Wednesday, July 20, 2011

aktiviti masa cuti

bismillahirrahmanirrahim


Rasa kejaaaaaap ja masa berlalu kan?? Macam baru ja cuti hari tu. Tengok-tengok lagi sebulan lebih ja lagi nak masuk U balik, kan??  Satu malam ni, aku terfikir benda apa yang dah aku buat sepanjang cuti ni. Esoknya aku brainstorm untuk sedapkan hati. Tak ada la aku rasa terbuang sangat masa cuti aku, kan??


Antara benda yang aku dah buat sepanjang cuti ni ialah:
  1. Ambil dan hantar adik-adik aku yang belajar dekat SMKA Sik, SMS Sultan Mohamad Jiwa, SMS Tun Shed Sheikh Shahabudin.
  2. Jadi surirumah tangga sepenuh masa. (semua kerja aku buat tau,...jangan main2, tak lengkap sebab tak ada suami ja...hahhahaha *sila jangan fikir kotor...keh3*)
  3. Baca buku. Antaranya:
  •  buku 'Diary of a Wimpy Kid' by Jeff Kinney. Tak sedar pulak aku dah kumpul 5-5 siri buku tu. Sekarang kumpul buku 'Big Nate' pula. Writer yang sama. Cuba la... menarik!!
  • komik Detective Conan yang ada kat rumah aku (ada la dalam 11, 12 buah)
  • Novel Ramlee Awang Murshid. Aku ulang balik baca 5 buku siri Laksamana Sunan.Yang lain2 aku selak2 ja...
  • Buku kisah pejuang Islam PTS by Abdul Latip Talib: 4 Imam, Salahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fatih, Rabiatul Adawiyah, Thariq.
  • Surat khabar Berita Harian, Metro, Kosmo. (ikut la beli yang mana)
  • Komik Jepun cintan-cintun yang adik aku punya
4. Tengok tv:
    

    

   

5. Tengok movie dekat laptop. Tak sia-sia aku save banyak2 cerita sebelum cuti hari tu. :)
6. Sambung hafal quran. Harap-harap by Ramadhan ni, aku dapat habiskan hafal 30 juzuk. Sikit lagi tinggal...gambatte kundasai!!!!!

Banyak kan, kerja yang aku buat sepanjang cuti ni. Ni tak termasuk tidur,facebooking, jaga mak aku masa dia masuk wad tiba-tiba hari tu, sambut birthday dekat hospital, shopping, tidur. Oh, a'ah....nanti insyaAllah jalan pergi Melaka hantar adik aku masuk UiTM Alor Gajah. =)

Aku berusaha untuk isi masa lapang aku dengan penuh bermanfaat... Kira boleh la kan ni?? 

"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)

contengan jalanan

get this widget here