Wednesday, January 12, 2011

quran dan tafsir

bismillahirrahmanirrahim
  • nak baca quran atau maksudnya? mana lagi bagus? 
  • kalau baca quran, tapi tak tahu maksud boleh ka?
aku penah dapat soalan ni daripada kawan aku. tak sangka bila balik kampung, sepupu aku pun tanya soalan yang sama. Sepupu aku tu, umurnya darjah 4. Teringat aku masa usrah dekat rumah dengan abang aku. Dia pernah persoalkan dekat kami. Masa usrah, bila kena tanya soalan-soalan tu, banyak la jawapannya.Antaranya:

  1. Metilah baca quran bagus. Sebab bila baca 1 kalimah dapat pahala.
  2. Baca tafsir la bagus. Sebabnya, kalau baca quran tapi x faham nak buat apa. 
  3. Baca dua-dua la senang. (jawapan adik aku)
Abang aku bagi analogi dekat kami. Dia dapat analogi ni daripada seorang ustaz dekat UTP. Ceritanya macam ni:

Pada suatu zaman, ada seorang atuk dengan cucunya. 
Cucunya bertanya kepada atuk itu: atuk, atuk, kalau baca quran tapi tak tahu maksud dengan baca tafsir tapi tak baca ayat quran, mana lagi baik?

Atuk itu pun tersenyum. lalu dia bekata : Cu, ambilkan atuk baldi tu (sambil tunjuk ke sebuah baldi lama yang penuh lumpur di bawah rumah)

Cucu itu pun ambil baldi tersebut. Kemudian, cucu tersebut disuruh untuk mengambil air dari dalam perigi yang terletak kira-kira 100 meter daripada rumah mereka. Cucu tersebut akur dengan arahan atuknya.
Sebenarnya, baldi tersebut dah bocor. Jadi, bila cucu tersebut dah cedok air dan bawa balik ke rumah, didapati tiada air dalam baldi tersebut ekoran kebocoran yang ada. 

Lalu, atuk menyuruh cucu tersebut pergi sekali lagi ambil air. Perkara yang sama juga terjadi.
Kali ketiga, perkara yang sama juga berlaku. Akhirnya, cucu tersebut terasa fed up. 

Dia pun berkata: Malaslah nak ambil air lagi. tak sempat sampai, dah habis. Mana boleh bawa air guna baldi bocor ni.(protes punya cucu)

Atuk itu pun tersenyum. Dia berkata: Cu, cuba tengok dekat baldi tu, ada x lagi lumpur tadi?

Cucu itu pun melihat ke baldi dan didapati tiada kesan lumpur malah baldi tersebut bersih siap shining2 lagi(effect)

Atuk pun berkata: Macam tulah juga kalau kita baca quran. walaupun tak faham, tapi dengan membaca ayat-ayat Allah, hati kita akan bersih, insyaAllah. Tapi, sebaiknya, kita baca quran dan faham maksudnya. faham cu?

Begitulah kisahnya.Aku gunakan cerita tu, untuk terangkan dekat sepupu aku. Dan dia mudah faham berbanding aku terang secara teori yang mungkin dia tak dapat faham lagi.

p/s: 
1) baru ni aku nampak ada cerita ni dekat fb
2) Biasa dengar, sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan. Ada 1 masjid dekat Cameron Highland, papan tandanya tulis: Sembahyanglah dibelakang imam sebelum berada di hadapan imam. unik!!

tafsir oleh Abdullah Razi



2 comments:

DarkArtz said...

walaupun begitu.......
masih ramai yang masih malas mengaji........
termasuklah aku......

pooyuh said...

wah...dah advanced blog ang lani...haahhaha...thumbs up...baguih2..ngehee

contengan jalanan

get this widget here