Monday, February 27, 2012

Sweet kan?

Alhamdulillah. daaaaahh sampai USM setelah bersuka duka di rumah hujung minggu baru ni.

Apa yang nak di gembar-gemburkan di sini ialah ada benda yang sweet untuk dikongsi bersama. Saya jamin lepas baca post ni mesti u alls akan kata "sweetnyaaaa..." dengan mimik muka yang paling comel pernah u alls ada. guna 'u alls' la pulak kan....gedik tak bunyinya??? Okey, sudah ke laut~

Macam ni. Malam semalam. Di saat pungguk rindukan bulan.

Saya tunggu bas sorang-sorang di stesen bas Sungai Petani rentetan mak dan adik saya tak boleh tunggu sampai bas saya sampai oleh sebab mak kerja esoknya ditambah pula alasan kukuh iaitu adik saya sorang lagi ada di rumah. Sudahlah beliau itu agak penakut. Jadi mak saya risau akan dia. 

Saya macam biasa, muka sombong duduk keseorangan kesepian ditemani kucing liar dan manusia-manusia lain bersama bunyi deruan enjin bas. 

Tiba-tiba...

Satu keluarga yang terdiri daripada ayah, emak, abang (dalam umur 24 tahun) dan adik perempuan (dalam umur 21 tahun) duduk dan berdiri bersebelahan dengan saya.

Dari apa yang saya lihat dan dengar, si abang dan adik tersebut asyik bergaduh dan mengutuk sesama sendiri. Kadang-kadang ada bertampar-tampar lembut, bertumbuk-tumbuk kecil, bersepak terajang*okey, ini tipu*.
Sampaikan saya yang dekat sebelah ni ibarat invisible woman yang cantik dan menawan sahaja lagaknya.

Saya tak kisah. Apa yang saya kisah ialah apabila bas si abang sudah sampai. Si abang bersalam dengan ibunya, ayahnya dan akhir sekali adiknya.

Dia bergerak menuju ke bas dan masuk ke dalam perut bas. Si adik ikut sampai ke bas. Si abang meletakkan bagasi di dalam bas dan duduk di temat duduknya. Si adik masih memandang dan terus memandang si abang.

Tidak lama selepas itu, si abang dan adik berpandangan dan tiba-tiba si abang turun  dari bas. Dia berlari-lari kecil dan terus mengadap adiknya. Dia peluk dan usap kepala si adik. Rupanya si adik sudah menangis. 

Lantas si abang mengelap air mata si adik sambil merenung mata si adik dan bercakap-cakap mungkin memujuk dengan nada gurauan sebab saya boleh lihat si adik tersenyum dan tumbuk halus bahu si abang. Tidak lama selepas itu, dua-dua mereka senyum dan si abang masuk kembali ke dalam perut bas.

Sweet kan??? 
Kepada abang-abang di luar sana, *maksud di sini ialah abang kandung bukan abang-abang lain yang tidak berkaitan*, jagalah adik-adik anda tidak kira lelaki atau perempuan. Tambah adik perempuan sebab mereka salah satu penyebab atau penarik anda untuk masuk neraka, ye tak??

Saya ada 2 abang dan saya suka bila abang-abang saya pegang kepala. Rasa dia sayang dekat saya. Masa lain, asyik mengutuk ja kerjanyaaaa~haish~ macam mana laaa kalau 2 orang mereka dah kawen nanti.hmmm 

*mood: rindu abang aslam dekat Sydney* dia dengar mesti akan diungkit seumur hidup.

"no one can bully my sister except me"  =.="

4 comments:

iz said...

takde abang =)

fasihahhanum said...

iz: blh cuba jd abg yg sweet kpd adik2, kn?

cik pooyuh said...

huwaaaa...sueeettttt ( sambil wat muka paling cute yang penah cheq ada..hahahah)...dang anumm..abang aku x penah pun pegang pala aku...tp, aku taw dia sayang aku (perhaps 1% perasaan...wahahhaa)...bangsa tu x reti nak tunjuk tu..huhuks..hampehh..

fasihahhanum said...

watib: hahhaa...lain orang lain cara tunjuk sayangnya...mcm aku syg hg...tpi cool ja... ehem *cover*

contengan jalanan

get this widget here