Saturday, April 2, 2011

air dicincang tak akan putus

Bismillahirrahmanirrahim...


Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus

Biar kau dalam susah semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima

Oh kita bersaudara

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus



by: KRU


Terasa macam dah terkena penyakit sakit rumah.... hmm.. Semuanya angkara abang aku... 
Semalam, abang aku hantar message ke hp aku... messagenya berbunyi :
" Hanum, Idah kata kat hang" (idah ialah adik bawah aku)


Dia hantar message semata-mata nak mengacum dekat aku. Maka jadilah message yang berantai-rantai daripada pukul 8.45 malam sampai pukul 9.30 malam. Bukan apa sangat pun message yang dihantar. Dok mengutuk hang-aku ja.. haish~ Tengok, sekarang aku dah homesick~adooiii....


Aku dah bertekad!!!!nak balik juga rumah sebelum final exam.  Aku dah pakat ngan angah (kakak aku) untuk balik pada tarikh yang sama. Tapi, sayangnya aku tak balik minggu ni. Ramai yang ada dekat rumah. Mak, Along, Lam (abang aku), idah, imah, hail... yang tak ada hanya aku, angah dan adik. Mesti bergumbira mereka di rumah.


Sesungguhnya, adik beradik yang aku adalah some kind of idol bagi aku. Kadang-kadang aku fikir balik, kalau gaduh dengan kawan, sampai 3 hari tak tegur pun tahan (x baik utk dipraktikkan). Tapi kalau dengan adik beradik, tak sampai berapa minit dah boleh gelak-gelak balik. Itulah dia kehebatan hubungan adik beradik mungkin~


Aku sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang harmoni dan penuh didikan agama. Walaupun kami 8 adik beradik, kami tetap rapat antara satu sama lain. Kadang-kadang family lain ada sikit ja adik beradik, tapi sesama mereka tak rapat dan bad come to worst, adik beradik dia belajar dekat mana pun dia tak tahu.hmm....


Bagi aku, keluarga merupakan support terkuat dalam hidup aku disamping sahabat-sahabat aku. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan hidup aku.  Kadang-kadang bila fikir balik, aku tak dapat bayangkan kalau salah seorang daripada kami tak ada nanti. Bila aku bayangkan yang abang sulung aku akan kahwin tahun depan pun (insyaAllah), aku dah macam sedih. Nanti raya tak meriah sangat laa.... Tak ada la suasana bising-bising sebelum raya kalau semua pakat dah kahwin. 
Aku sangat seronok ada adik beradik yang ramai. Kadang-kadang (again) macam-macam perangai boleh tengok. Sebagai contoh, abang aku yang sulung, walaupun dia paling sulung, tapi paaaaalliiinnng manja. Kalau kat rumah, bila gaduh-gaduh pasal bantal ka, dia akan kata, "Maaaakkkk, tengok hanum ni. Dia amik bantal orang".... Mak aku dah malas nak layan. ahhahaahhaa (padan muka dia).... Bila dia kena marah ngan mak, dia mesti diam, pastu peluk bantal, buat-buat tidur. Mengada!!


Yang kakak aku pula, dia mature sikit. Dia suka dengar dan gelak ja bila kat rumah tambah-tambah bila dengar kami mengarut. Dia ni, sangat teliti tambah-tambah bila memasak. Masak 3 lauk pun boleh sampai 1 jam lebih. Tapi sedaapppp....


Abang aku yang Aslam pula, dia paling rapat dengan aku. Tap dia yang palng suka mengutuk aku. Selalu jugak la aku sakit hati dengan dia ni. Dia suka kata dekat aku tambah-tambah tangan aku. Ada ka patut dia kata tangan aku macam sarung boxer??? Bila aku ambil wudhu', dia mesti kata, "sah tak wudhu hang? hang buka tak sarung boxer?"...tau la tangan aku tak muncung tirus pun...eeeiiiii


Adik bawah aku, nama Solehah Saidah. pangil Idah. Dia ni, macam bersifat keibuan sikit. Contohnya, kalau aku demam, dia yang akan basahkan towel, dan letak atas dahi. Tapi dia kalau nak buat kerja, mesti akan berkira dengan aku. Jadi, terpaksalah kami buat jadual....(aku pun berkira juga dengan dia...hahahahaa)


Adik aku bawah lagi, Imah. Nama dia Fatimah Adilah. Dia ni, jurus sikit. Janganlah sesiapa menipu dia. Dia akan percaya bulat-bulat apa orang kata. Dia ni, geng aku kalau nak bising-bising kat rumah. Kami selalu kutuk dia pasal skill memasak dia. Sebabnya, ada sekali tu, masa dia masak sambal, minyak tak pecah-pecah, agak-agak sampai sambal tu dah macam nak hangit. Aku pun tak tau la dia buat macam mana. Tapi dia ni seorang yang sangat bersemangat kalau buat sesuatu.


Lepas Imah, Suhail. Kami panggil Hail. Dia ni angin sikit. Kalau dia nak sesuatu barang, tapi tak dapat sebab kami melarang mak daripada beli, dia akan tarik muka agak-agak sampai boleh sangkut hanger kat mulut. Sekarang ni, yang aku nampak, Hail dah semakin bagus tambah-tambah bab agama. Walaupun dia sekolah sains, tapi dia mencari. Hail ni, walaupun macam keras sikit, tapi sebenarnya hati dia lembut. Senang nangis. Tambah-tambah kalau sebut pasal ayah. Teringat dia call aku masa dia nak PMR dulu, dia kata rindu ayah. oh, masa tu, hanya Allah yang tahu batapa sedihnya aku dengar luahan hati dia.


Last sekali, kami panggil adik. nama dia, Hasanah Izyani. Susah nak tengok dia marah. Walaupun dia paling bongsu, tapi aku rasa dia lebih mature daripada yang lain. Mungkin pengalaman mengajar. Adik selalu ingat orang lain. Sebagai contoh, kalau ada makanan, walaupun makanan tu sikit, dia akan ingat dekat orang lain yang tak ada dan simpankan. Dia nak semua dapat rasa.


Macam-macam kan perangai sorang-sorang. Walaupun macam-macam, tapi kami accept kekurangan dan kelebihan masing-masing. Alhamdulillah mak dan ayah kami didik dengan penuh kasih sayang sampai kami saling hormat-menghormati antara satu sama lain. 


adik tangkap gambar~
Aku rasa benda yang boleh digunakan untuk praktik kat rumah masing-masing supaya adik beradik lebih rapat ialah:

  • solat jemaah setiap waktu sebolehnya. Waktu subuh paling best. Melatih kesabaran nak kejut dan tunggu semua orang ada unuk solat sekali.
  • Makan sama-sama dengan 1 hidangan
  • riadah petang sama-sama. Contohnya, main badminton depan rumah sampai bulu tangkis naik atas bumbung..
  • adakan usrah lepas maghrib. Dapat isi rohani. Masa tu juga laaa semua kena fire..hahhaha...
  • buat kerja sekolah dan assignment kat satu tempat yang sama.
  • tengok tv sama-sama walaupun sorang nak tgk KBSW, sorang nak ESPN, sorang nak Astro Ceria, sorang nak tengok warta berita.
Jom pakat muhasabah. Kalau dengan sahabat-sahabat kita, kita boleh rapat dan layan dengan baik, apakah dengan adik-beradik kita, kita jaga hubungan dengan baik??
Dan juga, apakah adik beradik yang menjadi amanah kepada kita, kita jaga dan pupuk syariah islamiah sepertimana kita menyeru syariah Islam kepada sahabat-sahabat kita terutamanya mengenai ibadah, aurat dan ikhtilat??

surah an-Nisa’ ayat-36 yang bermaksud: 
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu sekalian mempersekutukan dengan sesuatu. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya.”


4 comments:

ai n i s h a f i qa said...

frankly speaking hanum : aku jeles~~~T_T , semoga ukhuwah berkekalan..barakallahu fiikum~:)

fasihahhanum said...

amin....syukran....hope fmly hg pon sama~nnti utk anak2 hg boleh amalkan...x ka??hehe

Woofer Storm said...

assalam..keluarga ini memang bahgia..jeles sekejap,.memang betul,kita adik beradik macam mna gaduh pun pasti tak sampai hati bila adik brdik kita dalam kesusahan.mesti nak tlg.kan??

follow sni^^

fasihahhanum said...

waalaikumussalam... alhamdulillah..moga ukhuwah kami berpanjangan dn ditemukan balik di syurga nati insyaAllah~ kalau dah nama adik beradik tu, mesti tak sampai hati punya la tengok depa susah... n another point, family adalah pengkritik terbaik dan terjujur walaupun menyakitkan hati kdg2..haha :D

contengan jalanan

get this widget here