Friday, December 31, 2010

bulu binatang -najis ka?

Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Soal Jawab Ibadah
Oleh : Mufti Brunei

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa’ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Islam menggalakkan penganutnya untuk sentiasa menjaga kebersihan, baik pada tubuh badan, pakaian dan lain-lain, lebih-lebih lagi ketika menunaikan ibadah seperti sembahyang. Bukan sahaja bersih daripada benda-benda najis malahan juga bersih daripada sebarang kekotoran. Pengertian kotor dan najis itu adalah berbeza pada pandangan syarak kerana setiap yang kotor itu tidak semestinya najis dan setiap yang najis pula adalah kotor. Umapamanya pakaian yang terkena lumpur,kuah kari atau kopi adalah kotor tetapi ia tidak najis.
Berbalik kepada tajuk di atas iaitu bulu binatang adakah ia najis ataupun tidak? Apabila dilihat perihal bulu di zaman sekarang, memang banyak dimanfaatkan oleh manusia seperti dijadikan pakaian, alas, perhiasan, berus dan sebagai nya. Masalah yang timbul adakah ia boleh digunakan ataupun tidak dan adakah sah sembahyang ketika memakainya.
Bulu binatang itu ada yang datangnya daripada binatang yang halal dimakan dagingnya dan binatang yang tidak halal dimakan dagingnya. Binatang itu pula ada yang disembelih dan ada juga yang mati bukan kerana disembelih (bangkai). Maka IRSYAD HUKUM kali ini meninjau lebih lanjut ketetapan hukum syarak mengenai perkara tersebut.
BINATANG YANG HALAL DIMAKAN DAGINGNYA
Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis). Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang tafsirnya :

“Dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, pelbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”
(Surah An-Nahl ayat 80).
Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu binatang berkenaan adalah najis.
Adapun anggota yang lain selain bulunya jika di potong atau dipisahkan dari badannya ketika binatang itu masih hidup ia dihukumkan sebagai bangkai, sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri Radiallahuanhu yang maksudnya :

Bahawasanya Rasulullah Sallalahahu Alaihi Wasallam pernah ditanya mengenai potongan bonggol-bonggol unta dan ekor-ekor kambing. Baginda bersabda :
“Apa yang dipotong daripada yang hidup adalah bangkai.”
(Hadis riwawat Al-Hakim)
Hadis ini ditakhshishkan oleh dalil Al-Quran yang telah disebutkan di atas di mana bulu bianatang yang halal dimakan itu jika terpisah ketika binatang itu hidup adalah suci. Demikian juga halnya dengan anggota yang terpisah daripada manusia, ikan atau belalang ia adalah suci.
BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA
Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).
SYAK PADA KESUCIAN BULU BINATANG
Ada kalanya kita terjumpa bulu binatang dan kita tidak mengenali sama ada bulu binatang itu suci atau najis. Maka, jika terjadi syak, adakah bulu yang terpisah dari binatang itu datangnya dari yang suci ataupun yang najis, maka bulu itu di hukumkan suci kerana menurut hukuman asal adalah suci, dan telah berlaku syak pada kenajisannya sedang hukum asal adalah tidak najis. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115). Sebagai contoh baju yang diperbuat daripada bulu binatang sedang tidak diketahui sama ada bulu tersebut datangnya daripada binatang yang halal dimakan ataupun sebaliknya atau ia daripada binatang yang disembelih ataupun bangkai, maka dalam hal ini baju tersebut adalah suci.
BULU PADA ANGGOTA YANG TERPOTONG
Bulu yang ada pada anggota binatang yang tidak halal dimakan yang terpotong ketika binatang itu masih hidup adalah najis apatah lagi sesudah mati, seperti ekor kucing yang terpisah atau terpotong. Kerana ekor yang terpotong itu bangkai, maka bulu yang ada pada ekor itu juga adalah najis.
Demikian juga halnya dengan bulu yang ada pada anggota binatang yang halal dimakan yang terpotong ketika hidup ataupun mati tanpa disembelih adalah najis, seperti ekor kerbau yang berbulu dan terpisah atau terpotong. Kerana ekor kerbau itu terpotong ketika ia hidup atau terpotong setelah ia mati bukan kerena disembelih adalah bangkai, maka bulu ekor itu juga adalah najis.
Jika dicabut bulu binatang yang halal dimakan ketika hidup sehingga tercabut bersama-samanya akar bulu tersebut dan melekat padanya sesuatu yang basah daipada bulu itu seperti darah atau sebagainya, maka bulu itu mutanajjis (yang terkena najis atau bercampur najis). Akan tetapi ia boleh menjadi suci jika dibersihkan. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).
PENGGUNAAN BULU BINATANG
Daripada penjelasan sebelum ini, mana-mana bulu yang dicabut daripada bangkai aatau dicabut daripada binatang yang tidak boleh dimakan dagingnya adalah najis. Maka setiap penggunaan kesemua benda-benda yang najis, menurut pendapat yang sahih adalah tidak harus memanfaatkannya sama ada dibuat pakaian atau perhiasan di badan melainkan jika ada darurat. Sementara penggunaan selain daripada pakaian atau perhiasan badan adalah diharuskan jika najis itu bukan datangnya daripada anjing dan babi.
Apa yang dimaksudkan dengan darurat itu ialah, seperti terjadinya peperangan yang mengejut atau takut atas terjadi sesuatu pada dirinya kerana kepanasan atau kesejukan ataupun sebagainya, lalu tiada pakaian lain selain yang najis, maka harus dipakai pakaian itu kerana darurat kecuali dipakai ketika sembahyang. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab As-Shalah, Bab Ma Yukrah Lubsuhu Wa Ma La Yukrah, Fashal Fi At-Tahalli Bi Al-Fidhah ayat 4/387).
Oleh itu, dapatlah difahami bahawa setiap penggunaan bulu binatang yang najis sama ada dijadikan pakaian atau perhiasan di badan adalah tidak diharuskan oleh syarak melainkan jika ada darurat.
HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG
Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.
Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).
Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya? Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.
Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).
Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.
Jawapan tambahan dari Ustaz Al Amin dan Ustaz Abdul Kadir Al Joofre :
Ustaz al-amin wrote :
Sebahagian ulama’ mengatakan bulu kucing najis kerana kucing adalah binatang yg haram dimakan..binatang yg haram dimakan dianggap najis so bulu dan apa yg berkaitan dgn dia pun dikira najis..kalau tahi dia tu mmg dah najis pun..so kalau bulu dia kita bawa sembahyang maka kita menanggung najis la..
Adapun sebahagian ulama’ mengkategorikan bulu kucing sbg “ummul balwa”..kerana kucing menjadi binatang peliharaan..maka dibolehkan jika dalam keadaan susah utk dielakkan..kalau boleh dielakkan itu yg lebih ahsan(baik)..
Ustaz Abdul Kadir Al Joofre :
Bismillah
Kesimpulannya adalah, terdapat perselisihan pendapat ulamak di dalam hal ini, hatta di dalam Mazhab Syafie sekali pun.
Siapa yang diuji dengan kesusahan maka bolehlah mengambil pendapat yang agak ringan tersebut (tidak najis).
Namun begitu adalah lebih selamat dan bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati untuk mengelakkannya (mengiranya sebagai najis), bersesuaian dengan pendapat ulamak yang mengatakannya najis.
Kita tak boleh memaksa orang mengambil pendapat kita dan mengatakan ia lebih hampir kepada sunnah dan Feqh Sunnah kononnya, hingga kemudiannya menafikan pula khilaf yang berlaku, jika kita bukanlah seorang mujtahid yang murajjih. Hadis yang menunjukkan ia tidak najis dipegang oleh ulamak yang mentakannya tidak najis, dan dalil umum yang menunjukkan ia najis juga tidak bercanggah dengannya jika ditakwil pula oleh ulamak yang mengatakannya najis.
Wallahu A’lam


Wednesday, December 29, 2010

jangan kata x suka

seriously, jangan kata x suka pada sesuatu perkara.
banyak kali dah jadi dekat aku. bila kata x suka, itu la yang aku dapat.
antaranya:

  • masa darjah satu, ada satu kelas baru buka sbb bdk darjah satu kat skolah tu ramai. aku x mau masuk kelas yang baru tu, sbb x dak kawan aku yang satu tadika ngn aku dulu. x dak geng laa.n tengok2 nama aku yang kena sebut dulu. maka, masuklah aku dalam kelas 1 JAYA di Sekolah Kebangsaan Sik.

  • dulu kakak aku masuk SMKA Sik. SMKA Sik ni, skolah yang baru. kakak aku kira 2nd batch la.. biasa la skolah baru kan. kompom panas, x dak pokok, dah la atas bukit, air susah naik. slalu x dak air. aku plak jenis x ska dok sekolah menengah dekat2 ngn rumah walaupon asrama. skolah tu 10 minit ja dari rumah aku. aku punya la berusaha dpt 5A UPSR so that aku dpt masuk SBP. tapi rancangan Allah lagi hebat. dalam x suka SMKA Sik, last2 skolah tu jugak la aku masuk.

  • aku x suka dekat orang yang handsome sgt sbb bg aku org yg handsome sgt ni playboy(minded sklah menengah). tapi bila time form 2, ada sorang ni yang kalau ikot rating kawan aku, dia handsome sgt laa..macam mna aku boleh kena scandle ngn dia. X PAHAM. ni semua salah budak laki. tapi aku x couple ngn dia tauu...scandle ja. sbb scandle tu la aku dikenali oleh bdk2 skolah tu. haish~x patot.... aku x bersalah...

  • bila tyme cuti lepas PMR, aku balik Selangor, rumah nenek sebelah mak. pastu mak aku nk melawat skolah lama dia, KIK. aku x tau Kolej Islam Klang(KIK) tu rupanya Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS). bila aku masuk melawat, aku dh memang terdetik dlm hati, " Ya Allah, buruknya skolah ni...dengan x dak catnya..tepi jalan, bising semua, mcm mna la org boleh study kt sini". tengok2, dapat result pmr 9A, aku dpt offer KISAS. naaaaaahhhh... padan muka aku!!!hahahahaa... 

  •  Time aku kt KISAS, ramai la bdk baik2. tapi aku ni x dikira baik.hahhahaha. sbnrnya aku baik, tapi sbb ada org lagi baik dr aku, so, aku krang la baik.hahahahahaa..penah 1 hari ni, kwn ak nk hadiahkn tdg kt aku. dia tnya aku pkai tdg labuh ka, tdg biasa.. n aku penah ckp "tobat aku x pakai tudung labuh...boleh pengsan hampa kalau tgk aku pakai tdg labuh kt luar". nampaknya tobat aku tu, terkena balik.skrg aku pakai tdg labuh, tanpa paksaan or dorongan sapa2 pon. hmmm....ahhahahaha

  • watch out kalau nak sumpah org2 yang couple. aku penah jugak kata, x suka aku couple2 ni.. nak couple, kawen je la terus. tapi habis skolah menengah ja, aku pi couple dgn budak sains alam shah. tpi x dak pegang tangan ka, dating ka. tapi tu laa, couple jugak.haish...alhamdulillah ada lagi chya kebenaran Allah untuk aku. aku skrg x couple dh. couple dulu tu, brapa bulan ja. lepas tu, masing2 dapat kesedaran. kami pon x gaduh2 time clash.hahahahahahaa...mcm lawak plak ada kenangan couple. nauzubillah aku ulang balik bnda tu. moga Allah pelihara iman.amin =) 

  • dulu kakak aku matrik Perlis. bila aku pegi melawat, aku tgk bdk2 matrik ni mcm sosial. n AKU X SUKA!!aku mmg dh berazam x mau masuk matrik. nk fly la konon. tengok2 dapat twaran fly, aku terpaksa tolak. last2 masuk matrik penang jugak aku. tapi sbnrnya masalah sosial, bergantung kpd pembawakan diri masing-masing. ilmu dah ada, tggu praktik ja. pandai cri kawan n kawal diri, insyaAllah~

  • time darjah 5 dlu, aku penah pegi melawat beberapa U.lawatan utk student area daerah baling/sik. dalam banyak-banyak U yang aku pegi, aku paling x suka pegi USM. sbb aku rasa cafe dia sesak n kotor dlu. hahhahaa.... padan muka aku skali lagi sbb skrg aku kt USM kampus kesihatan. walaupon bukan kt penang, but still i'm one of keluarga USM. 

  • plus, aku dlu x suka kelantan. aku respect n kagum dengan ilmu agama di kelantan. tapi aku x brapa suka perangai certain orang kelantan. sbnrnya, aku rasa semua negeri pon ada yg berperangai 'begitu'. tapi Kelantan jugak yg kena cop. punya la x mau dulu, skrg aku kena dok kelantan 4 taun!!!hahhahahahaha.....

as the conclusion, janganlah kata x suka dengan melulu...

p/s: x suka kelas pagi setiap hari.............*_*


Tuesday, December 28, 2010

suda penat

sem 4!!!!! dah nak masuk taun 3 dah aku ni~
result sem lepas pon dh kluar...alhamdulillah. agak x djangka!!!thank you Allah...
moga result aku jadi perangsang untuk adik-adik aku berusaha lebi gigih. aku sedih bila tengok adik aku sedih time dpt result matrik sem 1 baru ni. aku tau dia dh usaha, tapi mungkin x cukup lagi. kena usaha lebih...
GAMBATTE!!!
tahniah kat adik aku yang amik PMR sbb dpt straight A. alhamdulillah
27 disember 2010 start la sem baru aku. dengan subjek semua baru yang x penah dengar. tapi x mau cakap pasal sem baru...let's talk about cuti aku yg baru lepas.
SERONOK!!!!!!!!(serius ni...x tipu)
bermula dengan melawat adik aku kat Kolej Matrikulasi Perlis. rasanya dalam cuti aku sebulan tu, 2 kali aku melawat adik aku tu~ bestnya jadi dia, mak pegi tgk.. time aku dlu, mak aku mai slalu jugak~hahhahaa..
X cukup ngan Perlis, aku drive smpai perak amik barang abang aku kt UTP. Dia dh habis study. sbnrnya, tu idea mak aku yang nk pegi tu, dia dh boring dok umah kot. hahhaaha....pastu ajak plak aku, kompom2 la aku cakap ok!aku kalau bab berjalan, mesti la nk ikot...ahhahahaa (jalan jauh lebih 2 marhalah sja...dekat2 x main la). 

UTP seriously such a beautiful, wonderful, colourful, modernful(ada ka perkataan ni), semual ful la....cantiiiiiiiikkkk..... kalau nk tgkp gmbr kawen kt sna mmg cntik laa....hahhahaha. tapi aku x mau la puji depan2 abg aku yg U dia cntik....ego!!hahahaha.kalau depan dia, kutuk berbakul-bakul.hoho
cantik kn library~ada 6 tingkat~


masjid UTP yang ber air-cond
ukiran bahagian dalam kubah


tasik sebelah masjid...ada byk ikan besar n cantik~






lps perak, aku pegi Cameron Highland ngn family aku. semua ada except adik aku yg kt matrik tu. dia x cuti....hahhaha....padan muka dia~ bg aku, Cameron Highland skrg lebih sejuk daripada 5 tahun dulu. paling aku rasa excited skali time kt CH ialah bila aku nampak orang pkai yang mcm headphone letak kat telinga tu, tapi yang berbulu-bulu n bercorak tu. macam kat oversea plak dengan mafla, glove segala bagai~ahhaaha.....teringin!!!tapi confirm aku kena kutuk ngn abang aku kalau aku pakai..haish~ kepada rakyat Malaysia yang lain, kalau nk pegi CH, pegi la naik time pagi, kalau time hujung minggu or cuti skolah. kalau x, boleh jam 4 jam ooo. macam aku hari tu. septotnya dalam kul 5.30 ptg smpai Brinchang. alih2 9.30 mlm bru sampai. ingatkn ada kemalangan ka apa, rupanya pasar malam punya pasal~hoho


pemandangan di ladang teh Bharat



variasi serbuk teh

habis crita CH, aku balik kg kt Banting. Kampung belah mak aku. pusing2 Klang, Morib, Batu Laut. best!! nak tangkap kepah, mak aku x bagi...(padahal x reti). balik kampung kali ni, x semeriah dlu, sbb x dak sapa sgt...drop the subject~
seminggu sebelum bukak U, aku join kursus keusahawanan kat Langkawi. dengan 3 org lagi budak kos aku, woay, faz n nabila. such a great trip!! tapi sayangnya hari kedua aku demam. pastu urusetia bawa gi hospital langkawi. hospital dia, mcm resort......x caya pegi tgk sndiri. bersih, cantik, kemas, senyap(msti la kn?), modern. emm....1 hari aku stay hotel sbb demam. bangun, tidor, bangun tidor, x jugak muncul hari baru. seksa ooo.dengan selesema+batuk+sakit kepala.mmg pakej lengkap.tapi tu la....time sihat x reti bersyukur nikmat sihat~ ish3. 
sbnrnya yg seronok sgt pegi kursus tu sbb ada bdk induk n bdk kejuruteraan.hhahahahahaa....mcm dh desperate sgt plak kn~hahahha....
n skrg ni, aku dh kt usm balik..menyambung perjuangan yg x akan habis....hahahahaha...puitis x?
semangat baru ni~ chaiyok!!! gambatte!!! bon courage!!

Sunday, December 19, 2010

budak skolah agama vs dunia luar

"Culture shock = kejutan budaya". Rasanya boleh guna istilah tu untuk budak2 skolah agama bila masuk dalam realiti masyarakat. Aku x penah balajar kt skolah biasa, so, x pasti life depa mcm mna. Tapi kalau life budak sekolah agama aku tau la jugak sebab aku sekolah agama daripada form 1 sampai form 5. Aku penah study kat sekolah agama yang biasa2 ja. maksudnya, time prep even pakai jubah n tudung labuh, tapi budak2nya lipat lengan baju smpai paras siku pon ada, stokin seolah-olah mcm x wajib,tambahan plak cikgu x cek. dan, aku pon penah masuk skolah agama yang sangat syadid(tegas). Kat situ, tangga muslimin n muslimat diasingkan,nak cakap pn kena guna babulliqa'(ckp di sebalik pintu). n aku juga penah balajar di tempat mengahafal al-quran yang for sure sangat2 menjaga perhubungan antara lelaki dan perempuan dan benda2 lain. alhamdulillah Allah bagi aku peluang untuk timba ilmu-Nya di tempat2 yang berbi'ah solehah (suasana yang baik).
Bagus sebenarnya belajar di tempat yang berbi'ah solehah ni.... tapi kadang-kadang aku rasa kena buat satu silibus untuk budak2 ni blajar bila masuk dalam realiti masyarakat.Sebabnya, ramai antara pelajar2 ini menghadapi masalah apabila menghadapi dunia luar.(ayat pikir 3 hari). Contoh kejutan yang berlaku:

1. Terkejut tengok lelaki dan perempuan duduk sebelah-sebelah dengan jarak yang dekat. kalau kat skolah dlu, nak cakap, kena jauh 2 meter. sampai agak2 satu kelas boleh dengar la kalo sembang antara muslimin  muslimat.

2. "mak ai....bertepuk tampar".... perkara itu sungguh dahsyat kalau difikirkan.lepas tu  mesti kutuk makhluk yg bertepuk tampar tu sebakul dua. padahal mengutuk orang tu pon dapat dosa. yela....x penah tengok laki n pempuan bertepuk tampar zaman skolah dlu.

3. "kenapa x tgk aku bila tgh ckp? buruk sgt ka aku ni?" ayat ni most kwn2 aku setuju dengan aku. Bila sembang ngn yg berlainan jantina, dh terbiasa jaga pandangan drpd zmn skolah. tapi disalahtafsir oleh orang lain. Mungkin orang tu pon x tau yang kena jaga pandangan, tapi tu laaa...nak explain kt orang tu pon, susah jugak....hmmm...

4. Bila jumpa bdk yg free hair, terkejut jugak.tambah plak bila tau lifestyle dia yg sgt berbeza. tambah plak dia rumet ka, coursemate ka....adoooiii, lagi sesak otak.yela...kt skolah dlu, mna penah jumpa orang yang pelik2.

5. bila tengok orang pakai baju baby-T pon terkejut jugak. lagi dhsyat kalo tengok muslimah pakai skirt pendek n muslimin pakai short yg mm short la. zaman kat skolah dlu, nk pi tnds pon  kena pakai tudung labuh dgn t-shirt tgn pjg sgala bagai. mana la x terkejut bila tengok org lain slumber pakai mini skirt smua di tmpt awam. ingtk dlm tv ja...hoho....

banyak sebenarnya yg menjadi kejutan budaya untuk bdak2 skolah agama bila facing dunia luar. itu x crita lagi bila kna 1 group ngn muslimin, nk kna contact msg sgala bagai. tambah teruk lagi, kalau ada kem, pastu ada malam kebudayaan, nk kena nyanyi ka, menari ka....adooiiii...kalo takat berlakon x pa lagi (yg x dak babak peang2 or adegan menatap mu)

memang susah sebenarnya kalau x ready fizikal, mental, spiritual. hmmm...ramai dah sebenarnya kawan2 aku yang dlunya zmn skolah pentazkirah terhebat.asal time maghrib isya' ja, mesti ke depan surau punya. Tapi skrg, dh berubah....bila dinasihat, mmg x diendahkan n smpai buang kawan....sungguh sedih~hmmmm....
hakikatnya mcm tulaa....jadi, bersedialah anda utk menghadapi dunia luar. pandai2 bawa diri. ilmu dah ada, cuma untuk praktik ja. Abang aku penah pesan, cari tazkirah setiap hari kalau boleh  sbb hati manusia kalau x diberi pengisian dalam masa 3 hari, maka akan berkaratlah hatinya. lebih kurang tu la ayat dia.... credit to my abang sbb ingtkn aku~

contengan jalanan

get this widget here