Wednesday, September 14, 2011

Hope

bismillahirrahmanirrahim....

Sihat semua??? Officially, saya *kata ganti nama baru* dah masuk sem 5 a.k.a sem 1 sesi pembelajaran 2011/2012. Dah tahun 3 dah... dah senior dah haaa.... 

Nak dapat semangat baru lepas cuti 4 bulan, macam tunggu iron panas lepas switch on. =.="

Banyak azam baru sebenarnya bila dah masuk sem 5 ni. Sebagai contoh *ayat skema*:
  • habiskan hafazan Quran 30 juzuk
  • al-mulk tiap2 malam
  • pakai baju kurung paling kurang 3 hari kuliah
  • qiam paling kurang seminggu 2 kali
  • baca buku 2 jam minimum satu hari
  • kurangkan main fb
  • call mak seminggu minimum 2 kali *terasa anak durhaka pula jarang call rumah*
banyak lagi sebenarnya...tapi satu2 la kan?? asalkan istiqamah. *harapnya begitu laa*

btw, nak kongsi satu cerita ni.... pernah dengar tak cerita pasal budak lelaki buta???
Macam ni ceritanya.......

Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah”. Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.

Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.

Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “

Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”

Apa yang dia telah tulis: “Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”

Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?

Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.

Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?

“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”
- surah Al-Mu’minun; 78

3 comments:

kyOkoHayaShi! said...

tacim nye cite tuh :'(

btw azam bru ko leh ak tiru, hehe

Anonymous said...

Hanum, aku share post hg ni kat twitter aku :))

Anonymous said...

Aku di atas ialah----> Shahira yang cuteeee
:P

contengan jalanan

get this widget here