Friday, February 18, 2011

was-was atau uas uas?

bismillahirrahmanirrahim

Imam Ibn al-Qaiyyim: “Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah s.a.w, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah s.a.w” (Ighathah al-Lihfan Min Masaid al-Syaitan, 134, Beirut: Dar Ibn Zaidun)


Pada satu hari yang indah, ketika waktu rehat antara kelas....berlakulah perbualan yang aku kira berilmiah antara aku dengan dua orang rakan sekursus dengan aku iaitu Nurfazira Shafii dan Shahira Nabila Zainal Abidin. Aku pun tak pasti macam mana boleh mulanya perbualan tu, tapi aku kagum dengan perbulan kami pada saat itu... (bangga kejap)ohohohok




Apa yang kami bincang? Shahira bagitau pasal 3 golongan manusia. Manusia  di muka bumi Allah ni boleh dikategorikan kepada 3 bahagian. 
  • Minda kecil 
  • minda sederhana
  • minda besar/tinggi
Shahira cakap dalam bahasa Inggeris tapi aku memandai tukar jadi bahasa melayu seperti di atas. Dia pun tak berapa ingat penerangan minda-minda di atas. Dia hanya ingat minda besar saja. Iaitu minda manusia yang selalu berfikir dan membincangkan mengenai perkara ilmiah dan idea.... kiranya golongan terbaik la. Yang minda kecil ni macam minda manusia yang selalu kritik tanpa jalan penyelesaian. Yang minda sederhana, tak pasti pula.

Sebelum mula bab-bab minda ni, kami bincang pasal was-was. Tak kira la was-was dalam solat ka, wuduk ka, benda halal haram ka, (tidur ada was-was tak?). Salah seorang daripada mereka ni kata, dia ada masalah was-was. Masa nak  ambil wuduk dan solat lah terutamanya.

Ekoran daripada itu, aku teringat pada adik aku yang bernama Fatimah Adilah(adik no 2). Dia ni sekolah asrama. Masalah paling utama dia ialah was-was. Sebagai contoh, dia mengambil masa hingga 3 jam untuk mandi, 45 minit untuk ambil air sembahyang, 10 minit untuk angkat takbiratulihram, 10 minit untuk pakai telekung. Cuba bayangkan, dia duduk asrama, perhimpunan mula pukul 7.10 pagi. Subuh masuk pukul 5.45. pagi. Agak-agak macam mana dia kejar masa untuk solat dan pergi sekolah awal kalau dia ambil masa 3 jam untuk mandi???

Itu contoh terdekat dalam hidup aku yang aku fikir satu keluarga aku cuba untuk selesaikan. Daripada cerita adik aku Solehah Saidah (adik pertama aku), berdasarkan kisah yang diceritakan Imah kepada Idah, (pening tak ayat...paham sendiri-kaedah KBKK) : Imah banyak kali tertinggal perhimpunan dan dia terpaksa solat dalam bilik sebab takut tak sempat mandi. Cerita tu smapai dekat aku, dan aku cakap dekat mak. 

Mak pun tanya la Imah:

Mak: Idah kata, Imah banyak kali tak masuk perhimpunan, tak kena tahan dengan cikgu atau pengawas ka??

Imah: pernah juga Imah kena tahan dengan pengawas, tapi depa tau imah selalu was-was masa mandi. Tu yang lama tu.

Mak: Imah was-was apa?

Imah: Imah rasa macam air tak kena seluruh badan.

Mak: Mak pun ada perasan imah kalau ambil air sembahyang mesti lama. Nak sembahyang pun sama. Kenapa?

Imah: tak tau. Imah selalu rasa macam tak kena air betul-betul. 

Mak: itu namanya was-was. Was-was ni bisikan syaitan. Jangan dok ikut sangat.

Imah: Imah tak ikut pun. tapi nak buat macam mana, kalau macam Imah ambil air sembahyang, Imah tak basuh elok-elok, masa nak sembahyang Imah asyik fikir.

Mak: Jangan layan sangat...

Imah: (diam)

Aku pernah tanya kepada ustazah yang mengajar di surau Nurani Puteri pasal cara nak menangani orang yang was-was. Dia kata,sergah orang tu contohnya masa dia nak ambil wudhuk.

Aku cuba buat dekat adik aku, tapi usaha aku gagal.

Sekarang, was-was dia dah kurang skit. At least, mandi tak la sampai 3 jam. setengah jam dia dah boleh keluar sekarang. Cara yang kami satu keluarga guna ialah:
  1. mandi - setiap 5 atau 1 minit, kami akan panggil dia keluar ketuk pintu sekali dan kecilkan air paip yang hala ke kolah supaya dia tak habiskan air satu tangki.
  2. wudhuk - minta dia basuh setiap anggota wudhuk sekali saja. walaupun sunat buat 3 kali, tapi kalau dia buat sekali saja, aku nampak dia akan gigih untuk pastikan air rata ke seluruh anggota.
  3. pakai telekung - kami yang akan pastikan dia pakai telekung dengan sempurna (tak nampak rambut)
  4. takbiratulihram - mak aku terangkan dekat dia yang niat tu adalah lintasan hati saja bukan perlu buat ayat bahasa Melayu yang sempurna. Nampaknya dia dah boleh angkat sekali saja takbir. alhamdulillah
Hakikatnya, orang yang tak rasa was-was susah nak faham orang yang selalu was-was. kita selalu akan kata, " Jangan layan sangat, itu semua syaitan"... tak semua orang yang mengalami was-was boleh serap dan terima ayat tersebut. tak ka begitu??


Nabi s.a.w memberitahu kita: “Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka” (Riwayat al-Bukhari). 

No comments:

contengan jalanan

get this widget here