Friday, October 7, 2011

hidup insyaAllah...mati pasti~!

Jumuah mubarakah!!! saiyyidul ayyam (speaking arab)

Sepanjang hari ni dan semalam, banyak benda yang saya lalui dan perkara-perkara tersebut betul-betul buat saya fikir dan terus berfikir dan tak lupa juga merenung masa depan. Saat saya tulis post ni, hujan lebat dekat luar. Siap effect guruh tanpa kilat lagi. Bintang memang tentu-tentu sembunyikan diri di balik awan komulunimbus *berfalsafah pula*. Sejukkkkk~!

Assignment melambak membukit menggunung, tunggu turn untuk dibelek saja ni. =.=" Back to main business, sebenarnya, semalam, hari Khamis, saya dan sahabat-sahabat saya yang satu kos dengan saya, ada lawatan ke Jabatan Perubatan Nuclear HUSM. Kami dibahagi kepada 2 kumpulan. Rasanya tak perlu saya ceritakan apa yang jadi sepanjang lawatan tu, kang terkeluar terma pelik-pelik yang boleh menyerabutkan alam kalian semua.

Habis lawatan, kami beransur pulang. Keluar dari pintu kaca Jabatan Perubatan Nuclear, tiba-tiba ada satu kereta jenazah lintas dan parking di depan Jabatan Kecemasan. Saya, Faezah dan Asmariza (budak kos) tertarik untuk tengok.

Tak lama lepas tu, ada satu jenazah ditolak masuk ke dalam van jenazah tersebut. Budak lagi... kepala dia berbalut, tapi saya dapat lihat dengan jelas darah yang berbekas pada balutan tersebut. Al-fatihah saya dan sahabat-sahabat hadiahkan. Seram sejuk sebenarnya bila fikir balik. Agaknya, bila waktunya Allah akan jemput saya??dalam keadaan macam mana??

Pagi tadi, alhamdulillah, saya dan Shahira dapat sujud sajadah di masjid Kubang Kerian. Dah lama sebenarnya tak buat sujud sajadah ni. Masa lepas solat, saya terfikir lagi pasal jenazah yang semalam tu...

Teringat lintasan fikiran saya satu hari ni, kenapa saya kena buat tahajud??
Saya pernah brainstorm jawapannya. Selain kuatkan rohani, masa tu laa, kita akan rasa lebih dekat dengan Allah. Masa tu jugak laa saya nak doa, supaya dimudahkan urusan sakaratulmaut. Dulu, tak pernah saya fikir, apa salahnya, saya sendiri yang doakan semoga roh saya bersama orang-orang yang beriman, dijauhkan dari fitnah dunia dan akhirat. Takkan saya nak harapkan, bila saya meninggal, orang lain yang doakan, "semoga rohnya bersama orang yang beriman"... why don't diri sendiri yang doakan..kan???

Sebenarnya, tak ada apa sangat pun nak sgare post kali ni.. Cuma nak kongsi benda yang asyik saya fikir-fikirkan dari semalam.

Kullu nafsin zaaiqatulmaut~

No comments:

contengan jalanan

get this widget here