Saturday, December 8, 2012

Australia, aku datang.. (1)

Alhamdulillah..Thank you Allah...

Dah hampir sebulan masanya sejak saya balik dari Australia, bumi koala dan kangaroo..
Besstttttt sangat....
Beberapa bulan dan hari sebelum tibanya hari kejadian yakni hari bertolak ke Melbourne, Australia, saya serius tak rasa teruja atau seronok. Tak dapat dikenal pasti kenapa. Bila orang kata, "bestnya hanum, nak pergi Australia...." Saya hanya mampu senyum dan kata, " tak tahu la...best la jugak kot" *senyum sambil memandang kosong tepat ke mereka yang berkata-kata*

8/11/2012
Jam 10++ waktu malaysia, shahira nabila datang bilik...Tolong pilih baju untuk dibawa ke Australia... Sambil listing barang, tetiba shahira tengok passport, dia berkata, "Hanum, passport hang ni dh nak mati (expired date: 29 November 2012). Boleh ka pergi oversea??"

Saya:  "tak tahu, aku balik malaysia 15 November 2012. x lah mati lagi passport tu"
Shahira: Aku rasa kena at least 3 bulan... tak tahu la...aku try tanya mak aku sat..*sambil msg mak beliau*...Aku rasa tak boleh la hanum tapi tak tau la sebab masa aku pergi indon dulu, macam ni jugak, tapi sampai indon kena bayar berapa ribu rupiah ntah, denda...

Alamak~!!!!! Saya semakin cuak... macam mana ey kalau tak boleh.. Allah~~~
Saya mula mencongak-congak *ayat novel*. Kalau lepas kat Malaysia, sampai Melbourne dan kena bayar, tak apa lagi. Tapi kalau Malaysia pun tak lepas, macam mana???haduiii...

Shahira: tak pun, hang pegi awal esok, buat passport baru...macam tu la caranya. Takut kat Malaysia pun tak lepas.

Betol~!!!!

Habis kemas, saya pun tidur. Terima kasih shahira tolong pilih dan kemas baju...heeeeee =D

9/11/2012

Seawal pagi, (pukul 7 lebih, tak ada la awal sangat sebenarnya...hahahaa) saya bersiap, nak hantar Huwaina a.k.a rumet terchenta balik... Dia dan adiknya (1st year nutrition USMKK) balik Changloon *ejaan baru*. Masa hantar mereka, singgah wisma pentadbiran tanya imigresen untuk urusan passport buka tak... Dukacitanya, tidak buka....Tapi untuk urusan IC buka pulak...haishhhh~~~

Jadi, muktamad!!!!! kena bertolak awal ke Kuala Lumpur untuk renew passport.
Sampai sahaja di bilik, terkocoh-kocoh contact shahira dan jie see (coursemate) nak minta tolong hantarkan ke airport. Nasib mereka sedang bersenang-lenang di saat itu *sama erti dengan tak ada urusan lain*

Sampai sahaja di airport, terus beli tiket airasia. Masa tu pukul 10.50. Flight pukul 11.45. Tiba-tiba, alamak~!!! IC tak bawa, tertinggal dekat printer masa nak fotostat ic tadi.... urrrggghhhhhhh..... syen di pagi hari~!!!!
Jie see dengan tenang berkata, "tak apa, saya pergi ambil" Kemudian berlakulah adegan running man di situ. Untuk balik ke USMKK dengan menggunakan kereta paling cepat ialah 20 minit *termasuk jem dan drift*
Jam menunjukkan pukul 11 pagi. pergi dan balik mengambil masa 40 minit... Sempat ka??? Alamakkkkk~!!!!!Ya Allah, macam mana ni??

Saya meminta bantuan staf Air Asia untuk beritahu staf lain untuk tunggu saya... hahahahaha....

Saya tunggu di check-in gate, shahira di pintu masuk bangunan, jie see mungkin sedang drift.. Tunggu punya tunggu akhirnya kelibat shahira sedang berlari dengan IC saya di tangannya muncul dari jauh.. Alhamdulillah... Jam dah 11.40.. Memang jie see drift..hahhaa...kesian beliau...

Dapat saja IC, saya terus check-in dan berlari-lari dengan penuh dramanya sampai masuk kapal terbang. Memang betul-betul drama. Nasib dah salam shahira sebelum amik checkpoint tadi...

Masuk sahaja kapal terbang, pintu terus ditutup  dan saya ambil tempat dengan selamat dan termengah-mengahnya... Muka buruk macam mana masa tu tak tahu la...hahhaha

Sempat tangkap gambar masa di Kelantan
Dalam jam 12.45, alhamdulillah touch down di LCCT. Tiba sahaja di LCCT, saya terus mendapatkan teksi dan bertolak ke Putrajaya untuk urusan passport.(kena bayar RM62). Oh lupa, saya jumpa dengan kakak saya di LCCT.

Tunggu giliran
Di Imigresen Putrajaya
Nasib imigresen Putrajaya buka masa solat jumaat jadi dalam jam 4 petang, semua urusan selamat. Saya bertolak ke LCCT kembali. Credit to pakcik teksi yang sanggup tunggu sampai urusan selesai.

Sampai di LCCT, kami makan nasi lemak di Taste of Asia dan kemudiannya, tunggu dalam bangunan sebelum check-in.

Tuggu flight
Oleh sebab saya dah tukar passport, visa pun kena tukar, nasib baik semuanya online dan dapat serta merta...kalau tidak...huhuhuhuhu

Flight ke Melbourne sepatutnya pukul 10.30 malam. Tapi disebabkan berlakunya masalah teknikal, kami bertolak pukul 11 malam. Dalam flight, saya beli 2 bottles mineral water for RM 3. Lepas tu, tidur tak sedarkan diri. Nasib tempat duduk duduk tu, sebelah kakak saya dan untuk dua orang. Selesa sikit. Tandas pun dekat..(kedudukan 48 B)

Muka Angah (kakak saya) excited nak naik flight

Betapa belakangnya kami duduk


No comments:

contengan jalanan

get this widget here