Saturday, April 2, 2016

Australia, aku datang.. (6)

14/11/2012

Hari tu adalah hari last kami di Melbourne, Australia.

Sedih tapi gembira *berfalsafah*.

Tak sabar nak balik Malaysia terchenta tapi sayang nak tinggalkan bumi Australia. Ntah bila pula nak jejakkan kaki ke sana.

Pagi tu, kami jalan kaki ke City. Walaupun agak jauh tapi puas hati sebab dapat tengok keindahan lavender liar, University of Melboune yang digembar-gemburkan keindahannya laksana Hogwart School (sekolah Harry Potter).

Lavender tumbuh macam lalang ja dekat sini. 

Peek- a-boo

Ni laa jam Hogwart yang digembar-gemburkan tu

Sisi lain jam tadi tuu


Library dalam Melbourne Uni. Cuba sebut nama library ni

Gaya nakal Prof.

Salah satu pintu gerbang Uni of Melbourne


Lepas habis merayau dekat University of Melbourne, kami gerak terus dekat City. Maka dengan itu tamatlah sesi tour guide kami bersama Amy. Terima kasih banyak-banyak Amy . For everything. May Allah bless you and ease your life dunia and akhirah. Amiin.

Kami jalan-jalan dengan Lam pulak lepas tu. Pegi Melbourne Museum. Yang menarik pasal Melbourne Museum ni ialah, kami tak payah bayar entrance fee sebab kami student. Australian government memang menggalakkan para pelajar belajar dengan sepenuhnya tanpa dikenakan bayaran. Isn't that good to be applied here, in Malaysia?? *Something to ponder*


Sebelum masuk muzium
Katanya tulang dinosour banyak dijumpai di Australia


Jata negara Australia. Tu bukan kasawari ya. It is emu bird. 
 Lepas habis pusing Melbourne, kami jalan-jalan dekat sekitar tempat tu. Tak ingat dah haaa nama apa. Tapi ni la gambor-gambornya. Buat tatapan semua.




Lepas tu, kami pon makan tengahari dekat kedah dekat City. Owner dia Indonesian.



Lepas lunch, kami teruskan perjalanan dengan melawat seluruh City dengan menaiki City Circle. City Cirle ni free ja. Best sebab ada explanation untuk setiap checkpoints which are the interesting places sekitar Melbourne City. Kira macam kami buat final touch la. Mana-mana sempat, kami singgah.

Unik rasa papan tanda ni. Tram = badak sumbu




Parlimen



Petang sebelum pergi airport, kami sempat singgah dekat National Gallery of Victoria, kira macam muzium seni la..Lepas tu pegi Shrine of Rememberance. Petang tu, sempat laa kami minum hot coffee and chocolate dekat cafe dekat shopping mall sana. Terasa lagi feeling nya..







Lepas sampai airport, kami berpecah dengan Lam sebab dia nak balik Sydney. Kami balik Malaysia.

Muka burn sebab high uv dekat Australia

Jalan-jalan ke mana sahaja terasa penatnya. Tapi berbaloi. Alhamdulillah.

contengan jalanan

get this widget here