Tuesday, April 5, 2011

Kita pinjaman-Nya

Bismillahirrahmanirrahim

Aku pernah dengar kawan aku cakap, kadang-kadang, sesetengah pengalaman pahit, kita akan cuba untuk lupakan. Aku mulanya tak percaya. bolehkah kita lupakan kenangan? Ternyata perkara itu ada benarnya. 

Hari ni, 5 April 2011. 3 tahun yang lepas, pada tarikh yang sama, satu pengalaman pahit yang kononnya tak mungkin aku lupakan dah berlaku. Terasa terngiang-ngiang lagi suara ayah jadi imam masa solat jemaah, melawak masa sebelum makan, ajak aku pergi pasar malam, ucap tahniah dan kata-kata motivasi. Tapi itu semua sebelum tarikh 5 April 2008.

Semalam aku tersalah wish besday kepada kawan aku. Rupanya besday dia 6 April. Puas aku ingat balik, tarikh apa 5 haribulan kalau bukan besday dia. Yang pastinya, satu tarikh yang sangat penting bagi aku sebab jarang aku ingat tarikh-tarikh ni...

Pukul 5 pagi, mak aku hantar message, " Hari ini genap 3 tahun ayah pergi meninggalkan kita. al-fatihah"

Aku sedar message tu pukul 7 pagi masa tengok hp. 

Oh,Allah, aku tahu semua ini adalah pinjaman dari-Mu...
Maka dengan itu, Kau tenangkanlah hatiku..
Lindungi ayahku daripada siksaan kubur.
Lapangkan dan terangkan kuburnya.
Berilah dia peneman yang baik disana...

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha berkuasa ke atas sesuatu,
tabahkan hati ibuku.
Lindungilah dia sebaiknya..
Tenangkan juga hati adik beradikku
Sesungguhnya aku sayang mereka sepertimana mereka menyayangiku kerana-MU.
Temukan kami semua di jannahMu 
Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Perkenankan doaku.

-----buang jauh2 perasaan sedih Hanum~bukan itu yang ayah tunggu daripada 'sana'-----

2 comments:

Unknown said...

al-fatihah untuk semua yang telah pergi meninggalkan kita

DarkArtz said...

al-fatihah.......

contengan jalanan

get this widget here