Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

10.2

Selamat Hari Lahir ayah....


Ya Allah, 
Sesungguhnya dari hatiku hambaMu ini aku berdoa kepadaMu,
Sesungguhnya hanya Engkau Maha Pemurah dan Pengasih,
Ya Rabbi,
Ampunkanlah segala dosa-dosa ayahku...
tempatkanlah roh ayahku bersama orang-orang yang beriman..
Peliharalah jasadnya sebaiknya,
Terangilah kuburnya dengan nur-Mu,
Luaskan tempat dia bersemayam,
Berikanlah dia peneman yang baik di sana,
Rahmatilah dia ya Allah kerana sesungguhnya dia telah menyayangiku sejak aku lahir...
Sesungguhnya rahmatMu luas ya Allah...
Sampaikanlah salam ku kepadanya...
Sesungguhnya aku sayangkan dia...
Perkenankanlah doaku...


Al-Fatihah...


[10.2.1955 - 5.4.2008]

Monday, January 31, 2011

Moga Selamat

Bismillahirrahmanirrahim

"dan mengapa kami tidak akan er'tawakkal kepada Allah,sedangkan Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh akan tetap bersabar terhadap gangguan yang kamu lakukan kepada kami.dan hanya kepada Allah saja orang yang bertawakkal berserah diri"
ibrahim:12

Semoga mereka dilindungi Allah di sana. Risaunya....

Petang tadi, aku dapat message ym dari kawan aku ex-KISAS yang study di Mesir. Dia dah sampai Malaysia. 

Dia kata, Mesir tengah perang sekarang. Doakan sahabat-sahabat kita yang masih di sana. Ramai student Mesir yang keluar dari Egypt.

Latest news, kerajaan Malaysia tengah berusaha memindahkan student malaysia di Mesir ke Jordan.

Moga dimudahkan segala urusan..
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung Ya Allah.

Berikanlah ketenangan kepada bumi Mesir....

Tuesday, January 18, 2011

Hilangnya dia...

Bismillahirrahmanirrahim...

Semua orang ada ayah dan mak kan? kalau tak, macam mana boleh wujud kat dunia ni kan?hoho
Begitu juga aku. Pada saat ini, aku rindu ayah.....ya Allah.
Ak teringin nak pangil ayah. Hakikatnya, dah dekat 3 tahun ayah meninggal. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ayah pergi dulu? Tapi, sememangnya setiap manusia akan dicabut nyawanya. Begitu juga aku. Siapkah aku nak jumpaNya? ya Allah..

Setiap kali aku teringat pasal ayah, aku mesti akan teringat saat aku cium dahi dia last sekali. Dahi dia sejuk tapi macam basah-basah sikit. Aku tak tahu Allah nak amik ayah aku secepat itu. sungguh aku tak sangka. 
Masa tu, aku umur 18 tahun. bulan 4 tahun 2008. Aku lepas SPM, alhamdulillah aku dapat tawaran masuk Darul Quran di Kuala Kubu Bharu. Tempat hafal quran. Aku ingat lagi kali last ayah hantar aku untuk balik DQ.
Aku ni, memang perangai tak reti nak siap awal-awal. Last minute baru nak pack barang. Pastu, mulalah tinggal barang. Aku tertinggal train Sg. Petani malam tu. Pastu, ayah aku cakap, tak apa, kita naik dekat Bukit Mertajam. tak sangka, itu perjalanan akhir aku dengan ayah. Mak tak marah-marah sangat malam tu, sebab dia sayang nak marah anak dia yang hafal Quran mungkin. Sebelum naik train, aku salam dan cium pipi ayah macam biasa. Tak sangka itu last skali aku salam dia...Bila naik train, ayah aku tengok sampai tak nampak kelibat.

Ayah meninggal pada 5 April 2008 hari sabtu. Hari Ahad sebelum tu, aku dah call ayah cakap nak balik minggu tu sebab ada interview JPA MARA. Tapi interview tu, dah postpone ke minggu depannya. So, aku call balik cakap tak jadi balik. Ayah cakap: " Alaa...kenapa tak balik?". Aku dah pelik. pastu aku cakap, "tak apa laa, minggu depan nanti hanum balik". Aku tak jangka itu perbualan terakhir aku dengan ayah...

Hari Jumaat, malam tu, aku lepak bilik kawan. Sambil makan-makan. tiba-tiba aku rasa macam tak sedap hati. Aku buat tak tahu ja. Sebelum hari tu, aku banyak kali mimpi gigi geraham aku nak tercabut. Jumaat malam tu, aku tidur dengan amannya. Aku cadang nak pergi PWTC tengok book fair kat sana esoknya. Malam tu, aku mimpi gigi geraham aku tercabut terus, dan aku nangis sangat-sangat. Lepas tu, aku terus bangun terkejut. bila tengok jam, pukul 5.30 pagi. tahajud nak terlepas!! ada satu mesej masuk dalam pukul 4.30 pagi. Tapi aku tak sedar. Aku baca mesej tu. mesej daripada no hp ayah. Dia tulis," Ayah sakit tenat. Masih dalam kawalan doktor". Ayat tu tak mungkin aku lupa...

Aku terus pegi bilik sebelah dan tanya pendapat kawan aku. Kawan aku suruh telefon mak. Aku call, pastu mak angkat. Suara mak dengar lemah ja. aku tanya, nak kena balik ka?
mak kata,"pakat dengan along"

Along study dekat UPM, Angah UiTM. Bila aku call along, pada mulanya Along kata macam dia tak boleh balik sebab masa tu, minggu final exam. Angah pun macam tu. Tapi bila lepas subuh, Along call, dia kata,"turun Pudu. jumpa kat sana"

Aku beruntung mak aku orang Selangor dan adik beradik dia ada sekitar KL. so, aku dah biasa kalau alone naik komuter, LRT semua. Sampai Pudu, along dah sampai. cuma kena tunggu angah sebab dia ada paper hari tu. lewat sikit dia sampai. bas kami pukul 2 petang. 


Dalam pukul 1, cousin aku call, dia tanya, kami dekat mana. Aku jawab ada dekat Pudu. Bas pukul 2. Aku tanya pasal ayah, kalau-kalau dia tahu. Pastu, cousin aku cakap," Hanum hafal quran, baca la apa-apa dekat ayah." Aku tanya ayah masih di hospital ka? Dia jawab, "ayah dah balik rumah". 


Aku masa tu dah rasa yang ayah dah tak ada. tapi aku tak berapa yakin. Aku cakap dekat kakak aku(angah) kata ayah dah balik rumah. Angah lega. Mesti dia fikir ayah dah sihat. Aku biar ja. tak lama lepas tu, along dapat call daripada abang aku yang study UTP. Dah habis jawab telefon, along datang dekat kami cakap, "ayah dah tak ada...."lepas tu, dia pergi mana aku pun tak tahu. Angah dah terpinga-pinga. Dia macam tak percaya. Betul la kata hati aku tadi. Ayah dah tak ada. Ak mesej kawan baik aku sorang, sorang budak KISAS, dan sorang budak DQ.


Dalam bas, angah dan Along x henti-henti nangis. kenapa aku tak nangis masa tu????aku pun tak tau. yang aku tau, aku kena jawab panggilan saudara mara aku yang tanya kami dekat mana. Sampai Penang (tol Juru), kami turun situ. kemudian, pakcik aku ambil terus bawa balik. Aku termuntah dalam kereta sebab sehari tak makan. sampai ja rumah, subhanallah, ramainya orang!!! Masa tu, nak masuk isya'. Along dan angah turun dan masuk rumah. Aku tak boleh turun lagi sebab tudung kotor. aku tunggu tudung daripada angah. Tapi angah tak keluar-keluar. Aku masuk rumah lepas pak ndak bagi aku tudung. Masuk, terus mandi dan solat isya'. Lepas tu, aku salam mak. Lepas salam terus mak peluk erat-erat. Tak pernah mak peluk aku sepanjang aku ingat. Tapi masa tu, aku tau mak sangat perlukan sokongan kami anak-anak. mata mak dah sembab.Mungkin sebab banyak nangis. 


Malam tu., aku tak ikut pergi kubur sebab mak tak bagi. dah malam lagipun. Esoknya, mak demam. Dah la dia tak makan dekat 3 hari... kami semua risau. Bila bangun pagi esok, aku nak solat subuh jemaah macam selalu kami buat bila balik rumah. then, aku sedar, AYAH DAH TAK ADA...sedihnya hati hanya Allah yang tahu. 


Ketahuilah bahawa hanya orang yang pernah kehilangan orang tersayang sahaja yang mampu rasa kesedihan 
tu...Aku rindu nak panggil panggilan ayah..


Aku teringat doa yang selalu ayah doa bila dekat-dekat dia nak meninggal.


Ya Allah, kumpulkanlah kami sekeluarga di syurga sepertimana engkau kumpulkan kami di dunia...amin


Kasih sayang ayah tak mungkin ada pengganti.
Kalau orang kata seorang ayah biasanya garang. tapi bukanlah ayah aku. Dia tak pernah marah anak-anak dia. Mungkin sebab dia pernah amik kaunseling, so, pendekatan dia sangat menyenangkan. Dia mesti akan bisik kata-kata semangat bila kami dah tidur. mungkin dia tak tahu yang aku buat-buat tidur untuk curi dengar. Dia yang ajar kami mengaji. Sebab kalau ngaji dengan mak macam garang sikit. Dia akan ucap tahniah setiap kali dapat result exam. tak kiah baik atau teruk. Kalau teruk, dia kan nasihatkan kam. Dia yang mulakan usrah di rumah. Walaupun pada hakkatnya, ayah tak pernah sekolah agama. Tapi dia mencari.
Rindu sangat-sangat dekat dia
Sayang ayah dunia akhirat.. 
Alfatihah...


p/s: 10.2 besday dia....rindu nak wish!!


teringat zaman dulu

Saturday, January 8, 2011

selesai setengah

00Bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah...habis juga kursus pra-perkahwinan USMKK sempena Festival Kelestarian Islam (FesKI)

masa awal-awal dapat tau kena handle projek ni, ya Allah, risaunya hanya Dia yang tahu. tanggungjawab+amanah yang sangat besar. Masa depan anak cucu cicit semua tuu....
Lepas dah istikharah, aku terima tanggungjawab ni. Mungkin boleh timba ilmu dan pengalaman luar biasa melalui sini. 
Masalah?mestilah ada. Kalau lancar ja, tak mencabar laa kan?hoho..ujian duniawi semua tu...
Tapi rasanya masa sebelum hari kejadian, tak la banyak sangat masalah. tapi hakikatnya ada la juga masalah. apa ayat mcm tunggang langgang ni? pandai-pandailah faham sendiri ye...

7 dan 8 januari 2011 merupakan hari kejadian yang aku sebut tadi. 
tempat: DK6 USMKK
masa: 8 pg hingga 5 petang (lebih kurang laa)

semestinya masa hari kejadian yang banyak masalah timbul. bila habis program, aku belek-belek borang feedback peserta. banyak la pendapat yang kami dapat. yang hantar borang x isi apa-apa pun ada.hoho.antara kekurangan dan cadangan yang dikemukakan ialah:
  • paling banyak sekali: minta panjangkan masa untuk setiap slot terutama slot penting.
  • ada kan sesi soal jawab
  •  pendaftaran minta diketatkan. (tapi hairan juga sebab yang komen ni lelaki ramai...perempuan macam tak ada)
  •  penceramah tak kreatif masa bentang
  • tak faham bahasa kelantan yang pekat (rating tinggi juga komen ni)
  • menarik bagi aku: sediakan gula-gula untuk peserta hilangkan ngantuk
  • ceramah tak mula pada waktunya
  • ketatkan peraturan untuk peserta
  • gunakan DK yang kecil
  • tambah bilangan peserta
  • luaskan publisiti
itulah antara komen-komen yang kami dapat...terima kasih kepada yang memberi pendapat.InsyaAllah majlis tahun depan lebih lancar dan bagus dengan adanya pendapat-pendapat bernas ini.

yang kami boleh ambil daripada komen-komen tersebut ialah:
  1. publisiti - memang tak dinafikan memang ada kelemahan dalam publisiti. tapi rasanya untuk PPSK la. sebabnya publisiti mula bila PPSK student tengah cuti. jadi, siapa yang on fb dan ditag oleh orang, dan alert dengan publisiti di wall Rakan Masjid, PPSK, Dip nurse dan MPP, ada laa..tapi medic dan dental, mungkin kena cari alternatif lain. sebabnya kami dah tampal poster dekat dewan kuliah mereka. mungkin x perasan.hmmm
  2. DK 6 - DK 6 ni telah ditempah oleh AJK FesKI. Kami pun tak terfikir nak guna DK yang kecil sikit.huhuhu. sebab mulanya rasa DK6 macam muat untuk 200 orang. jadi, macam OK la..tapi alamak, terlebih suda~maaf ye peserta-peserta semua. itu tak termasuk kelewatan pihak UKAST buka DK pada hari pertama. uiiiisssshhh..betul-betul serabut alammasa tu. dengan kol tak diangkat.hohoho.kesian orang menunggu~maaf
  3. sediakan gula-gula - aku suka idea ni. tahun depan, aku nak cadangkan dekat commitee baru la.terima kasih kepada penyumbang idea
  4. masa tak teratur - dengar kata ramai penceramah lewat datang. entah laa...sebab kami dah tepon penceramah 30 minit sebelum slot dia. no komen. =)
  5. penaftaran minta diketatkan - aku rasa ramai lelaki yang komen ni sebab mereka tak ramai dan mudah sikit untuk beratur dan tanda nama. kalau perempuan ramaaaaii~ tapi, mungkin boleh buka banyak kaunter untuk peserta muslimat kan. tapi ada yang datang lewat.macam mana ey? ada kawan cadangkan, bagitau peserta datang 15 minit awal. tapi kami dah cakap suruh datang awal 10 minit untuk hari kedua. tapi masih lagi ada yang datang lewat 20 minit ke program. entah laaa.... agak-agaknya kalau buat macam zaman sekolah boleh tak?kalau lewat pegi prep, kena lompat katak, jalan itik....(aku la tu yang kena).hahhaahhaaha(mustahil nak buat kat sini)
  6. kalau yang berkaitan penceramah, masa untuk satu slot, bilangan peserta memang boleh disuarakan kepada balai islam. maksimum peserta 150. kami amik memang dah maksimum. mungkin lepas ni balai islam boleh buka untuk 200 orang ka??hope so
sepanjang program mesti la ada pengalaman pelik-pelik kan??antaranya:

  • first time in my life aku jumpa nama orang yang sama dengan aku. masa daftar orang laa perkara ni berlaku. tapi nama beliau Noor Fasehah Hanom. akak medic 5th year.excited!!!!!
  • bagi hadiah dekat penceramah - aku lebih suka jadi tukang angkat dulang daripada pembagi hadiah. maluu oooo.... dah la aku terlambat masuk ekoran ketidak dengaran semasa berada di luar. maaf ye. sound trouble sket. patutnya aku masuk dalam DK kan???haishh hanum~
  • kena tegur dengan penceramah. maluuuuuuuuu sangat-sangat. aku duduk belakang sekali dalam dewan. pastu cakap dengan cik ni. tanpa ku sedari, aku dah ditegur oleh penceramah. pusing-pusing kepala.naaaahhh....semua tengok aku!!! rasa macam nak invisible ja masa tu. tak pun, buat-buat pengsan...maluuuuu...apa ni, urusetia yang buat bising???haddooyyy.....
  • masa program berjalan, ada beberapa AJK aku yang tak hadir. yang demam tak boleh bangun tak apa laa..tapi yang sihat walafiat tu yang macam agak terkilan tu. ada yang kol aku, minta maaf. Aku maafkan.tapi esoknya buat lagi.macam mana tu?? AJK aku yang lain, dah hot lebih daripada aku dah... memikirkan amar makruf nahi mungkar,aku pun slow talk la dengan AJK-AJK yang bermasalah ni. seriously, susahnya nak nasihat kawan-kawan yang boleh kata rapat laa. nak marah apatah lagi!
Secara keseluruhannya, program ni, betul-betul beri manfaat dekat aku. Sijil kursus tak proses lagi ni. nak kena tnggu seminggu baru boleh ambil dekat Balai Islam. esok, kena hantar nama dan salinan IC dekat Balai Islam. Kalau semua dah habis, leganya hanya Allah yang tahu....
inilah yang dikatakan pengalaman. belum tentu semua orang dapat kan?alhamdulillah



Tuesday, November 2, 2010

tahun 2


rasanya dah dekat 11 bulan aku x jenguk blog ni.btol2 x istiqamah...haish hanum~sebabnya malas nk menaip (taip comment n mail kt fb boleh plak..hoho)
blog ni dh macam diari aku plak....x pa kan wahai blog, jadi pendengar setia...
waktu first masuk tahun 2, aku sgt excited pada awalnya, sebab dengar2 senior akan dapat bilik double. tapi first day time daftar....aku cari nama ak dalam list bilik. cari punya cari, last2 jumpa. tengok2.....fasihah hanum binti md yusof--------101E blok B...tahap ketensionan time tu,hanya Allah yang tahu....kalau dapat bilik double x pe lagi.sekali dapat bilik 6 orang!!!!! dengan budak2 diploma nursing lak tu~adooiii....bukan nk diskrimnasi..tapi aku berharap la dapat bilik mcm kosmet aku, faezah n asma, dpt bilik skali....rabi'ah n shahira, nabila n fazira..x pon macam malihah,even bilik double ngnbdk kos lain, but still sgt dekat dengan coursemate yg lain.. tapi aku???dah la blok lain, bilik pon jauh,dengan orang yang aku x kenal..entahlah.waktu aku daftar tu, ada abang pejabat nurani dua orang n sorang akak ni yg jaga. berlakulah dialog antara aku n mereka~

hanum: alaaa.....knapa dapat blok b.x leh tukar bilik ka???
mereka: kenpa alaa??? selalunya orang seronok kalau dapat blok b.mewah sket~
hanum: mewah kalau bilik double.ni bilik 6 orang....
mereka: bilik 6 lagi best..(cubaan memujuk lagi). ada bilik study ngn bilik air sendiri dalam tu.x payah share ngn org lain dah.share ngn rumet ja.
hanum: tapi jauh..(mengada btol aku-tp time tu dh sgt protes)
mereka: x pe laa....abang yakin.nanti taun depan, adik akan minta nak bilik 6 orang...confirm!!
hanum: (monolog)...macam mana dia boleh confirm sgt??haish~

tapi, bila aku pikir2 balik, aku ni patot bersyukur. ada coursemate aku yang x dapat asrama, kena stay kt luar.lagi susah n jauh.plus, kos hidop pon tggi~
once aku dh masuk bilik utk berkemas, bore seized me!!! dengan nak arrange balik katil,taaruf ngn budak baru. n at that time, I miss my ex-roomate very very much!!


lama jugak masa yang aku amik utk rapat ngn roomate baru...about 3 month jugak...lama kan~selama dlm tempoh tu, bukan aku x penah sembang,penah~tapi, dengan cara yang formal!!!
1 hari, romate aku nama rosmaini ajak gather n picnic kat luar.oleh sebab aku sorang je yang pandai drive, so, aku lah jadi driver.hmmm....weekend tu, kami pegi KB mall, petang tu, pegi PCB,pastu malam pegi wakaf che yeh....btol2 seronok....n at that time aku sedar, no gap between kami...nk gelak pon,btol2 ikhlas punya gelak.aku boleh sembang2 macam biasa. so, aku rasa, picnic n jalan2 betol2 berkesan utk mengeratkan silaturrahim. no wonder kenapa arwah ayah dlu slalu suruh kami cari tempat untuk pegi jalan2 setiap kali cuti skolah....ya, walaupun penat, tapi kenangan tu akn kekal lama insyaAllah~n sekarang, aku sayang rumet2ku....dulu pon sayang jugak..tpi skarang lagi saaaayyaaaannngg~heeee :)
so, amik iktibar, setiap bnda yang berlaku tu ada hikmahnya.aku pon dah nmpak hikmah knpa Allah tempatkan aku dekat blok b.
1) more privacy.nk study ka, x dak la sesapa nk kacau. bkn x bg kacau, tapi sometimes,i need time utk fokus...cewahh
2) dekat dgn rumah antarabangsa.so mudah la aku nak usha pak arab...hahaha....xla, aku suka tgk bila petang, depa main sesama depa,dh mcm ada family day.n kadang2, aku rasa mcm aku kt mesir bila dengar suara depa shja.hoho
3) bilik study asing-so, kalo macam aku yg jenis tidor awal n x leh ada cahaya kalo tido, boleh tidor ngn aman sket~

aku sangat bersyukur.Allah knows better than myself. wamakaru wamakarallah, wallahukhairulmakirin~
Al-Baqarah [152] Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur



contengan jalanan

get this widget here