Monday, April 9, 2012

Singapore bukanlah singo beng - 2

[Alarm]

Mata terkebil-kebil tengok jam -6.13 a.m

Faezah bangun mandi dan solat dulu. Diikuti dengan saya. Liat betul nak bangun~
Penat dan lenguh semalam masih terasa. Rasa macam nak pergi spa.....

Tunggu Faezah bersiap..
Pukul 8 kami check-out dari hotel dan bergerak ke stesen MRT Chinatown. 5 minit jalan kaki dah sampai dari Yes Chinatown Pt Hotel tempat kami menginap semalam. Dari Chinatown, kami ke Dhoby Ghaut dan tukar line MRT ke Ang Mo Kio.

Dari stesen MRT Ang Mo Kio, kami lintas jejantas uderground dan naik bas 138 ke Singapore Zoo. Kalau bab nak tengok binatang dan tempat-tempat bersejarah memang saya sangat suka. Bas dari Ang Mo Kio ambil masa dalam 30 minit untuk sampai ke Zoo. Dalam jam 9.30 kami sampai di Zoo Singapura.

















Penguin comel~!

Banyaaaaaaaakkkkkkkkk sangat binatang yang ada. Paling menarik, harimau putih. Comel betul..Nak ja culik buat bela kat rumah. Kat Singapore Zoo, kangaroo dan penguin pun ada.


Kucing Hutan

Ssssss....










Kami jalan pusing-pusing zoo sampailah pukul 1.20 petang. Pastu, kami naik bas dan MRT ke Bugis. Sampai di Bugis, kami saaaaangaaaat seronok dan teruja bila nampak Masjid Sultan berdekatan Arab Street. Sebelum-sebelum ni susah betul nak jumpa surau, apatah lagi masjid. Kami solat jama' di masjid tersebut.



Masjid tu dah lama sebenarnya. Dari tahun 1824 kalau tak salah. Belakang masjid tu, Arab street. Kat situ banyak laa kedai-kedai jualan. Lebih kurang macam Jalan TAR la kalau kat Malaysia. Kedai makan halal pun banyak.








Kami singgah makan murtabak berharga $6 kat sebuah kedai ni. Ingatkan medium saiz, standard medium malaysia, rupanya dah macam XXL size kat Malaysia. Kenyang sampai esok pagi makan murtabak tu. *hyperbola*





Habis makan, beli-belah, jalan-jalan, tangkap gambar, dalam pukul 6 lebih kami berjalan ke stesen MRT untuk balik ke Changi Airport. Kalau masa perjalanan mula dulu, MRT lengang, kali ni, penuh dengan manusia pelbagai bangsa dan agama. Oh, lupa nak bagitau, kalau pergi Singapura kena betul-betul jaga pandangan la. Aurat terdedah merata-rata boleh tertengok~huhu T.T

Kami sampai di Changi Airport kira-kira jam 7.30 malam. Sambil-sambil tunggu masa nak check-in, saya ternampak satu keluarga orang Inggeris ni. Ada seorang budak ni, baru boleh berjalan. Comel betul tengok dia belajar berjalan. Rasa nak cubit pipi budak tu. Comel sangat perwatakan dan tingkah laku dia. 
budak tersebut
Add caption
Jam 9.40 kami check-in dan flight kami pukul 11 malam. Sampai di LCCT, Malaysia lebih kurang pukul 12 malam. Sepanjang dalam flight balik, saya tidur sahaja. Ngantuk betul~

Lepas landing, kami ambil bagasi dan berehat serta solat di surau sampai jam 5 pagi. Lepas bangun dan siap diri, kami makan pagi dan berpecah. Faezah kena naik bas ke KL Sentral dan saya naik flight balik Alor Star pukul 7.15 pagi. Khabarnya, Faezah sampai rumah pukul 10 pagi lepas naik bas dan bertukar komuter. Saya sampai dalam pukul 11 pagi lepas tukar bas berkali-kali. 


Alhamdulillah. terima kasih Allah untuk pengalaman manis ni. Terima kasih Faezah sebab temankan. Terima kasih semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Terima kasi Berita Harian dan TV3  *dah macam ucapan lepas dapat anugerah ABPBH saja*

2 comments:

W.o.a.y.I.e.s said...

wahh..alhamdulillah dah slamat pergi balik... rase seronok dengan perkabaran2 ini2 semua.. =))) *senyum simpul2 smpai alis mata..hihiihih*

fasihahhanum said...

best woay....alhamdulillah smooth perjalanan. ole2 esok la naa...

contengan jalanan

get this widget here