Assalamualaikum.
Dalam jam 11 pagi semalam, alhamdulillah hamba selamat menjejakkan kaki ke dalam rumah hamba yang terletak di Sik ni. (baca dengan ala-ala bunyi macam Sydney)
Maka dengan rasminya bermulalah cuti pertengahan semester bagi pelajar USM dan yang sama waktu dengannya.
Kenapa hari Ahad baru sampai rumah???Kelantan kan mula cuti hari jumaat??hmmmm
"Mak, nanti Hanum pergi Singapore bulan 4 ni" terimbau betapa susahnya saya nak bagitau mak saya kata nak pergi travel.
Mak jawab, "pergilah, guna duit sendiri ey....kerja berjaaaaaaalan ja budak ni" *kan, dah kena marah*
Saya menjawab, "ok, hanum guna duit sendiri...hehe" (padahal tiket flight semua dah booking.buat cukup syarat bagitau untuk dapat restu orang kata..betul-betul anak bertuah laaa....haish)
Maka pada jam 10.35 malam 5 April 2012 bermulalah perjalanan saya dan sahabat lillah, Faezah binti Umar ke Singapore bermula dengan flight dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
![]() |
Muka Faezah excited - terjumpa Robert |
Dalam jam 11.30 kami sampai di LCCT. Kami solat isya' di sana sebab tak sempat solat kat asrama ekoran daripada pergi ke airport dengan Shahira Nabila yang terpaksa kejar flightnya pada jam 9.55 malam. Check-in nak 1 jam awal.
Selesai solat qasar isya', kami keluar dan menuju ke 'Baggage Solution" (tempat simpan beg). Kami simpan beg yang tak mau bawa ke Singapore atau dalam erti kata lain beg yang berisi barang-barang untuk bawa balik rumah. Simpan beg untuk 2 hari =RM36 per beg. *mahal betul tapi pemalas nak mengangkut jauh-jauh punya pasal, bayar je la*
Lepas tu, Faezah dahaga dan beli air mineral. Tapi dia sangan kecewa bila harga air mineral tersebut berharga RM3.20 sebotol. Lawak pun ada juga bunyinya..hmmm =.="
Malam tu, kami rancang nak tidur dekat dalam surau. Tapi penuh dengan makcik-makcik dari Indonesia. Jadi, kami tawaf dalam bangunan LCCT dan cari port baik punya untuk tidur dan kami jumpa~!! Apa lagi, tersandar kat situ tapi bila jaga*sebab kaki cramp* kedudukan dah berubah ke termengiring pula. Anak dara apa ni???hishhh3
Penerbangan kami ke Singapore adalah pada jam 6.15 pagi. Dalam flight, saya dan Faezah terpisah tempat duduk. Oleh sebab keboringan yang melampau dan tertarik dengan keindahan alam kat luar, saya pun tangkap gambar subuh di Malaysia-Singapura. Subahanllah~
![]() |
Pemandangan dari tempat duduk saya |
Dalam jam 7.15 pagi kami sampai di Changi Airport, Singapore. 1 jam sahaja penerbangan ke sana. Lepas selesai urusan imigresen, kami bergerak ke Terminal 2 dengan monorail. Free sahaja dari Terminal 1.
![]() |
Perjalanan ke Imigresen |
![]() |
Terminal 1 |
![]() |
Sebelum naik monorail |
![]() |
Sementara tunggu MRT |
![]() |
Ni la MRT yang digembar-gemburkan tu |
Lepas tukar platform di Stesen Tanah Merah dan tukar MRT line di Ouram Park, maka sampailah kami di Harbour Front. Dari situ, kami amik bas ke Sentosa Island khususnya ke Universal Studio. Tambang = 2 Singapore Dollar.
![]() |
Naik cabel car pun boleh untuk masuk Sentosa |
![]() |
Dalam bas... |
![]() |
Sentosa Island |
Kami masuk dan melawat seluruh kawasan Universal Studio tu. Paling best dekat Transformer.. Coolio~Tak tau nak cerita macam mana. Kami dekat sana dari pukul 9.30 pagi sampai 5 petang.
Banyak la pula gambar yang kami ambil...hehe
Tengah seronok jalan-jalan tiba-tiba kami ternampak McD. Ada cop halal. Saya teringat saya pernah tanya Hannah *kawan saya budak Singapore* mengenai makanan halal. Dia kata kalau fast food kat Singapore, halal, alhamdulillah. Tapi kalau kedai-kedai biasa tengok dulu. Saya masuk dan confirmkan dengan pekerja Melayu di McD tersebut. Maka yakinlah bahawa halal tanpa syubhah.
Akhirnya mengadap juga kami makanan lain selain roti dan air mineral. Lepas makan, terus kami masuk tidur. *contoh aktiviti harian yang kurang sihat*
No comments:
Post a Comment