Saturday, December 8, 2012

Australia, aku datang.. (3)

11/11/2012

Bangun pagi, bersiap...Amy dah siap masak sarapan...rajin betul Amy... *bolehlah buat calon menantu,,,hoho*

Lepas bersarapan dan bersiap, saya, Angah, Amy dan Piqa (housemate Amy) bergerak menuju ke City...
Tenpat pertama yang dituju ialah Victoria Market. Sebenarnya saya baru tau yang Melbourne tu lebih kurang district dan Victoria adalah state..Lemah Geografi sungguh...huhuhu =.="

Sekitar City
Tepi tu tram...
Ni laaa tram
Dalam tram
Sebenarnya plan awal nak pergi jalan-jalan dekat Clayton hari tu dan melawat Victoria market utk shopping-mopping pada hari rabu, tapi terpaksa diubah sebab Victoria Market tutup pada hari Isnin dan Rabu. Tutup pula agak awal sekitar jam 3 petang..

Sebelum sampai ke Victoria Market, kami lalu kawasan pasar segar Melbourne. Lain sikit la dengan dekat Malaysia.

Pasar segar bersama Angah
Antara kedai di pasar
Sampai di Victoria Market, kami boleh tengok banyak gerai-gerai yang jual souvenirs untuk pelancong beli-belah sebagai buah tangan. Kami beli banyaaaaaaakkkkkk barang..untuk family, kawan-kawan dan ehem2...hahhahahaa*kontroversi tercetus*

Victoria Market
Amy yang digembar-gemburkan
hoho
Kraftangan orang asli Australia
Lepas jalan-jalan kat situ, kami bergerak ke DFO... DFO ni jauh sket dari City. tapi naik tram macam dekat ja la rasa...hahaha..Tapi sebelum tu kami lalu kawasan City...

Kalau kat Malaysia macam KL Sentral 
Jalan-jalan area City
Tempat judi terbesar~
Sementara tunggu tram
DFO ni macam gedung beli-belah tapi kedai-kedai kat situ jual barang2 branded dengan harga yang murah...Contohnya FOSSIL, Calvin Klein....arrghhh banyak lagi laa....dan memang sangat murah as compared to harga di Malaysia.
Bangunan DFO

Saya ada beli satu jaket ni...harga di tulis kat situ 28AUD, tapi dah cut jadi 14 AUD. Disebabkan cantik dan agak murah as compared to beli dekat Malaysia, saya pun beli jaket tu... Bila nak bayar, tengok-tengok hargaya 7AUD sahaja.... perrrgghhhh....memang best la shopping kalau macam tu.. Nasib saya bukan kaki shopping barang branded....cewaaaahhhh...ahhhahahaa *perasan*

Dalam DFO
Mulanya kami nak makan dekat DFO, tapi bila Amy kata, makanan dia macam syubhah, so, kami ambil keputusan untuk ikat perut dan makan nasi arab bila on the way balik nanti...

Dengan hati yang tekad dan minda yang penuh dengan nasi arab, kami bergegas ke kedai nasi arab..yeayyyy~~~Lapar sangat2...Masa tu dah pukul 4 petang..

Sampai kedai nasi arab, saya dan angah agak kagum dengan kedai tersebut.. Di pintu depannya macam kedai biasa sahaja. Tapi bila masuk ke pintu belakang ada tempat makan dalam khemah.. Macam khemah dekat padang pasir..Menarik dan cantik~!! Rasa macam dekat negara Arab... *rasa nak pergi Turki pulak lepas ni...huhu*

Tak faham Amy buat apa~~~~
Kami pesan 2 pinggan nasi arab lauk kari kambing.. Sup yang disediakan macam kari tapi macam sup....hahhaaha... cuba bayangkan~~~2 pinggan macam makan untuk 6 orang. Tapi kami makan habis licin sebab lapar dan sedap sangat...hoho
Luar kedai
Dalam khemah
Makan tengahari/petang tu Angah belanja...thank you Angah...Sayang hang lebih...ahhahaha
With Angah, my on sister
Rakus makan
Bukan arak taw,...air kosong jaa
Tunggu tram balik
Tak ada kerja kan
Plastik hasil beli-belah..  =P
Muka penat~
Kawasan luar rumah Amy
Habis bayar, kami bertolak balik... Malam tu, lepas mandi, bersiap semua, kami rehat kejap sementara tunggu Fafa (seperti yang pernah disebut sebelum ni) datang ambil untuk bawa kami ke Clayton.

Dalam jam 10 malam kami bertolak ke Clayton.. Perjalanan menaiki kereta mengambil masa 30 minit. Boleh nampak beza trafik di City dan Clayton. Clayton ni macam pinggir bandar sikit. Lebih tenang tapi kurang public transport... Kalau ada kenderaan senang sikit nak bergerak.

Sampai Clayton kami tidur di rumah Fafa dan Kak Umaira sebab housemate mereka pergi jalan-jalan ke New Zealand dan kami tak mau kacau kak ija yang tengah dalam musim peperiksaan.

Malam tu, kami tidur sorang satu bilik....Memang dah macam kat hotel plak rasa. Dah la makanan tak payah fikir pun, Fafa bagi kami makan pie dan agar-agar jelly...sedap...!!!

Malam tu, pukul 11.15 malam waktu Melbourne (8.15 di Malaysia) kami dah tidur...awal kan...macam baby..hahahaha

No comments:

contengan jalanan

get this widget here