Monday, January 24, 2011

happening weekend

bismillahirrahmanirrahim


Penat fikir math. Rasa nak menulis kejap.(menulis ka menaip?)
weekend ni, adalah antara weekend yang bermakna dalam hidup aku. Aku ada reunion dekat Kuala Lumpur dengan budak-budak KISAS dikecilkan lagi skop, dormate dulu. Kami rancang dah dekat sebulan nak gather balik. Alang-alang budak Aussie dan NZ balik. Bukan selalu boleh jumpa. Kawan aku semangat nak support aku naik flight semata-mata nak ajak aku pergi juga. 


Pada mulanya aku tak mau sebab jauh.Nak naik bas, aku cam risau sikit lalu Gua Musang. sebab terpengaruh dengan cerita kemalangan yang banyak sangat. Nak naik train, alamat berjanggut la aku dalam tu.(cerewet!!)
then, kawan aku belanja naik fliht. Lagipun ada promo. So, dia book. 


Pagi Jumaat, aku patutnya naik flight 8.55 dr KB ke LCCT. Tapi flight tu bermasalah sebab kawan aku salah book.Dia book atas nama dia. So, dia lah yang patut naik. Aku terpaksa beli tiket flight baru(yang murah....bukan MAS). Aku naik pukul 3. Sampai sepatutnya pukul 4. Tapi, flight sampai 15 minit lebih awal. Turun kapal terbang, aku naik Aeroliner pergi KL Sentral. Sampai KL Sentral, aku ambil Komuter turun stesen UKM. Alhamdulillah perjalanan lancar. 


Kawan aku nama Solehah ambil aku di Stesen UKM. Kemudian dia hantar aku ke rumah sewa Afiqah.(juga kawan aku). Afiqah tinggal dengan 9 orang lagi. Rumah dua tingkat. agak besar. Mula-mula aku masuk, aku nampak ada tulis nota dekat bakul sampah : Sila buang sampah basah di tong sampah luar. ini kan RI =)


RI??? apa tu??? Aku tanya kawan aku. Dia kata, RI bermaksud Rumah Islam. 
Apa yang dimaksudkan dengan rumah Islam?? Aku blur...


Tak sampai 15 minit, kawan aku angkat air dari dapur. Aku jadi segan pula. skema ja duduk rumah orang. Aku segan dengan akak-akak kat situ walaupun mereka nampak sempoi sahaja. Masa tu, ada 4 orang sahaja di rumah. Dekat pukul 6.45, ada dalam 4 orang lagi balik. Depa balik dari joging. Wah, bagusnya!!!bersukan... Depa kata, bersukan kan salah satu ciri dalam membentuk peribadi Islam yang unggul.....


Tak lama lepas tu, maghrib pun dah nak masuk. dalam beberapa saat, kawasan ruang tamu rumah tu, jadi macam surau. Semua solat jemaah.alhamdulillah...


Aku naik atas. Melawat kawasan dekat atas. tak lama lepas tu, akak-akak tu panggil turun, makan. Rasanya sebelum aku sampai, depa dah masak. rindu masakan rumaaaahhh!! baunyaa...Allah....nikmat dunia~
Aku turun dengan excitednya. Dalam fikiran aku, mesti makan berhidang macam biasa la. Aku nak pergi tolong hidang. Tapi, bila aku turun subhanallah Makan dalam talam. Seingat aku, aku makan dalam talam masa kecil-kecil dulu dan masa kem dekat KISAS dan Darul Quran. 


Rindunya suasana itu, hanya Allah yang tahu. Aku jadi segan makan dengan akak-akak tu(aku memang pemalu orangnya)... Habis makan, kami kemas-kemas. Ada akak-akak yang sibuk bersiap untuk pergi khatibah, usrah dan meeting. Walaupun ada antara akak-akak tu yang dah bekerja, tapi masih sempat luangkan masa untuk cari halaqah ilmu.

Aku duduk di rumah dengan kawan aku sebab lepas isya' Solehah nak jemput kami. Ada akak yang tinggal kat rumah juga. Kemas-kemas rumah sambil sembang-sembang. Sepanjang depa bersembang, semuanya dikaitkan dengan tokoh Islam, sirah rasul, tazkirah. Semuanya secara tak formal dan sangat lepak. Perbualan santai yang sangat berilmiah dan aku tak terasa berat otak sangat macam kalau pergi usrah... Aku tak sangka wujud suasana islamiah yang sangat harmoni dan best!!! sangat sempoi cara akak-akak tu berbual tapi ada isi.


Itu rupanya RI yang dimaksudkan. Yang sentiasa mengamalkan ajaran Islam dalam perbuatan dan perbualan harian. Sungguh aku mahukan suasana macam tu. huhu...


Malam tu, aku pergi rumah Solehah. tidur dekat rumah dia. Dia duduk sorang sebab keluarga dia Balik Seremban nak sambut rombongan meminang untuk kakak dia. Malam tu, sebelum tidur, aku sembang dengan Solehah. Aku cerita pengalaman aku masa dekat RI. Solehah pun cerita kenapa perlu wujud RI.


Rupanya untuk membentuk individu muslim. Daripada individu Muslim, wujud Baitulmuslim, kemudian, masyarakat Muslim, daulah islamiah hinggalah Islam menguasai Dunia semula insyaAllah. Rupanya untuk bentuk baitulmuslim yang disebut-sebut oleh kawan-kawan dulu, susah juga. Kena bentuk individu musim dulu. Untuk bentuk individu muslim, perlu ckup 10 macam syarat la untuk jadi individu muslim yang unggul. pegang ibadah betul2, banyak laaa. Tak lupa juga, bersedia untuk berdakwah. 


Kami sembang sampailah kami tidur.. Esoknya, lepas Subuh, kami bersiap-siap untuk keluar. Sampai KL sentral, kami jumpa Dhiana, Hidayah Aminah dan Masturah. Kami ambil monorel turun dekat Imbi, lepas tu, masuk Time Square.Jumpa Siti Nor Zakiah dekat situ.Lepas tu, Main tak ingat dunia. Sampai nak termuntah rasa. Makan sama-sama, semua pulak perempuan. seronok!!! Window shopping~ 


Sampai pukul 6, kami bertolak balik. sampai KL sentral, solat kat situ dan dinner. Rasa masa cepat sangat berlalu. Banyak benda kami bualkan. Update kawan-kawan lain, dan aku dapat tau, ada batch aku yang dah bertunang~ketua kelas aku dulu....sungguh tak sangka...aku bila pulak???hahahaa(sapa la nak)


Sampai dekat stesen UKM, Dhiana turu situ dulu. Aku, Dayah Minah dan Kiah turun dekat Nilai. Solehah terus ke Seremban.Solehah bagi aku t-shirt, mafla, dan snow cap untuk aku bawa pergi Beijing nanti. seronokkkkk!!!!Tapi ada cop New Zealand la sebab dia belajar dekat sana. Malam tu, aku tidur dekat rumah sewa Dayah Minah. Sebelum tidur, bertungkus lumus aku belajar Math dengan Dayah Minah.Dia pun ambil juga. Alhamdulillah, belajar juga aku. 


Esoknya, Ahad, dalam pukul 9 aku naik bas dari Nilai ke KLIA. Kemudian tukar bas ke LCCT. Sampai LCCT, dah la sorang-sorang. berapa kali aku pergi kaunter pertanyaan tanya kaunter segala bagai. Agak-agak sampai penjaga kaunte tu dah muak tengok muka aku, aku pun telefon shahira. banyak kali jugak!!hahaha....sorry shahira...hahahaha


1.40 aku naik flight. Tapi flight balik Kelantan tak seseronok masa pergi. Landing pun macam tak smooth.(banyak komen plak). Dari airport, wani dan aini shafiqa ambil aku. terima kasih semua yang terlibat dalam misi saya kali ini. Jasamu dikenang. 


p/s: seronok naik flight free~ =)
panjang pula entri kali ni.... agak-agak rasa boring tak payah baca

No comments:

contengan jalanan

get this widget here