Thursday, May 3, 2012

Cikgu saya

Dulu, 
Bila cikgu masuk kelas, saya terus diam walaupun saya tengah bergembira ketawa dengan kawan-kawan.,
Saya tak menyampuk bila cikgu tak habis cakap lagi,
Saya tidak ketawakan bila cikgu tersalah,
Saya tidak mengata cikgu di belakang walaupun ada perkara saya tidak suka,
Saya bagi salam dan cium tangan beliau bila berjumpa atau berselisih,
Saya diam bila cikgu marah,
Saya malu bila cikgu ternampak saya terlelap,
Saya hormat cikgu walaupun tidak ada depan mata.


Tapi tidak sekarang,
Saya lupa adab belajar dan adab berguru,
Saya kutuk cikgu di belakang bila saya tak suka, 
Saya ketawakan bila cikgu tersalah,
Saya main game dan bersembang walaupun cikgu berusaha untuk tarik perhatian saya,
Saya tidak kawal ketawa saya walaupun cikgu sudah sedia mengajar,
Saya kurang rasa hormat dan sayang kepada cikgu,
Saya buat apa yang saya rasa saya nak buat.


Mungkinkah saya sudah cukup bagus??
Mana adab yang saya pernah belajar dan amalkan dulu?
Saya tahu hukum jika melanggar adab menuntut ilmu,
Saya tahu berkat ilmu tak akan dapat jika guru tak dihormati,
Kenapa saya tidak boleh contohi Imam Syafie dalam menghormati gurunya??
Bila saya nak berubah?
Kalau bukan sekarang, bila lagi??
Tak mustahil jika orang lain tak hormat saya sebab saya tak hormat guru saya.


Allah, please show me the way..





 "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(al-Mujadalah:11)

-Terima kasih cikgu yang telah mengajar saya dari kecil hingga sekarang-
for sure, ibu bapa adalah guru terbaik







1 comment:

cintailmu89 said...

menghormati guru adalah salah satu cara untuk mendapat keberkatan ilmu =)

contengan jalanan

get this widget here