???hoho
Lepas pintu masuk uni
Library

Berangan~

My faculty??
Habis jalan-jalan dekat Monash Uni, kami gerak ke rumah kak ija untuk lunch. Kak ija masak tomyam, telur dadar,dan sayur goreng. Bertambah-tambah kami makan. Almaklumlaa dah 3 hari dekat negara orang...hahaha

Lepas makan, kami bergerak ke Dandenong..Lebih kurang macam Cameron Highland la kalau kat Malaysia... Cantik tempatnya. Kepada yang suka nature, bolehlah ke sana. Tapi kena ada transport la..senang sikit bergerak.. 

On the way naik ke puncak
With Angah
Bunga kecik2...
Cantik kan saya~hahaaha
Peek a boo~
Macam twilight tak hutan dia...
Dari atas puncak Mount Dandenong, kami boleh lihat Melbourne. City pun nampak dari situ. Masa perjalanan naik, kami singgah kat tepi-tepi jalan amik gambar *kewajipan*... Padahal hutan ja... tapi hutan dia sangat cantik....macam dalam cerita twilight...hohoho *berangan kejap*

Di puncak Dandenong
Spring is here~
Adik-beradik cun
Kerusi Gergasi
SKYfall??
Tak tahu apa benda
hoho
Comel kan....rumah ni, I mean...


Such a secret garden~




Tak paham~~~



From the left, Fafa, angah and me
Lepas jalan-jalan area Dandenong kami balik ke Clayton dan amik Kak Umaira. Lepas tu kami terus ke Brighton beach. Kak Umaira siap bekalkan lempeng, aiskrim dan air lagi...Nak berkelah katanya...

On the way ke beach
Sampai di pantai, subhanallah~cantiknya....Pastu ada banyaaaaaakkkkkk rumah bot...(rasanya la) warna warni....apa lagi...tangkap gambar mestilah kan...wajib...Dah la saya pakai baju kurung...ayu gitu *perasan episod kedua*

Ayu kan..hahaha

Rumah warna-warni yang digembar-gemburkan
Muka excited~!
Sweater Monash...wohooo~
Picnicking
Dah nak sunset
Snap snap snap~!!
Perasan sorang-sorang
Kami tunggu sunset dan solat di sana. Sementara tunggu sunset, kami makan-makan. Tiba-tiba.......banyaaaaaaakkkk sangat seagull datang. Saya ni dah la penakut burung. Dah macam gagak masa zaman skolah KISAS dulu...dah la besaarrrr~~~~huhuhu...Lepas tu,burung tu nak amik makanan kami... Pastu burung tu bising-bising bila kami halau.. Bergosip ka??hahhaa *macam dalam cerita cartoon kan seagull selalu macam mulut becok dan macam mami jarum sikit...hahahahaa* (terpengaruh movie)

About sunset
Subhanallah
Cantik kan??

Lepas solat, kami gerak ke kedai pizza untuk makan malam..makan lagi...ahhahaha...Pizza dekat sana besar, dengan garlic bread dia pun besar.. Tapi harganya murah as compared to pizza hut di Malaysia. Puas la makan..


Balik dari pantai

Tepi-tepi jalan

Inilah pizzanya~

Yummy~topping di banyak woo
Habis makan, kami balik ke rumah..berehat.. Penat sangat-sangat dan rindu Malaysia dah mula terasa. huhuhuhu...Esoknya kami akan jumpa Lam. Flight dia dari Sydney sampai esok pagi dan dia akan pick up kami dekat Clayton untuk ke......ohohoohhookkk to be continue~

contengan jalanan

get this widget here