Monday, October 31, 2011

Percutian dara pingitan [pengembaraan berakhir]

[ALARM CLOCK] -tak dapat tangkap lagu apa ekoran mamai yang terlampau

Duduk tepi katil, tenyeh-tenyeh mata...
Pandang sekeliling.....uiiiiii sedapnya bebudak ni tidur...
Jam menunjukkan pukul 6.02 pagi.
Subuh oiiiii subuh....

Keadaan seperti semalam, semua bangun solat subuh sorang demi seorang. 
Lepas subuh, semua sambung bermimpi indah.
Tak sedar yang hari tu dah kena bertolak balik Kelantan.

Semalam, Yoke kata boleh tidur sampai pukul 12. Jadi, semua pegang kata-kata keramat oleh beliau itu.
Dalam pukul 8 lebih, sorang demi seorang terjaga.
Ikutkan hati nak jaa berbungkus dalam selimut. Tapi apakan daya, selimut dah dikuasai oleh Munirah dan Huwaina. huhu

Tak lama kemudian..... 
tok tok tok (bunyi orang ketuk pintu)
Buka pintu, Irfan menunjukkan muka comelnya baru bangun dari tidur. Tak lama lepas tu, muka Ikmal pun terjenguk di pintu.. Pagi-pagi dah bertandang di bilik anak dara~
Inilah Irfan dan Ikmal yang digembar-gemburkan tu
Yoke pun tak kurang hebatnya dalam menyibuk di bilik kami. 
"eh, korang, cepatlah siap. Mak saya dah lama buat sarapan" -Yoke

"laaaa.....semalam Yoke kata tak buat sarapan dan suruh kami tidur sampai pukul 12???" -Kami

"ntah, mana saya tahu mak saya buat sarapan banyak-banyak. Eh, jomlah cepat. Lalat dah makan sarapan tu" -Yoke

Semua bermalas-malasan untuk bersiap. Ada yang bangun masuk bilik air terus mandi pun ada. Yang tak berpeluang jadi orang pertama mandi, masing-masing kemas beg untuk balik.

Ada yang pening nak campur atau tak dalam satu beg baju yang tak guna lagi dengan baju yang dah pakai. Ada yang beranak pinak beg pun ada. Macam-macam laaa...

Habis kemas ala kadar, kami pergi rumah Yoke, makan sarapan. Habis makan dan kemas, kami jalan pergi kedai berhampiran. Huwaina nak beli t-shirt untuk adik dia sebab mak dia pesan. kalau ikut dia, mesti tak beli punya tu...kan??hahha *contoh kakak mithali*

Habis berborong, kami masuk chalet, kemas buat kali terakhir. Lepas tu, beg-beg semua letak kat rumah Yoke. Sebenarnya ada lagi baju kami yang tak masuk beg. Yang bersidai kat luar tak kering-kering pun ada lagi. Terima kasih banyak-banyak kat mak Yoke yang tolong basuhkan baju kami. tak kena caj pun untuk dobi. 

Bila dah siap masak, kami makan tengahari dan lepas tu kami bertolak balik. *kenapa macam laju ja cerita ni??*
Tioman diselubungi hujan
Kami jalan kaki, berlari-lari dengan penuh romantik dalam hujan menuju ke jeti. Paling sadis, mereka tinggalkan saya jalan kaki sorang-sorang dengan payung sepanjang jeti tu. Walaupun indah dipandang orang, tapi saya tak minta untuk kelihatan begitu... *effect lebih-blushing*
Sempat lagi tangkap gambar

perjalanan meredah hujan


Masa tunggu feri, macam-macam ragam boleh tengok. Mula-mula ada minah salleh salin seluar tengah-tengah orang ramai...hadoiiihhh...free show~ 
rombongan che kiah
Ada juga pertengakaran lidah antara Aqilah dengan Aiman (adik Yoke) dan pertengkaran tersebut berakhir dengan kemarahan Aiman dilepaskan kepada Irfan yang memang masa tu tak bersalah dan bermuka tak bersalah. Kesian~ *padahal dulu-dulu kita pun sama juga macam tu, marah orang lain, lepas kat orang lain* 
nampak tak muka Irfan yang tak bersalah pegang payung

Lagi seronok, bila tengok Irfan yang beriya tak mau bagi kami balik sampai sanggup berdialog telefon tiket bas. Kalau telefon syarikat bas boleh tahan lagi~hahaahaha
6 dara pingitan

the best trip ever
Bila feri sampai, kami bersalam-salaman. Hmmmm....sedih bila ingat balik. Berat sangat hati nak tinggalkan Tioman. Pengalaman menarik yang insyaAllah tak dapat dilupakan.

Dalam feri, letak kepala jaa dah terlelap. Sedar-sedar dah sampai Mersing. punya la khusyuk tidur. Sampai Mersing, solat dekat Plaza Mersing (lebih kurang R&R laa). Lepas tu, terus tak belok-belok, menuju ke KFC Mersing. Makan malam~
muka sapa paling berseri-seri??

Habis bersantap, kami jalan kaki ke stesen bas Mersing. tak jauh pun. Paling kagum, kat stesen bas tu, banyaakkkkkkkkk sangat kucing. Kucing di mana- mana sahaja.

Bas kami pukul 10 malam. Masa tu, baru pukul 9 malam. Kami pun ambil keputusan untuk jalan-jalan di pasaraya yang berhadapan dengan stesen bas tersebut. Nak pergi tandas sebenarnya tu....

Dekat pasaraya, haish...malu nak cerita....Tapi digagahi juga untuk cerita.

Ada laaa 2 orang *antara kami* yang masih tertinggal di tandas. Tandas tu kat aras atas sekali. Mereka sangat gembira berada di tandas ekoran isu hasil daripada makan petai. Gelak punya gelak, terbahak-bahak punya gelak sampai satu aras supermarket dengar ketawa mereka. Semua orang tengok ke arah tandas. Nasib laa 2 orang tersebut tak keluar dari tandas masa tu. Kalau tak, reject jadi menantu.hahaha

Habis beli makanan sikit, kami balik ke stesen bas. tak lama lepas tu, kami naik bas. Perjalanan yang agak sadis bila bas kami rosak sebab tayar bocor, terpaksa laa buat iklan kat tepi jalan sebentar. Punya banyak-banyak jenama bas yang lalu, Cepat Ekspress juga yang banyak kali berhenti. 
Tarian SNSD

Tersadai di pagi hari
Kami berenam naik bas Cepat Ekspress untuk balik Kota Bharu. Kami solat subuh di Pasir Putih dan sampai di Kubang Kerian dalam jam 7.40 pagi. Mata dan otak masing-masing nampak katil jaaa. Kalau ada jongkong emas kat tengah jalan tu pun, mesti buat tak tau jaa...
Menonong jalan cari katil

Pukul 8, kami sampai bilik masing-masing. Penat tapi seronok dan puas. 
Terima kasih Allah.
Selamat pergi dan selamat balik...


Sunday, October 30, 2011

Percutian dara pingitan 2

kriiippp kriiipppp.....

sollu 'ala khoiril 'ibad....almustafa balligh roshad...[alarm clock]
ehehheemm...

mata sebelah terbuka sebelah tertutup, tengok hp, pukul 5.57 pagi.

SUBUH!!!

mamai-mamai jalan menuju ke bilik air, siap diri, wuduk, cari telekung dalam kegelapan bilik.
Rupanya telekung Huwaina tersangkut dekat dengan tingkap bilik.

Solat subuh...

Pergi katil, kejut Munirah Suppian, dia pun sama tahap mamai-mamai masuk 'tailet'....

Habis dia solat, kejut Huwaina pulak.. Masa tu, barulah perasan keadaan budak katil sebelah (Awatif dan Syimir). Perebutan selimut berlaku....

Nasib la air-cond dah naikkan suhu ke 27 darjah celcius. Tak ada la Awatif sengsara merana sangat tak dapat selimut..

Lepas semua dah habis solat, pakat sambung tidur balik.
Dalam pukul 6 lebih-lebih kot Awatif dan Syimir pergi amik angin pagi. Yang lain belek selimut dalam bilik.
Suasana pagi
Dalam pukul 8 semua baru kalut nak mandi bersiap semua. Haish~mak mentua tengok kena reject awal-awal lagi macam ni.... =.="

Kami sarapan di rumah Yoke. Makan mi goreng dan cekodok pisang.

Dalam pukul 10, semua bersiap sedia untuk turun laut. Bukan tangkap ikan atau cari kirip. Tapi nak pergi mengorat ikan... Snorkelling~blup blup blup
excited state~!


Destinasi snorkel yang pertama ialah di Monkey bay. Macam-macam ragam boleh tengok masa pertama kali budak-budak ni nak turun laut. Saya biasa ja laa *bajet-padahal nervous juga*

sebelum bertolak
Angkatan Yoke Har
Munirah awal-awal lagi dah kena diselamatkan oleh Irfan (adik Yoke yang berusia 5 tahun)
Hero Mun la katakan~
Nampak tak Mun yang diselamatkan oleh budak kecik (irfan)

Passer by~
Macam-macam jenis ikan kami nampak. Lagi menarik bila dapat tengok kerang gergasi. Warna biru~

Paling sadis, bila Munirah pegang roti untuk bagi ikan makan, tapi akhirnya jari dia yang kena gigit. Ikan pirana ka apa, tak tau laaa~Sampai sekarang jari Munirah bengkak membelon besar belon panas *hyperbola*

Nak lagi sadis, dekat sejam lebih kat laut, saya naik bot bila napak Syimir naik bot. Naik jaa kat bot, cari plastik. Nak muntah. Akhirnya, plastik roti juga jadi tempat meluahkan isi perut. bluuuweeekkkk....eiiuuuuu [effect penonton]

Lega rasa~

Lepas tu, kami naik bot pergi Kg Salang. Kat sana, kami makan tengahari, beli souvenir, main kat pantai, main ombak, water splash. Mandi juga walaupun hujan.
lunch time

Tak lama lepas tu, kami bergerak ke Taman Laut. Kat sana, aku tak turun dari bot, loya tak habis-habis. Macam kena morning sickness pun ada juga rasa *macam pernah rasa jaaa..hahaha*

Kanak-kanak Ribena yang lain ja turun. Seronoknya mereka berenang-renang, bergelak ketawa sampai satu pulau dengar, bergurau senda, berlumba-lumba....
Macam berlumba ja gaya, kan??
Siap tu, ada yang kencing dalam laut lagi.... Paling tak tahan ada effect rasa panas jaa lepas kencing.....hahahhaha....ngeng sungguh kanak-kanak itu *opppssss*

Tak lama pun kat Taman Laut. Lepas tu, kami balik chalet. Rehat sebab penat sangat.

Petang tu, kami jalan-jalan tengok chalet yang lain sambil tangkap-tangkap gambar. Lepas tu, pusing kampung sampai ke hujung kampung, tengok air terjun.uiishhh...best tak terkata laaa~
Jalan sampai hujung kampung
Kanak-kanak ceria

Sampai malam tu, lepas maghrib kami bersiap ke restoran. BBQ~


Muka sebelum makan

Selepas makan
Punya laa banyak makanan. Ada sotong bakar, ayam bakar, sosej bakar, ikan bakar, sambal belacan, nasi goreng, nasi hujan panas, air oren...banyak laaaaa~ Dah laa restoran tu mengadap laut....feel betul~memang the best~!!!!!!!

Ratu kampung meratah ayam
Masa tengah makan, ada 2 orang Korea makan kat meja sebelah kami. Muka Munirah ngan Huwaina tak payah cakap laa....mata nak bersinar-sinar jaa....Kalau sengih, kerang busuk pun kalah~

Tapi satu laa.... hajat si Mun nak ucap "anyeonghaseyo" dekat orang Korea tu tak kesampaian sampai ke sudah. Sampai sekarang dia terkilan lagi. Jangan la ada  siapa-siapa yang berani ucap "anyeonghaseyo" kat Mun, mau mati kena potong urat nadi dengan cotton bud.

Sebebanrnya malam tu, nak karaoke lepas BBQ. Tapi oleh sebab ada petir dan guruh, maka tak jadi lah nak karok... Maka, kecewa menonggeng-nonggeng lah Syimir, Watib dan Yoke. Sampai sekarang laa mereka ni asyik berkarok sendiri-sendiri. Nyanyi lagu Jaclyn Victor, Sheila Hamzah ngan Ning Baizura tu~ Lepas gian laa katakaan~
Ratu kampung ABC-muka frust tak dapat karok
Malam tu, memang buntu idea nak buat apa. Buka laptop, mengadap cerita libas, macam tak best. Siap mun boleh tidur berdengkur dalam sekelip mata lagi. Penat sangat la kot~

Macam mana laa boleh lupa ada bawa UNO card. kalau tak, boleh main...

Malam tu, dalam pukul 11 kami tidur. Macam baby kan??hehehe

Saturday, October 29, 2011

Percutian dara pingitan 1

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebenarnya semalam lagi rasa nak menaip untuk post kali ni.. Tapi disebabkan penat dan malas membelenggu urat saraf, tak dapek den nak nolong eyh~

Okay, cuti Deepavali baru ni (25 Oktober 2011) saya dan 5 orang anak dara pingitan yang lain telah bercuti bersuka ria dia Pulau Tioman...Dah lama sebenarnya rancang nak pergi dan tarikh 25- 27 Oktober 2011 diizinkan Allah untuk kami sampai di pulau tu....

Kami bertolak naik bas Isnin malam. pukul 8.30 dari Pasar Segar. Dalam bas, tidur ja laaa memanjang....ohh ada terselit-selit sikit Munirah Suppian mengadu lapar masa pukul 3 pagi atas bas.
Muka bahagia sebelum bertolak
Dari kiri Huwaina,Syimir, Awatif, Yoke, saya
Macam tak pernah naik bas
Mengada kan??hahaha
Dalam pukul 6.30 pagi, kami sampai di Mersing...
Seri Mersinggggg...Lagulahhhhh Melayuuu...
Dikaranglah oleeehhhh....biduannn dahulu~~ *test suara*
Sarapan di kedai mamak
Kami jalan, makan sarapan, tangkap gambar, cucuk duit dekat Public Bank dan sampai di Jeti..Beli tiket, lepak-lepak dengan muka semua set tak gosok gigi apatah lagi mandi.... *ohohohok...cover*
Bersama Munirah
Dalam pukul 10 kami naik feri. Dalam feri, rasanya ramai lagi pakej tak mandi pagi...Cuaca kat luar, alhamdulillah..renyai-renyai sikit. Semua kami tidur kecuali Munirah. Oleh sebab dia tak boleh tidur, maka dia termuntah dalam feri *dalam plastik laaaa* uwekkkk...

Dalam pukul 12 tengahari kami sampai di Kampung Air Batang, Pulau Tioman. Rupanya, Pulau Tioman ni, banyak jeti. Mula-mula feri tu berhenti turunkan orang di Kampung Genting. Kemudian di Kampung Tekek, kemudian di Taman Laut, kemudian baru di Kampung Air Batang a.k.a ABC.

Naik jeti, kami nampak adik Yoke *kawan saya* tersengih-sengih kecomelan. Lepas tu, kami letak beg-beg dekat sidecar a.k.a sekar *panggilan oleh orang kampung*. Aiman adik Yoke bawa beg kami yang berat macam isi batu karang 5 kg tu ke chalet. Kami jalan kaki sampai chalet.
nampak tak sekar yang digembar-gemburkan itu??
Dekat jaaa jalan kaki. Suasana kampung yang sangat meriah, indah, permai, tenang, harmoni, damai, nyaman....alahaiii sungguh saya rindu Tioman.

Kami disambut dengan sangat mesra oleh orang-orang kampung. Dah macam MB masuk kampung. Layanan memang superb~!

Kami makan tengahari di rumah Yoke.Sedap betul mak Yoke masak. Bertambah-tambah kami makan...*baru ingat nak diet*

Lepas tu, kami berehat-rehat di chalet. Ingat nak cari kirip, tapi oleh sebab air dah pasang, terbatallah niat kami.

Lepas mandi, solat jama', kami bersiap-siap untuk berbasikal ke kampung sebelah (kampung Tekek).Cuba anda bayangkan ramai-ramai berbasikal di pesisir pantai pada waktu petang....macam dalam movie kan?? percaya laaah, sangat best~!


Untuk ke kampung sebelah, kami perlu cross bukit. lebih kurang macam jungle tracking tapi dengan membawa basikal sekali.

Di puncak pendakian..
Kampung Tekek macam pekan bagi Tioman. BSN pun ada dekat sana. Kami melawat Galeri Taman Laut, tengok orang snorkeling, menjerit " saranghaeyo ______" dekat tepi jeti, singgah mini market, kena mengorat dengan orang kampung,haish....macam-macam lagi laaa.....satu pengalaman yang menarik~!!!!Thank you Allah
Galeri



Ada gaya macam dalam cerita Full House x??


Sunset....
Kami balik chalet.
Makan malam di rumah Yoke. Banyak betul mak Yoke masak. Tak sempat nak pergi tolong pun.. Tolong makan pun jadi laa kan??


Habis mengemas, kami pergi Restoran tepi laut milik ayah tiri Yoke. lepak-lepak dengan budak-budak kampung situ especially Pak Tam, Haziq, mak Yoke, adik-beradik Yoke. Main business sebenarnya belajar main gitar dengan Pak Tam.
Muka berkerut seribu belajar gitar
Bersemangat jaa mula-mula nak belajar. Dapat 2 not, dah surrender. Memang tak berbakat betul nak main gitar. Cukuplah takat main keyboard dan bonggow sudah~*sebut betul-betul kholqolah dia*

Dalam pukul 11 lebih, kami masuk bilik dan tidur. ZZZZzzzzzzzzZZZzz

Friday, October 21, 2011

verily with every difficulty there is relief





Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang suka berburu. Raja ini juga mempunyai seorang pnasihat yang suka berkata 'mungkin ada hikmah di sebaliknya tuan'. Apa2 sahaja perkara yang berlaku, Raja akan bertanya kepada penasihatnya dan penasihatnya akan mnjawab 'mungkin ada hikmah disebaliknya'. 


Suatu hari, Raja keluar berburu dengan penasihatnya. Tiba2 hari itu, raja tertimpa musibah. Jari raja terputus akibat terkena panah buruannya sendiri. Raja bertanya kepada penasihatnya, "apa perlu beta buat jari beta sudah putus?" Darah keluar dengan banyak pada jari raja tersebut. 


Penasihatnya hanya menjawab "mungkin ada hikmah disebaliknya tuan". 


Raja berasa sangat murka. Jarinya sudah putus pun penasihatnya asyik berkata benda yang sama. Kemudian,Raja dan penasihatnya pulang ke istana. sesampainya di istana, raja memerintahkan pengawal memasukkan penasihatnya ke dalam penjara. 


Setelah beberapa lama kemudian, jari raja sudah pun sembuh. raja pun keluar berburu seorang diri. raja berburu jauh ke dalam hutan sehingga tiba di perkampungn orang asli. Pada masa itu, orang asli ini sedang menyambut perayaan korban mereka dan mereka perlu mencari seorang manusia untuk dijadikan korban. Apabila mereka melihat raja tersebut, maka bersoraklah mereka kerana korban mereka tahun ni sangat baik dari tahun lepas kerana melihat raja yang berpakaian cantik. ktua org asli itu menyuruh anak buahnya memeriksa raja tersebut kerana untuk membuat korban sesorang itu mestilah sempurna. Apabila melihat jari raja yang kudung, maka terlepaslah raja dari korban itu.


Raja berasa sangat gembira lalu teringat akan penasihatnya. Raja bergegas pulang ke istana lalu memerintahkan agar penasihatnya dibebaskan. Penasihat tersebut berasa hairan lalu bertanya kepada raja apa yang telah berlaku. Raja pun menceritakan kisah yang terjadi kepadanya kepada penasihat. 


Penasihat pun berkata, kalau begitu tuanku masukkan saya ke dalam penjara pun ada hikmahnya. 


Raja berasa hairan,lalu brtanya kpd penasihat "masuk pnjara pun ada hikmah?" 


Penasihat pun menjawab," kalau patik x masuk penjara, mesti patik akan ikut tuanku berburu dan kemungkinan patik yang akan menjadi korban orang asli tersebut..."

contengan jalanan

get this widget here