Saturday, December 8, 2012

Australia, aku datang.. (2)

10/11/2012

Jam 4.30 pagi (waktu Malaysia). Saya terjaga bila terdengar bunyi kamera di snap. Buka mata, tengok Angah tengah enjoy tangkap gambar. Dah subuh rasanya dari pandangan luar tingkap. Subhanallah, cantik.

Tapi tidur lagi penting sebab penat sangat..hahhaha...

Jam 9.45 pagi (waktu Melbourne = 6.45 pagi waktu Malaysia) kami touch down di Melbourne Airport. Alhamdulillah.. Dah dekat oversea~~!!!haha *excited tetiba selepas melalui liku2 hebat sebelum bertolak*

Dalam jam 10.30 pagi waktu tempatan baru kami keluar dari airport sebab tersekat masa di kastam. Kena double check tapi nasib tak diselongkar beg. Mungkin sebab kami letak 'visit friends or relatives' dalam borang daftar masuk negara.. Kawan kak ija *tunang abang saya* nama kak umairah dan Fafa datang jemput di airport. Nasib ada Angah, at least ada la jugak orang yang sembang dan layan mereka sebab saya sangaaaaattttt segan dengan orang yang baru kenal. Saya cuma jawab sepatah-sepatah. Fafa sama umur dengan saya, still amik degree dan kak umaira tengah belajar untuk Ph.D.

Dari kiri, Fafa, kak Umaira dan Angah
Dari Melbourne Airport, Fafa drive bawa ke rumah Amy (sahabat saya semasa di KISAS). Rumah Amy berdekatan dengan Victoria City. Rumah Fafa, kak ija dan kak Umaira jauh sikit, dekat Clayton. (dalam setengah jam drive dari City)

Rupanya kalau Malaysian nak drive dekat sana pun boleh, sebab sama ja macam Malaysia...Lesen kita boleh guna. Tapi kalau student kena ada translated license. Rules jalanraya dekat sana macam pelik sikit sebab dekat sana ada tram yang bergerak ikut lalauan jalan raya.

Dalam jam 11.30 waktu Melbourne kami sampai di rumah Amy. Rupanya Yana (sahabat KISAS juga) ada dekat sana jugak dan dia housemate Amy. Rindu betul dekat Amy dan Yana. Last jumpa masa ambil keputusan SPM.huhuhuhu T____T

Kami rehat dan makan nasi goreng yang dibekalkan oleh kak ija...Untung laaaa lam ada tunang baik dan caring...hahhaha...Walaupun lam tak ada, tapi hati bakal adik dan kakak ipar kena jaga...hahahahahaa

Fafa ada hal jadi tak dapat teman kami jalan-jalan. Sama la dengan Amy. Jadi, Kak Umaira dan Yana yang bawa saya dan Angah jalan-jalan. Kami naik tram menuju ke City. Untuk naik tram tu, kena ada kad macam touch n go dekat Malaysia... Tapi dekat sana panggil MyKi.. Ataupun bayar masa naik tram pun boleh... ada sedia machine dalam tram tu.

MyKi yang digembar-gemburkan 
Dalam 15 minit naik tram, sampai la kami di City....waaahhhhh~!!!!!! cantik-cantik bangunannya...orang-orang dekat sana jalan kaki untuk travel. Bandar Victoria tak besar. dalam 1x2km persegi...Memang bentuk petak. Jadi, mudah untuk travel dan explore.

Lintas jalan ramai-ramai macam kat oversea
Mula-mula kami masuk ke State's library. Bangunannya cantik dan susunan meja dan rak dalam tu pun cantik... Dalam tu, ada banyak galeri. Dekat luar library, saya boleh tengok banyak mat salleh yang berjemur sebab matahari macam agak panas walaupun angin sana sangat sejuk.
Pintu masuk library
Melbourne dolu2

Dalam state's library
Kami jalan-jalan ke banyaaaaakkkk tempat. Termasuklah Federation Square. Masa kami sampai dekat sana, ada sambutan dan persembahan sempena Deepavali. Ramai orang dekat sana. Sangat meriah~!!!!!
Berhampiran Federation Square

Kami jalan lagi masuk ke Screen Worlds, Australian Centre for The Moving Image. Lebih kurang macam muzium media la...Ada mesin dan kamera dulu-dulu. Dia tunjuk macam mana nak hasilkan video atau filem masa zaman 40-an, 50-an, 60-an dan seterusnya. Kartun dulu-dulu pun ada..

Pintu masuk

With Yana

Kemudian kami jalan lagi ke church,seni bina dia cantik..Masa kami pergi tu, ada wedding ceremony sedang berlangsung...*menyibuk tak??macam tetamu tak diundang* hahaha

Depan church
Yana budak architecture, jadi macam-macam dia terangkan dekat kami pasal binaan bangunan dekat sana. Katanya, banyak ilham diambil dari London, senibina barat. Satu lagi, apa yang saya perasan dekat sana, ada disediakan basikal. Melbourne bicycle. Kalau nak naik basikal dekat sana, kena pakai topi keledar basikal... Tak boleh kalau tak pakai.. nanti kena saman..hoho...

Dekat sana, kebanyakan kedai tutp pada jam 6 tak kira la masa tu winter ka, summer ka... Cuma beberapa kedai sahaja yang buka hingga malam seperti beberapa kedai makan. Malam di Melbourne tak sehidup di Kuala Lumpur. Dalam pukul 7 lebih, kami bertolak balik ke rumah. Maghrib di Melbourne pada musim bunga lebih kurang pukul 8 waktu sana.

Sampai di rumah, makanan dah tersedia. Amy dah siap masak sup tulang kambing. Kami mandi, makan dan tengok cerita Hitler. Saya dan Angah confuse nak tidor pukul berapa sebab subuh puku 4 lebih.

Sepanjang di sana pada hari pertama, kami mendapat layanan yang sangat hebat. Bagi mereka, tetamu adalah rahmat dan bawa rezeki..Alhamdulillah...

Pada jam 11 waktu tempatan, kami tidur sambil sempat ada pillow-talk bergosip dengan Amy dan Yana pasal budak-budak KISAS...hahahhaa...rindu >.<

No comments:

contengan jalanan

get this widget here