10 dan 11 Februari 2012 - Kuala Terengganu, Terengganu Malaysia.
10 Februari 2012
7.00 pagi, saya dan 10 lagi sahabat sekursus di USMKK bertolak ke Kuala Terengganu dari Kubang Kerian. Dalam 3 jam lebih sikit kami sampai di Kuala Terengganu iaitu kira-kira jam 10.30 pagi rasanya. *Waktu kiraan jam termasuk kes-kes seperti isi minyak, isi angin*
Sampai saja di sana, kami masuk Giant Kuala Terengganu. Semua serbu tandas. Buang hasil kumuh. =.="
Saya sempat beli plaster untuk tampal luka kat tangan yang terguris kat mana tak tahu laa...
Jam 11 lebih-lebih kami makan di deretan kedai makan sebelah Giant. Ada yang makan nasi ayam, nasi lemak dan nasi-nasi yang lain. Habis mengadap rezeki, kami bergerak ke Planetarium Terengganu yang sering digembar-gemburkan oleh Shidi (coursemate anak jati Terengganu).
Kekecewaan melanda bila Planetarium Terengganu tutup pada hari Jumaat dan Sabtu.huhu.. Kami tabah dan tekadkan hati untuk pergi melawat muzium. Kekecewaan ditambah duka lara bila Muzium Negeri pun tutup....pada tengahari tu laaa. Dan dibuka balik pada pukul 3 hingga 5 petang. Kami berfoya-foya sekejap di situ.
Oh, lupa nak cakap. Kami pergi konvoi 3 kereta. Biasa laaa, semua kaya-kaya*sinonim kayap pada musim awal semester sebelum kemasukan JPA*. Kami keluar dari muzium dan teruskan perjalanan ke Masjid Kristal.
Okey, berbalik kepada Masjid Kristal, kami tangkap gambar dan tangkap gambar lagi. Kami pusing-pusing kawasan masjid dan tangkap gambar lagi. Nampak tak betapa jakunnya kanak-kanak ribena sahabat saya ni bila jumpa kamera dan kawasan cantik. ish3.
Selepas rehat dan solat, kami keluar dan menuju ke Medan Selera berdekatan Pantai Batu Buruk. Ada yang makan nasi ayam, keropok lekor, aiskrim goreng, dan ABC. Habis makan, kami gerak ke muzium untuk mengubat kekecewaan pada tengahari yang indah tadi.
Kami masuk muzium dengan senang hati selepas bayar RM5 untuk seorang dewasa. Pelajar yang memakai uniform dapat harga RM1. Kalau nak murah, jangan buang baju sekolah dan pakai pad hari melawat muzium. Ada faham???hoho..
Mula-mula masuk muzium, kami jalan ramai-ramai. Sekali saya angkat kepala lepas satu sudut ni, semua dah hilang dan tinggal saya, Puteri dan Asma. *3 orang*. Mana yang lain. Kami tak endahkan yang lain dan fokus melawat seluruh muzium. Kadang-kadang terberangan cerita Night in the Museum. horror~!
Habis melawat dalam muzium, kami melawat kawasan luar. Ada kapal, ada rumah-rumah lama, model rumah nelayan dahulu, dan tumbuh-tumbuhan kampung. Banyak juga ditanam pokok-pokok yang boleh dibuat 'ulum' bak kata sahabat saya Fazira. *perkataan sebenar - ulam*
Tak lama lepas tu, keluarlah macam-macam ayat falsafah oleh sahabat-sahabat saya. Umpamanya:
- Awan itu bersisik-sisik
- Tenggelamnya matahari bersenandung dengan penjelmaan bulan menghias malam
- Merpati pasti cemburu melihat kemesraan mereka *ayat bila nampak Wani dan Robert yang khusyuk bercakap antara satu sama lain*
- Walau tidak kulihat angin, namun ku mampu merasa kehadirannya
Boleh dapat tokoh sastera tak??hahaha....macam-macam betul. Dekat Pantai Batu Buruk juga kami makan keropok lekor yang buat dan dimasak secara in-situ. Rasa keropok lekor tu, mashaAllah, fresh tak terkata laa. Dengan ikannya rasa segar dan ish tak tau la nak cakap macam mana. Tak sama dengan rasa kalau beli kat kedai dekat tepi jalan.
Balik dari pantai, kami balik hotel. Malam lepas isya', kami keluar dan makan di kedai makan berdekatan Kuala Ibai. Habis bersantap, kami jalan melalui Chinatown dan singgah dekat perhentian berdekatan situ. Warna-warni dan sangat cantik kawasan tu pada waktu malam.
Habis tangkap gambar, kami balik hotel. Dalam perjalanan balik hotel, 3 kereta telah bersepah mengikut laluan masing-masing. Permulaannya adalah apabila 2 kereta yang belakang tak nampak dan tak sempat ikut lead car kami. Lepas tu, semua guna firasat dan mata hati sendiri untuk cari jalan balik. Kereta yang dipandu oleh saya sesat sampai ke Mydin KT. Nasib kereta Robert datang menyelamatkan keadaan. Kereta Wani berjaya sampai hotel dengan bantuan Prof. GPS.
Malam tu, ada yang lepak dekat Dataran Shahbandar depan hotel kami. Saya, Asma dan Mimi naik bilik. Sakit kepala dan perut punya pasal. Bila semua dah ada dekat bilik, pakat susun kedudukan katil. Saya dan Jie See tidur bawah bertemankan selimut dan bantal. Tidur pulak nak buas ja, siap kena tendang masa tidur bagai~haahaha
11 Februari 2012
Seawal jam 7 pagi, Jie See, Robert dan Chin pergi ke Chinatown. Yang lain bersiap-siap di bilik. Dalam pukul 10 lebih kami bergerak ke Pasar Payang. Makan sarapan dan beli belah. Lepas tu, kami jalan panjat tangga menuju ke Bukit Puteri. Atas tu, ada kubu, meriam dan tiang bendera. Turun dari situ, kami naik bot ke seberang muara. Lepas pusing-pusing pulau dan beli air sirap, kami balik ke tempat asal dengan naik bot. pergi balik harga RM2. Seronok~!!Tak lama pun atas bot. Dalam 5 minit.
Seawal jam 7 pagi, Jie See, Robert dan Chin pergi ke Chinatown. Yang lain bersiap-siap di bilik. Dalam pukul 10 lebih kami bergerak ke Pasar Payang. Makan sarapan dan beli belah. Lepas tu, kami jalan panjat tangga menuju ke Bukit Puteri. Atas tu, ada kubu, meriam dan tiang bendera. Turun dari situ, kami naik bot ke seberang muara. Lepas pusing-pusing pulau dan beli air sirap, kami balik ke tempat asal dengan naik bot. pergi balik harga RM2. Seronok~!!Tak lama pun atas bot. Dalam 5 minit.
Lepas tu, kami gerak ke Masjid Terapung. Solat di sana. Tangkap gambar semestinya laa kan...hehe. Perut pun dah berzapin inang, kami makan di kedai makan yang ada berdekatan situ.
Bila semua dah kenyang, kami mulakan perjalanan balik ke Kubang Kerian dan pukul 3.50 petang. Tapi sebelum tu, singgah dekat McD sebab ada yang nak beli makanan buat bekalan. Kang ada yang nangis hentak-hentak kaki dalam kereta pula....huhu
Bila semua dah kenyang, kami mulakan perjalanan balik ke Kubang Kerian dan pukul 3.50 petang. Tapi sebelum tu, singgah dekat McD sebab ada yang nak beli makanan buat bekalan. Kang ada yang nangis hentak-hentak kaki dalam kereta pula....huhu
Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami dalam cuaca yang cerah dan baik. Kami sampai di USMKK pada pukul 6.40 petang.
Penat memang penat tapi pengalamannya berbaloi-baloi..
“Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20)
4 comments:
wahhhh!!! manyak silonok la dia olang!! hehe
p/s: awat hg deactivate fb? =.=!
Rafidah:mesti mesti~!eh, besar sgt ka effect aku deactivate fb??hoho
daebak~haha. slamat pulang=)) alhamdulillah.
tadaema~hehe *saya balik*...next trip hg kena join woay...bru best~!
Post a Comment