Sebenarnya semalam lagi rasa nak menaip untuk post kali ni.. Tapi disebabkan penat dan malas membelenggu urat saraf, tak dapek den nak nolong eyh~
Okay, cuti Deepavali baru ni (25 Oktober 2011) saya dan 5 orang anak dara pingitan yang lain telah bercuti bersuka ria dia Pulau Tioman...Dah lama sebenarnya rancang nak pergi dan tarikh 25- 27 Oktober 2011 diizinkan Allah untuk kami sampai di pulau tu....
Kami bertolak naik bas Isnin malam. pukul 8.30 dari Pasar Segar. Dalam bas, tidur ja laaa memanjang....ohh ada terselit-selit sikit Munirah Suppian mengadu lapar masa pukul 3 pagi atas bas.
Muka bahagia sebelum bertolak Dari kiri Huwaina,Syimir, Awatif, Yoke, saya |
Macam tak pernah naik bas |
Mengada kan??hahaha |
Seri Mersinggggg...Lagulahhhhh Melayuuu...
Dikaranglah oleeehhhh....biduannn dahulu~~ *test suara*
Sarapan di kedai mamak |
Bersama Munirah |
Dalam pukul 12 tengahari kami sampai di Kampung Air Batang, Pulau Tioman. Rupanya, Pulau Tioman ni, banyak jeti. Mula-mula feri tu berhenti turunkan orang di Kampung Genting. Kemudian di Kampung Tekek, kemudian di Taman Laut, kemudian baru di Kampung Air Batang a.k.a ABC.
Naik jeti, kami nampak adik Yoke *kawan saya* tersengih-sengih kecomelan. Lepas tu, kami letak beg-beg dekat sidecar a.k.a sekar *panggilan oleh orang kampung*. Aiman adik Yoke bawa beg kami yang berat macam isi batu karang 5 kg tu ke chalet. Kami jalan kaki sampai chalet.
nampak tak sekar yang digembar-gemburkan itu?? |
Kami disambut dengan sangat mesra oleh orang-orang kampung. Dah macam MB masuk kampung. Layanan memang superb~!
Kami makan tengahari di rumah Yoke.Sedap betul mak Yoke masak. Bertambah-tambah kami makan...*baru ingat nak diet*
Lepas tu, kami berehat-rehat di chalet. Ingat nak cari kirip, tapi oleh sebab air dah pasang, terbatallah niat kami.
Lepas mandi, solat jama', kami bersiap-siap untuk berbasikal ke kampung sebelah (kampung Tekek).Cuba anda bayangkan ramai-ramai berbasikal di pesisir pantai pada waktu petang....macam dalam movie kan?? percaya laaah, sangat best~!
Untuk ke kampung sebelah, kami perlu cross bukit. lebih kurang macam jungle tracking tapi dengan membawa basikal sekali.
Di puncak pendakian.. |
Galeri |
Ada gaya macam dalam cerita Full House x?? |
Sunset....
Kami balik chalet.
Makan malam di rumah Yoke. Banyak betul mak Yoke masak. Tak sempat nak pergi tolong pun.. Tolong makan pun jadi laa kan??
Habis mengemas, kami pergi Restoran tepi laut milik ayah tiri Yoke. lepak-lepak dengan budak-budak kampung situ especially Pak Tam, Haziq, mak Yoke, adik-beradik Yoke. Main business sebenarnya belajar main gitar dengan Pak Tam.
Muka berkerut seribu belajar gitar |
Dalam pukul 11 lebih, kami masuk bilik dan tidur. ZZZZzzzzzzzzZZZzz
2 comments:
bestnye...akak xpenah g tioman..bape bajet utk sume ni?
smua dalam RM400....termasuk tiket bas n feri pergi balik, plus bbq superb punya n snorkeling~sgt best kak quzie~!
Post a Comment