Monday, January 24, 2011

tidak boleh tidak rajin

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa kelas, selalunya kalau masuk 1, keluar mungkin akan jadi 0. betapa negatifnya aku. hoho. hyperbola. Study dekat bilik, malam nak test, baru selak nota.(at least tengok juga kan?) Macam ni ka nak dapat dekan. Doa saja, usaha kurang..emmm...Masuk maal hijrah hari tu, kononnya nak berubah jadi rajin. tapi tak nampak gaya pun. macam mana ni hanum? 

Balik kelas hari ni, aku saja-saja la jenguk fb, e-mail, blog, berita harian. Tiba-tiba terasa nak buka baca artikel. Ternampak satu artikal ni, maka terbacalah aku. Menarik dan penuh motivasi.


Nak baca sekali tak??meh aku cerita. aku kan pandai bercerita~

Suatu hari, Imam Abu Hanifah jalan-jalan. Sampai dekat satu rumah ni, dia terdengar suara orang merintih sebab tingkap dia terbuka. Orang dalam rumah tu, merintih mengenang nasib sambil nangis-nangis.
Dia kata, " Aduhai malangnya nasib aku. Aku lah yang paling malang kat dunia ni. Dari pagi, tak makan apa-apa lagi. Ada ka siapa-siapa yang murah hati nak bagi aku minum walau setitk air...."

Abu Hanifah mestilah rasa kesian bila dengar. Beliau pun balik rumah, ambil sebungkus wang. Beliau pun lemparkan bungkusan tersebut ke rumah orang tadi. Orang yang mengeluh tu pun terkejut laa. Mana pulak wujud bungkusan kan... Dia pun buka. Buka-buka ja, dia nampak wang dengan surat. Dia pun baca surat tu. Surat tu tertulis:


" Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah s.w.t. dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."


Esoknya, Imam Abu Hanifah lalu lagi depan rumah tu. Beliau dengar, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, bagilah aku bungkusan macam semalam. Kalau tak, melaratlah hidup aku.huhuhu"


Bila Abu Hanifah dengar ja, Beliau pun lemparkan satu bungkusan berisi wang dan secebis kertas ke rumah tersebut. Orang dalam rumah tu pun rasa seronok sangat-sangat. Macam yang sebelum ni, dalam bungkusan tu, ada surat tulis, 

"Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah s.w.t.. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah s.w.t. tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah s.w.t. tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah s.w.t.. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."



Lepas ja baca surat tu, orang tu pun termenung. dia insaf....Dia dah sedar yang dia malas selama ni. Esoknya, orang tu pun cari kerja. Dia dah berubah jadi rajin....Alhamdulillah

Aku nak jadi rajin juga. Susahnya nak lawan perasaan malas niii...
Aku rasa malas nak malas, sebab asyik malas la buat aku malas...



No comments:

contengan jalanan

get this widget here