Saturday, April 23, 2011

kutiplah mutiara-mutiara itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Teringat detik-detik awal berada di bumi waqafan, Kolej Islam Sultan Alam Shah. Masa mula-mula masuk, nak-nak masa minggu orientasi, senior-senior selalu cakap, "ambillah peluang yang Allah bagi ni untuk kutip sebanyak-banyaknya mutiara yang ada di bumi waqafan ini"
Mutiara apa??hakikatnya, bila keluar kolej, baru terasa ada 'kosong' dalam hati. hmmm

Teringat pula kisah yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat ni..

Kehidupan kita umpama sebuah pasukan tentera yang akan melalui sebuah gua yang sangat gelap. Hanya seorang sahaja yang mengetahui keadaan gua tersebut & destinasi yang akan dituju. Orang itu ialah ketuanya. Hanya ketaatan kepada ketua inilah maka tentera tersebub boleh berjaya. 

Sebelum memasuki gua tersebut, ketua itu telah berpesan satu pesanan yg sangat penting:'Apabila kamu lalui gua itu nanti kamu kutiplah batu-batu yg kamu jumpai sebanyak-banyaknya walaupun berat atau susah...tabahkanlah hatimu. Walau apa keadaan pun kamu kena ikut aku..." 

Bila berada di dalam gua tersebut maka merrka berjalan mengikut kemampuan masing-masing. Org yang ingat & taat mulalah mengutip batu itu dengan mengisi sebanyak yang boleh. Ada yang ingat tetapi malas mengutip hanya sedikit sahaja. 

Ada yang ingat tapi ingkar tidak mahu mengutip bat-batu2 itu.Dalam hati berkata kenapa aku harus menyusahkan diri aku dgn membawa batu itu. Dia sebaliknya mengutip tongkat & mendapati tongkat tersebut memudahkan perjalannya & membawa haluannya sendiri. 

Bila keluar dari gua tersebut ketua itu memberitahu sekarang bukalah; lihatlah apa yang kamu bawa. Bila dilihat batu yg dibawa itu ialah permata yg sangat berharga & mahal, mereka pun mulalah menyesal sambil berkata: "Kenapa laaa aku tidak ambil lebih banyak lagi." 
Manakala orang yang ingkar menangis meyesal kerana terasa  kerugian yang amat sangat. 
Begitulah ibarat kehidupan kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal~ =)



No comments:

contengan jalanan

get this widget here