Wednesday, March 21, 2012

phonetic: es pi em

Assalamualaikum

sobahalkhoir~
ohayou gozaimasu~

Pagi yang indah, kan? Mood yang ceria. Pagi 21 Mac 2012 yang sunyi sepi di USM Kampus Kesihatan. Sekarang pukul 7.40. Dalam beberapa jam lagi, insyaAllah dapat tahu result SPM bagi yang ambil SPM tahun 2011. Nervous haih~

Teringat masa ambil keputusan SPM beberapa tahun lepas. Saya bertolak dari Kedah malam sebelum result keluar. Almaklumlaaa... sekolah nak jauh kat Klang Selangor tu haa... *berleter di pagi hari*

Saya bertolak dengan sahabat baik saya, Noor Azwani binti Ramlee. Naik bas Transnasional turun dekat Stesen bas Klang. Masa tu, stesen bas Klang yang baru tu tak siap lagi...*zaman dulu-dulu la katakan~*

Pagi dalam pukul 5.30 kami sampai Kolej Islam Sultan Alam Shah. Pagi tu, sunyi. Langkah masuk surau muslimat, rupanya ramai lagi budak-budak yang dah sampai dan berkampung dalam tu. Budak-budak dari Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Johor semua dah ada bergelimpangan. Ada yang tahajud, tertidur dalam telekung, meringkuk belakang surau, baca Quran. Alhamdulillah, biah itu terasa sangat hebat~!

Lepas solat subuh dan ma'surat berjemaah, kami siap-siap untuk sarapan. Jalan keluar makan dekat warung Wak Kanang sebelah masjid Sultan Sulaiman. Depan sekolah ja. Bersembang berborak dengan sahabat-sahabat yang hampir 3 bulan tak jumpa memang sangat best. *oh, rindunya!!*

Habis makan, kami balik ke musolla dan iron baju batik. Nak amik result kena pakai baju batik. PK HEM dah pesan. Katanya, takut ada wartawan datang.hmmm.. =.="

Dalam pukul 10.30 pagi kami jalan pergi dewan. Dah ramai yang rumah dekat dengan sekolah yang datang. wahhhh, meriahnya!!!!Lama jugak nak tunggu result sampai. Dalam pukul 12 baru dapat. Ambil ikut kelas dan guru kelas yang bagi.

Masa beratur panjang tu, agak nervous. Tambah bila tau ada sorang budak kelas dapat staright 1A. Ada jugak budak kelas yang dapat straight A. Alhamdulillah. Tiba giliran saya, saya macam tak fokus sangat. Masa imbas slip keputusan tu, nampak macam banyak 1A, tiba-tiba wujud 3B, 4B pun ada...Allah... tapi Alhamdulillah 3/4 daripada subjek saya ambil dapat 1A.

Terus saya call ayah dan kemudian mak. Masa call mak:
Selepas intro...)

Mak: Macam mana???
Saya: Hanum dapat 8 1A..hehe
Mak: yang lain 2A??wah...
Saya: tak la, haahahaa....1 2A, yang lain B... hihihihii
Mak: laaa...yaka...
Saya: Kenapa??? Alaaa, tak apa laa tak dapat straight A pun.
Mak: hmm... tak apa laaa... dah itu ja rezekinya..

Saya tahu mak saya cuba gembira bila dengar saya dah cukup gembira dengan keputusan SPM saya. Tapi itu semua hanya tiket untuk masuk U. Semua tu hanya kenangan. Yang penting, sekarang ni. ye tak??

p/s: apa agaknya result adik saya, imah...hmm

2 comments:

ridoma said...

untunglah dpt 8A.. sy dpt 1A =)

Anonymous said...

Hanum!! Aku still baca blog hang.. Rindu hang weyh.. Take care <3
-Azwani-

contengan jalanan

get this widget here