Sunday, June 17, 2012

Terima kasih


Sebenarnya nak buat wordless, tapi dah tertaip ni, tulis ja la kan... Orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan *berfalsafah kejap*

Saya ada raaaaammmmmaaaaaiiiii kawan, tapi sedikit sahabat. Memang sangat ada beza sahabat dan kawan. Kita semua sedia maklum yang itu. Terima kasih kamu-kamu yang menjadi sahabat saya. Dalam susah dan senang, sentiasa mengingatkan saya, tidak menikam saya dari belakang...aduh~!! *effect bunyi*

Semoga Allah membalas jasa baik kamu semua. Hanya Allah yang mampu. Berikan kesejahteraan dan kemudahan dalam urusan dunia dan akhirat sahabat-sahabatku, Ya Allah... T.T

2 comments:

iZ said...

memang sahabt tu ibarat permata..
Dah dapat, hargailah sepenuhnya =)

fasihahhanum said...

betul...setuju sangat3

contengan jalanan

get this widget here