Tuesday, January 18, 2011

Hilangnya dia...

Bismillahirrahmanirrahim...

Semua orang ada ayah dan mak kan? kalau tak, macam mana boleh wujud kat dunia ni kan?hoho
Begitu juga aku. Pada saat ini, aku rindu ayah.....ya Allah.
Ak teringin nak pangil ayah. Hakikatnya, dah dekat 3 tahun ayah meninggal. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ayah pergi dulu? Tapi, sememangnya setiap manusia akan dicabut nyawanya. Begitu juga aku. Siapkah aku nak jumpaNya? ya Allah..

Setiap kali aku teringat pasal ayah, aku mesti akan teringat saat aku cium dahi dia last sekali. Dahi dia sejuk tapi macam basah-basah sikit. Aku tak tahu Allah nak amik ayah aku secepat itu. sungguh aku tak sangka. 
Masa tu, aku umur 18 tahun. bulan 4 tahun 2008. Aku lepas SPM, alhamdulillah aku dapat tawaran masuk Darul Quran di Kuala Kubu Bharu. Tempat hafal quran. Aku ingat lagi kali last ayah hantar aku untuk balik DQ.
Aku ni, memang perangai tak reti nak siap awal-awal. Last minute baru nak pack barang. Pastu, mulalah tinggal barang. Aku tertinggal train Sg. Petani malam tu. Pastu, ayah aku cakap, tak apa, kita naik dekat Bukit Mertajam. tak sangka, itu perjalanan akhir aku dengan ayah. Mak tak marah-marah sangat malam tu, sebab dia sayang nak marah anak dia yang hafal Quran mungkin. Sebelum naik train, aku salam dan cium pipi ayah macam biasa. Tak sangka itu last skali aku salam dia...Bila naik train, ayah aku tengok sampai tak nampak kelibat.

Ayah meninggal pada 5 April 2008 hari sabtu. Hari Ahad sebelum tu, aku dah call ayah cakap nak balik minggu tu sebab ada interview JPA MARA. Tapi interview tu, dah postpone ke minggu depannya. So, aku call balik cakap tak jadi balik. Ayah cakap: " Alaa...kenapa tak balik?". Aku dah pelik. pastu aku cakap, "tak apa laa, minggu depan nanti hanum balik". Aku tak jangka itu perbualan terakhir aku dengan ayah...

Hari Jumaat, malam tu, aku lepak bilik kawan. Sambil makan-makan. tiba-tiba aku rasa macam tak sedap hati. Aku buat tak tahu ja. Sebelum hari tu, aku banyak kali mimpi gigi geraham aku nak tercabut. Jumaat malam tu, aku tidur dengan amannya. Aku cadang nak pergi PWTC tengok book fair kat sana esoknya. Malam tu, aku mimpi gigi geraham aku tercabut terus, dan aku nangis sangat-sangat. Lepas tu, aku terus bangun terkejut. bila tengok jam, pukul 5.30 pagi. tahajud nak terlepas!! ada satu mesej masuk dalam pukul 4.30 pagi. Tapi aku tak sedar. Aku baca mesej tu. mesej daripada no hp ayah. Dia tulis," Ayah sakit tenat. Masih dalam kawalan doktor". Ayat tu tak mungkin aku lupa...

Aku terus pegi bilik sebelah dan tanya pendapat kawan aku. Kawan aku suruh telefon mak. Aku call, pastu mak angkat. Suara mak dengar lemah ja. aku tanya, nak kena balik ka?
mak kata,"pakat dengan along"

Along study dekat UPM, Angah UiTM. Bila aku call along, pada mulanya Along kata macam dia tak boleh balik sebab masa tu, minggu final exam. Angah pun macam tu. Tapi bila lepas subuh, Along call, dia kata,"turun Pudu. jumpa kat sana"

Aku beruntung mak aku orang Selangor dan adik beradik dia ada sekitar KL. so, aku dah biasa kalau alone naik komuter, LRT semua. Sampai Pudu, along dah sampai. cuma kena tunggu angah sebab dia ada paper hari tu. lewat sikit dia sampai. bas kami pukul 2 petang. 


Dalam pukul 1, cousin aku call, dia tanya, kami dekat mana. Aku jawab ada dekat Pudu. Bas pukul 2. Aku tanya pasal ayah, kalau-kalau dia tahu. Pastu, cousin aku cakap," Hanum hafal quran, baca la apa-apa dekat ayah." Aku tanya ayah masih di hospital ka? Dia jawab, "ayah dah balik rumah". 


Aku masa tu dah rasa yang ayah dah tak ada. tapi aku tak berapa yakin. Aku cakap dekat kakak aku(angah) kata ayah dah balik rumah. Angah lega. Mesti dia fikir ayah dah sihat. Aku biar ja. tak lama lepas tu, along dapat call daripada abang aku yang study UTP. Dah habis jawab telefon, along datang dekat kami cakap, "ayah dah tak ada...."lepas tu, dia pergi mana aku pun tak tahu. Angah dah terpinga-pinga. Dia macam tak percaya. Betul la kata hati aku tadi. Ayah dah tak ada. Ak mesej kawan baik aku sorang, sorang budak KISAS, dan sorang budak DQ.


Dalam bas, angah dan Along x henti-henti nangis. kenapa aku tak nangis masa tu????aku pun tak tau. yang aku tau, aku kena jawab panggilan saudara mara aku yang tanya kami dekat mana. Sampai Penang (tol Juru), kami turun situ. kemudian, pakcik aku ambil terus bawa balik. Aku termuntah dalam kereta sebab sehari tak makan. sampai ja rumah, subhanallah, ramainya orang!!! Masa tu, nak masuk isya'. Along dan angah turun dan masuk rumah. Aku tak boleh turun lagi sebab tudung kotor. aku tunggu tudung daripada angah. Tapi angah tak keluar-keluar. Aku masuk rumah lepas pak ndak bagi aku tudung. Masuk, terus mandi dan solat isya'. Lepas tu, aku salam mak. Lepas salam terus mak peluk erat-erat. Tak pernah mak peluk aku sepanjang aku ingat. Tapi masa tu, aku tau mak sangat perlukan sokongan kami anak-anak. mata mak dah sembab.Mungkin sebab banyak nangis. 


Malam tu., aku tak ikut pergi kubur sebab mak tak bagi. dah malam lagipun. Esoknya, mak demam. Dah la dia tak makan dekat 3 hari... kami semua risau. Bila bangun pagi esok, aku nak solat subuh jemaah macam selalu kami buat bila balik rumah. then, aku sedar, AYAH DAH TAK ADA...sedihnya hati hanya Allah yang tahu. 


Ketahuilah bahawa hanya orang yang pernah kehilangan orang tersayang sahaja yang mampu rasa kesedihan 
tu...Aku rindu nak panggil panggilan ayah..


Aku teringat doa yang selalu ayah doa bila dekat-dekat dia nak meninggal.


Ya Allah, kumpulkanlah kami sekeluarga di syurga sepertimana engkau kumpulkan kami di dunia...amin


Kasih sayang ayah tak mungkin ada pengganti.
Kalau orang kata seorang ayah biasanya garang. tapi bukanlah ayah aku. Dia tak pernah marah anak-anak dia. Mungkin sebab dia pernah amik kaunseling, so, pendekatan dia sangat menyenangkan. Dia mesti akan bisik kata-kata semangat bila kami dah tidur. mungkin dia tak tahu yang aku buat-buat tidur untuk curi dengar. Dia yang ajar kami mengaji. Sebab kalau ngaji dengan mak macam garang sikit. Dia akan ucap tahniah setiap kali dapat result exam. tak kiah baik atau teruk. Kalau teruk, dia kan nasihatkan kam. Dia yang mulakan usrah di rumah. Walaupun pada hakkatnya, ayah tak pernah sekolah agama. Tapi dia mencari.
Rindu sangat-sangat dekat dia
Sayang ayah dunia akhirat.. 
Alfatihah...


p/s: 10.2 besday dia....rindu nak wish!!


teringat zaman dulu

No comments:

contengan jalanan

get this widget here