Sunday, December 19, 2010

budak skolah agama vs dunia luar

"Culture shock = kejutan budaya". Rasanya boleh guna istilah tu untuk budak2 skolah agama bila masuk dalam realiti masyarakat. Aku x penah balajar kt skolah biasa, so, x pasti life depa mcm mna. Tapi kalau life budak sekolah agama aku tau la jugak sebab aku sekolah agama daripada form 1 sampai form 5. Aku penah study kat sekolah agama yang biasa2 ja. maksudnya, time prep even pakai jubah n tudung labuh, tapi budak2nya lipat lengan baju smpai paras siku pon ada, stokin seolah-olah mcm x wajib,tambahan plak cikgu x cek. dan, aku pon penah masuk skolah agama yang sangat syadid(tegas). Kat situ, tangga muslimin n muslimat diasingkan,nak cakap pn kena guna babulliqa'(ckp di sebalik pintu). n aku juga penah balajar di tempat mengahafal al-quran yang for sure sangat2 menjaga perhubungan antara lelaki dan perempuan dan benda2 lain. alhamdulillah Allah bagi aku peluang untuk timba ilmu-Nya di tempat2 yang berbi'ah solehah (suasana yang baik).
Bagus sebenarnya belajar di tempat yang berbi'ah solehah ni.... tapi kadang-kadang aku rasa kena buat satu silibus untuk budak2 ni blajar bila masuk dalam realiti masyarakat.Sebabnya, ramai antara pelajar2 ini menghadapi masalah apabila menghadapi dunia luar.(ayat pikir 3 hari). Contoh kejutan yang berlaku:

1. Terkejut tengok lelaki dan perempuan duduk sebelah-sebelah dengan jarak yang dekat. kalau kat skolah dlu, nak cakap, kena jauh 2 meter. sampai agak2 satu kelas boleh dengar la kalo sembang antara muslimin  muslimat.

2. "mak ai....bertepuk tampar".... perkara itu sungguh dahsyat kalau difikirkan.lepas tu  mesti kutuk makhluk yg bertepuk tampar tu sebakul dua. padahal mengutuk orang tu pon dapat dosa. yela....x penah tengok laki n pempuan bertepuk tampar zaman skolah dlu.

3. "kenapa x tgk aku bila tgh ckp? buruk sgt ka aku ni?" ayat ni most kwn2 aku setuju dengan aku. Bila sembang ngn yg berlainan jantina, dh terbiasa jaga pandangan drpd zmn skolah. tapi disalahtafsir oleh orang lain. Mungkin orang tu pon x tau yang kena jaga pandangan, tapi tu laaa...nak explain kt orang tu pon, susah jugak....hmmm...

4. Bila jumpa bdk yg free hair, terkejut jugak.tambah plak bila tau lifestyle dia yg sgt berbeza. tambah plak dia rumet ka, coursemate ka....adoooiii, lagi sesak otak.yela...kt skolah dlu, mna penah jumpa orang yang pelik2.

5. bila tengok orang pakai baju baby-T pon terkejut jugak. lagi dhsyat kalo tengok muslimah pakai skirt pendek n muslimin pakai short yg mm short la. zaman kat skolah dlu, nk pi tnds pon  kena pakai tudung labuh dgn t-shirt tgn pjg sgala bagai. mana la x terkejut bila tengok org lain slumber pakai mini skirt smua di tmpt awam. ingtk dlm tv ja...hoho....

banyak sebenarnya yg menjadi kejutan budaya untuk bdak2 skolah agama bila facing dunia luar. itu x crita lagi bila kna 1 group ngn muslimin, nk kna contact msg sgala bagai. tambah teruk lagi, kalau ada kem, pastu ada malam kebudayaan, nk kena nyanyi ka, menari ka....adooiiii...kalo takat berlakon x pa lagi (yg x dak babak peang2 or adegan menatap mu)

memang susah sebenarnya kalau x ready fizikal, mental, spiritual. hmmm...ramai dah sebenarnya kawan2 aku yang dlunya zmn skolah pentazkirah terhebat.asal time maghrib isya' ja, mesti ke depan surau punya. Tapi skrg, dh berubah....bila dinasihat, mmg x diendahkan n smpai buang kawan....sungguh sedih~hmmmm....
hakikatnya mcm tulaa....jadi, bersedialah anda utk menghadapi dunia luar. pandai2 bawa diri. ilmu dah ada, cuma untuk praktik ja. Abang aku penah pesan, cari tazkirah setiap hari kalau boleh  sbb hati manusia kalau x diberi pengisian dalam masa 3 hari, maka akan berkaratlah hatinya. lebih kurang tu la ayat dia.... credit to my abang sbb ingtkn aku~

contengan jalanan

get this widget here