Sunday, October 30, 2011

Percutian dara pingitan 2

kriiippp kriiipppp.....

sollu 'ala khoiril 'ibad....almustafa balligh roshad...[alarm clock]
ehehheemm...

mata sebelah terbuka sebelah tertutup, tengok hp, pukul 5.57 pagi.

SUBUH!!!

mamai-mamai jalan menuju ke bilik air, siap diri, wuduk, cari telekung dalam kegelapan bilik.
Rupanya telekung Huwaina tersangkut dekat dengan tingkap bilik.

Solat subuh...

Pergi katil, kejut Munirah Suppian, dia pun sama tahap mamai-mamai masuk 'tailet'....

Habis dia solat, kejut Huwaina pulak.. Masa tu, barulah perasan keadaan budak katil sebelah (Awatif dan Syimir). Perebutan selimut berlaku....

Nasib la air-cond dah naikkan suhu ke 27 darjah celcius. Tak ada la Awatif sengsara merana sangat tak dapat selimut..

Lepas semua dah habis solat, pakat sambung tidur balik.
Dalam pukul 6 lebih-lebih kot Awatif dan Syimir pergi amik angin pagi. Yang lain belek selimut dalam bilik.
Suasana pagi
Dalam pukul 8 semua baru kalut nak mandi bersiap semua. Haish~mak mentua tengok kena reject awal-awal lagi macam ni.... =.="

Kami sarapan di rumah Yoke. Makan mi goreng dan cekodok pisang.

Dalam pukul 10, semua bersiap sedia untuk turun laut. Bukan tangkap ikan atau cari kirip. Tapi nak pergi mengorat ikan... Snorkelling~blup blup blup
excited state~!


Destinasi snorkel yang pertama ialah di Monkey bay. Macam-macam ragam boleh tengok masa pertama kali budak-budak ni nak turun laut. Saya biasa ja laa *bajet-padahal nervous juga*

sebelum bertolak
Angkatan Yoke Har
Munirah awal-awal lagi dah kena diselamatkan oleh Irfan (adik Yoke yang berusia 5 tahun)
Hero Mun la katakan~
Nampak tak Mun yang diselamatkan oleh budak kecik (irfan)

Passer by~
Macam-macam jenis ikan kami nampak. Lagi menarik bila dapat tengok kerang gergasi. Warna biru~

Paling sadis, bila Munirah pegang roti untuk bagi ikan makan, tapi akhirnya jari dia yang kena gigit. Ikan pirana ka apa, tak tau laaa~Sampai sekarang jari Munirah bengkak membelon besar belon panas *hyperbola*

Nak lagi sadis, dekat sejam lebih kat laut, saya naik bot bila napak Syimir naik bot. Naik jaa kat bot, cari plastik. Nak muntah. Akhirnya, plastik roti juga jadi tempat meluahkan isi perut. bluuuweeekkkk....eiiuuuuu [effect penonton]

Lega rasa~

Lepas tu, kami naik bot pergi Kg Salang. Kat sana, kami makan tengahari, beli souvenir, main kat pantai, main ombak, water splash. Mandi juga walaupun hujan.
lunch time

Tak lama lepas tu, kami bergerak ke Taman Laut. Kat sana, aku tak turun dari bot, loya tak habis-habis. Macam kena morning sickness pun ada juga rasa *macam pernah rasa jaaa..hahaha*

Kanak-kanak Ribena yang lain ja turun. Seronoknya mereka berenang-renang, bergelak ketawa sampai satu pulau dengar, bergurau senda, berlumba-lumba....
Macam berlumba ja gaya, kan??
Siap tu, ada yang kencing dalam laut lagi.... Paling tak tahan ada effect rasa panas jaa lepas kencing.....hahahhaha....ngeng sungguh kanak-kanak itu *opppssss*

Tak lama pun kat Taman Laut. Lepas tu, kami balik chalet. Rehat sebab penat sangat.

Petang tu, kami jalan-jalan tengok chalet yang lain sambil tangkap-tangkap gambar. Lepas tu, pusing kampung sampai ke hujung kampung, tengok air terjun.uiishhh...best tak terkata laaa~
Jalan sampai hujung kampung
Kanak-kanak ceria

Sampai malam tu, lepas maghrib kami bersiap ke restoran. BBQ~


Muka sebelum makan

Selepas makan
Punya laa banyak makanan. Ada sotong bakar, ayam bakar, sosej bakar, ikan bakar, sambal belacan, nasi goreng, nasi hujan panas, air oren...banyak laaaaa~ Dah laa restoran tu mengadap laut....feel betul~memang the best~!!!!!!!

Ratu kampung meratah ayam
Masa tengah makan, ada 2 orang Korea makan kat meja sebelah kami. Muka Munirah ngan Huwaina tak payah cakap laa....mata nak bersinar-sinar jaa....Kalau sengih, kerang busuk pun kalah~

Tapi satu laa.... hajat si Mun nak ucap "anyeonghaseyo" dekat orang Korea tu tak kesampaian sampai ke sudah. Sampai sekarang dia terkilan lagi. Jangan la ada  siapa-siapa yang berani ucap "anyeonghaseyo" kat Mun, mau mati kena potong urat nadi dengan cotton bud.

Sebebanrnya malam tu, nak karaoke lepas BBQ. Tapi oleh sebab ada petir dan guruh, maka tak jadi lah nak karok... Maka, kecewa menonggeng-nonggeng lah Syimir, Watib dan Yoke. Sampai sekarang laa mereka ni asyik berkarok sendiri-sendiri. Nyanyi lagu Jaclyn Victor, Sheila Hamzah ngan Ning Baizura tu~ Lepas gian laa katakaan~
Ratu kampung ABC-muka frust tak dapat karok
Malam tu, memang buntu idea nak buat apa. Buka laptop, mengadap cerita libas, macam tak best. Siap mun boleh tidur berdengkur dalam sekelip mata lagi. Penat sangat la kot~

Macam mana laa boleh lupa ada bawa UNO card. kalau tak, boleh main...

Malam tu, dalam pukul 11 kami tidur. Macam baby kan??hehehe

No comments:

contengan jalanan

get this widget here