Monday, February 20, 2012

Sikit Masa Lagi

[ Pandang sekeliling ]

2 tahun lagi, suasananya akan tidak lagi sama
Sekejap masa lagi rupa manusia berbeza
Suntuk sangat masa rasanya
Mungkin 2 tahun lagi bercambah-cambah majlis perkahwinan kena hadir
Mungkin dari sahabat dan mungkin dari orang lain
*itupun kalau ada yang jemput*
Cepatnya masa beredar
Soal Imam Ghazali, "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Jawapan yang tepat, masa lampau
10 markah

Nanti, dah tak ada jalan lorong farmasi
Tak sama bilik double 
Istilah Convex, Unifest, Sukad, TOT tak termasuk dalam planner tahunan
Tak ada biasiswa JPA masuk setiap semester
Semua jadi sejarah

Rindunya nak lepaskan alam universiti
Setiap hari pergi kelas awal atau lewat, 
berkepit dengan sahabat-sahabat
Berborak bersembang masa makan dekat cafe
Bebas
Banyak peluang dan masa 
Cuma diri kena pandai uruskannya
Biarlah grad nanti dengan kepuasan maksimum
Ilmu, khatam hafazan, pengalaman suka duka,
Ukhuwah indah
Biar hari itu akan jadi bermakna dan paling gembira.

[emosi dalam kawalan]



1 comment:

Anonymous said...

Free casino site | Lucky Club
No Deposit Bonuses | Deposit bonus at Lucky Club. If you want to try free luckyclub casino sites for the chance to win real money, make sure you read the full review on

contengan jalanan

get this widget here