Tuesday, April 19, 2011

Rebah tak mengalah

bismillahirrahmanirrahim...


Math....math..... math..
Dah lepas satu paper hari ni. sangat kritikal~ Sepanjang jawab exam, aku tak pernah rasa begitu tak bersemangat lepas keluar dari dewan peperiksaan *seingat aku laa*. Tapi Math tadi betul-betul berjaya bagi satu perasaan baru dalam hidup aku. 


Keep on moving forward!!! Baru aku tau betapa senangnya nak bercakap dengan orang ayat tu tapi susah nak terima secara total. *bagi aku*. 


Tak bersemangat aku makan masa kat harmoni cafe tadi *padahal habis 1 pinggan juga*. Tapi aku makan dengan tak ada perasaan. huhu. Sampai bilik, aku terluahkan perasaan down aku dekat sahabat KISAS aku. Dia ada bagi aku kata perangsang yang aku rasa, boleh naikkan semangat aku balik. 


Dia kata, "kdng2 Allah nie sentiase ade care utk menguji kiter dan menaekkan tahap kesabaran kiter,maybe nie salah satu care Allah nk bagi kiter lebeyh sabar,and maybe jugak Allah nk tunjuk kat kiter maybe kiter ade bwat salah ape2 ker smpi terhijab,sabar yer hanum,insyaAllah its just ur feelings and the real result will be the other way around okeyh?do'a bnyk,and sentiaselah bersangke baek dgn Allah:))"


sangat betul....!!!


Berbaik sangkalah dengan Allah. Jangan terasa menyesal dengan benda yang kita dah usaha. Allah will take care the rest. Kita dah usaha~Tawakal~


Masa chat kat skype, ada sahabat aku ni, cerita satu kisah yang aku rasa tak ada kaitan secara jelas tapi hakikatnya ada kaitan juga. 


Kisahnya macam ni, ada seorang pembuat tempe ni, dia hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia hanya bergantung kepada jualan tempe dia. Dia punya tempe, sedap. 


Satu hari, tempe yang dia buat, tak cukup elok untuk dijual sebab macam tak siap lagi. Kena peram untuk beberapa hari lagi baru boleh jual sepatutnya. Tapi, kalau dia tak jual tempe esok hari, dia tak dapatlah bagi keluarga dia makan. 


Tapi, dia bertekad untuk cuba nasib. Pada esok hari, dia bawa tempe dia ke pasar tani. Semua orang tak mahu beli tempe dia sebab tak diperam dengan secukupnya. Sampailah dekat masuk zohor, tak ada orang beli juga. Dia sangat sedih tambah pula bila fikir pasal keluarga dia. 


Tapi dia tak berputus asa. Dia berdoa sebab dia tahu hanya Allah yang maha berkuasa. Dia berdoa supaya memberikan dia yang terbaik.


Masa dia tengah nak berkemas-kemas, ada seorang mak cik datang ke gerai dia. Mak cik tu kata nak beli tempe. 


Dia dengan jujurnya beritahu mak cik tu bahawa tempe dia perlu diperap dengan lebih lama kalau nak beli. Mak cik tu pun setuju nak beli semua walaupun tempe tu tak siap.


Dia hairan, kenapa mak cik tu nak beli?? Rupanya, mak cik tu nak beli tempe-tempe tu dekat anaknya yang ada dekat luar negara. Mak cik tu kata, dia penat cari tempe yang belum siap sebab takut kalau dia pos ke anak dia nanti tempe tu dah rosak. Jadi dia kena cari tempe yang tak siap lagi.


Nampak tak hikmah dia? Moralnya ialah, setiap benda ada hikmah yang Allah susun cantik-cantik dah untuk hamba-Nya. Kita ja yang kena bersangka baik dengan-Nya. 
bersemangat!! gambatte kundasai!!

p/s: Masa buka skype, aku dapat satu emoticon 'hug' dari Aini Shafiqa. Tiba-tiba aku rasa macam terharu. huhu.... Terasa ada spirit baru mengalir~Terima kasih sahabat.








2 comments:

ai n i s h a f i qa said...

hikhik2~namaku diserukah..ehm,, thankx to u too..~ sebenarnye, hug tuh aku nak bagi seawal masa melangkah keluar dewan, huhu~ cuma masih lagi mengawal diri.., anyway, gud luck 4 the next n next9~~~~=))

fasihahhanum said...

syukran ya sahabati~huhu T.T...masa keluar dewan semua dh menonong tanpa arah tuju...frust punya pasal~huhu..all da best to u too....

contengan jalanan

get this widget here