Monday, October 31, 2011

Percutian dara pingitan [pengembaraan berakhir]

[ALARM CLOCK] -tak dapat tangkap lagu apa ekoran mamai yang terlampau

Duduk tepi katil, tenyeh-tenyeh mata...
Pandang sekeliling.....uiiiiii sedapnya bebudak ni tidur...
Jam menunjukkan pukul 6.02 pagi.
Subuh oiiiii subuh....

Keadaan seperti semalam, semua bangun solat subuh sorang demi seorang. 
Lepas subuh, semua sambung bermimpi indah.
Tak sedar yang hari tu dah kena bertolak balik Kelantan.

Semalam, Yoke kata boleh tidur sampai pukul 12. Jadi, semua pegang kata-kata keramat oleh beliau itu.
Dalam pukul 8 lebih, sorang demi seorang terjaga.
Ikutkan hati nak jaa berbungkus dalam selimut. Tapi apakan daya, selimut dah dikuasai oleh Munirah dan Huwaina. huhu

Tak lama kemudian..... 
tok tok tok (bunyi orang ketuk pintu)
Buka pintu, Irfan menunjukkan muka comelnya baru bangun dari tidur. Tak lama lepas tu, muka Ikmal pun terjenguk di pintu.. Pagi-pagi dah bertandang di bilik anak dara~
Inilah Irfan dan Ikmal yang digembar-gemburkan tu
Yoke pun tak kurang hebatnya dalam menyibuk di bilik kami. 
"eh, korang, cepatlah siap. Mak saya dah lama buat sarapan" -Yoke

"laaaa.....semalam Yoke kata tak buat sarapan dan suruh kami tidur sampai pukul 12???" -Kami

"ntah, mana saya tahu mak saya buat sarapan banyak-banyak. Eh, jomlah cepat. Lalat dah makan sarapan tu" -Yoke

Semua bermalas-malasan untuk bersiap. Ada yang bangun masuk bilik air terus mandi pun ada. Yang tak berpeluang jadi orang pertama mandi, masing-masing kemas beg untuk balik.

Ada yang pening nak campur atau tak dalam satu beg baju yang tak guna lagi dengan baju yang dah pakai. Ada yang beranak pinak beg pun ada. Macam-macam laaa...

Habis kemas ala kadar, kami pergi rumah Yoke, makan sarapan. Habis makan dan kemas, kami jalan pergi kedai berhampiran. Huwaina nak beli t-shirt untuk adik dia sebab mak dia pesan. kalau ikut dia, mesti tak beli punya tu...kan??hahha *contoh kakak mithali*

Habis berborong, kami masuk chalet, kemas buat kali terakhir. Lepas tu, beg-beg semua letak kat rumah Yoke. Sebenarnya ada lagi baju kami yang tak masuk beg. Yang bersidai kat luar tak kering-kering pun ada lagi. Terima kasih banyak-banyak kat mak Yoke yang tolong basuhkan baju kami. tak kena caj pun untuk dobi. 

Bila dah siap masak, kami makan tengahari dan lepas tu kami bertolak balik. *kenapa macam laju ja cerita ni??*
Tioman diselubungi hujan
Kami jalan kaki, berlari-lari dengan penuh romantik dalam hujan menuju ke jeti. Paling sadis, mereka tinggalkan saya jalan kaki sorang-sorang dengan payung sepanjang jeti tu. Walaupun indah dipandang orang, tapi saya tak minta untuk kelihatan begitu... *effect lebih-blushing*
Sempat lagi tangkap gambar

perjalanan meredah hujan


Masa tunggu feri, macam-macam ragam boleh tengok. Mula-mula ada minah salleh salin seluar tengah-tengah orang ramai...hadoiiihhh...free show~ 
rombongan che kiah
Ada juga pertengakaran lidah antara Aqilah dengan Aiman (adik Yoke) dan pertengkaran tersebut berakhir dengan kemarahan Aiman dilepaskan kepada Irfan yang memang masa tu tak bersalah dan bermuka tak bersalah. Kesian~ *padahal dulu-dulu kita pun sama juga macam tu, marah orang lain, lepas kat orang lain* 
nampak tak muka Irfan yang tak bersalah pegang payung

Lagi seronok, bila tengok Irfan yang beriya tak mau bagi kami balik sampai sanggup berdialog telefon tiket bas. Kalau telefon syarikat bas boleh tahan lagi~hahaahaha
6 dara pingitan

the best trip ever
Bila feri sampai, kami bersalam-salaman. Hmmmm....sedih bila ingat balik. Berat sangat hati nak tinggalkan Tioman. Pengalaman menarik yang insyaAllah tak dapat dilupakan.

Dalam feri, letak kepala jaa dah terlelap. Sedar-sedar dah sampai Mersing. punya la khusyuk tidur. Sampai Mersing, solat dekat Plaza Mersing (lebih kurang R&R laa). Lepas tu, terus tak belok-belok, menuju ke KFC Mersing. Makan malam~
muka sapa paling berseri-seri??

Habis bersantap, kami jalan kaki ke stesen bas Mersing. tak jauh pun. Paling kagum, kat stesen bas tu, banyaakkkkkkkkk sangat kucing. Kucing di mana- mana sahaja.

Bas kami pukul 10 malam. Masa tu, baru pukul 9 malam. Kami pun ambil keputusan untuk jalan-jalan di pasaraya yang berhadapan dengan stesen bas tersebut. Nak pergi tandas sebenarnya tu....

Dekat pasaraya, haish...malu nak cerita....Tapi digagahi juga untuk cerita.

Ada laaa 2 orang *antara kami* yang masih tertinggal di tandas. Tandas tu kat aras atas sekali. Mereka sangat gembira berada di tandas ekoran isu hasil daripada makan petai. Gelak punya gelak, terbahak-bahak punya gelak sampai satu aras supermarket dengar ketawa mereka. Semua orang tengok ke arah tandas. Nasib laa 2 orang tersebut tak keluar dari tandas masa tu. Kalau tak, reject jadi menantu.hahaha

Habis beli makanan sikit, kami balik ke stesen bas. tak lama lepas tu, kami naik bas. Perjalanan yang agak sadis bila bas kami rosak sebab tayar bocor, terpaksa laa buat iklan kat tepi jalan sebentar. Punya banyak-banyak jenama bas yang lalu, Cepat Ekspress juga yang banyak kali berhenti. 
Tarian SNSD

Tersadai di pagi hari
Kami berenam naik bas Cepat Ekspress untuk balik Kota Bharu. Kami solat subuh di Pasir Putih dan sampai di Kubang Kerian dalam jam 7.40 pagi. Mata dan otak masing-masing nampak katil jaaa. Kalau ada jongkong emas kat tengah jalan tu pun, mesti buat tak tau jaa...
Menonong jalan cari katil

Pukul 8, kami sampai bilik masing-masing. Penat tapi seronok dan puas. 
Terima kasih Allah.
Selamat pergi dan selamat balik...


1 comment:

kyOkoHayaShi! said...

bile mahu smpi tioman gk neh. huhu. jelessss

contengan jalanan

get this widget here