Saturday, March 31, 2012

Semoga

Bila ditimpa ujian mainan perasaan dan emosi aku harap...
semoga aku sabar dalam menangani keadaan ini
Semoga aku sedar bahawa Allah sayangkan aku
Semoga aku tahu taklifan aku sebagai seorang Muslim
Semoga aku lebih faham hukum hakam Allah
Semoga aku tahu bahawa perbuatan itu haram
Semoga aku lebih berusaha untuk menjauhi yang mungkar dan mengajak ke arah kebaikan
Semoga aku tidak melakukan perbuatan yang sama
Semoga aku sentiasa ingat harapan dan nasihat keluarga sebelum mereka hantar aku masuk ke Universiti

Hanya pada Yang Maha Berkuasa aku berdoa
Semoga aku dan sahabat-sahabatku jauh dari maksiat
Semoga kami dibuka mata hati untuk sentiasa patuh kepadaNya
Semoga kami sentiasa diberi rasa takut dalam melanggar perintah-Nya
Semoga kami sentiasa jauh dari penyakit remaja dan zina
Semoga kami bebas dari fitnah dunia dan akhirat

Jika dengan ujian ini lebih mendekatkan aku dengan-Mu, aku mohon diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapinya.

- Aku suka keadaan seperti waktu mula bila kita semua pertama kali bersua muka.

No comments:

contengan jalanan

get this widget here