Sunday, December 25, 2011

Sungguh,rindu itu menebal..



" Alhamdulillah, pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita merafa' kesyukuran kehadrat Allah kerana dengan izin dan inayahnya masih kita merasa nikmat Islam dan iman. Alhamdulillah. Seperti mana yang kita tahu, majlis ilmu merupakan antara taman-taman syurga."

Sungguh, rindu benar dengan ayat tersebut. Ayat yang pada suatu masa dulu, boleh di miming setiap kali pentazkirah mulakan tazkirah masa di KISAS dulu.

Sekarang, mungkin ada, tapi tak la sama. Ada bezanya.

Tempat berlainan masyarakatnya...
Suasananya...
Tarbiyahnya berbeza...
Bi'ahnya tak terasa...
Ukhuwahnya tidak seteguh mana...

Dulu, setiap kali lepas solat ada disuap santapan rohani. Sekarang, habis solat, bergelak ketawa. Bersuka ria tak ingat masa. Ibarat hidup tak ada duka.

Mana pergi semua tarbiyah yang pernah dapat dulu???
Kenapa dibiarkan terkubur saja tanpa disegarkan dengan yang baru?
Hafalan semua haru-biru...
Semua tu amanah, jangan tak tahu..

Imam Shafi'ie dulu jalan beribu-ribu batu nak cari ilmu.
Sekarang, bukannya susah sangat pun, masjid surau depan mata. Tapi alahai, beratnya nak jalan ke sana. Dunia hujung jari pun guna untuk perkara tak sepatutnya.
Allah dah kata, tak ada orang lain yang dapat ubah nasib sendiri melainkan diri sendiri. Semestinya dengan usaha dan tawakal kepada-Nya.

Kejar dunia, dapat dunia. Kejar akhirat dapat kedua-duanya. Apa yang diragukan lagi dengan janji Allah??
Hendak jadi orang beriman, bersamalah orang beriman...
Impikan jadi ahli syurga, dampingi ahli syurga....

mood: muhasabah
-kuatkan semangat untuk habiskan hafalan. sikit lagi~!!!ganbatte kundasai. when i said kundasai. it means kundasai. jiddan jiddan

6 comments:

Ujie Othman said...

saya pun slalu rindu saat tarbiah di smap labu. hati tenang..

kini, bila tiada yg mengingatkan..slalu je tersalah langkah.

*salam kenal.

fasihahhanum said...

salam ukhuwah...
tarbiyah sbnrnya ada di mana2, tapi usaha 'mencari' di luar lebih susah..byk betol dugaan...

cintailmu89 said...

lawat sini baca entry yang betul2 menyentuh hati =)

fasihahhanum said...

slalu lagho kan kita manusia...moga hidup kita semua dalam iman dan dimatikan dalam iman..

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

hanum~
rindu jgak!!

fasihahhanum said...

kan....
mana nak jumpa lagi biah solehah macam tu...

contengan jalanan

get this widget here