Monday, March 7, 2011

Pengalaman di bumi China - Hari ke-4

Rabu - 2 Mac 2011
Lokasi: Bilik 6418, Ming Du Hotel
Masa: 6.45 pagi waktu tempatan


'Rasanya aku tengah tidur lagi, tapi kenapa ada bunyi maca National Geographic?'


Hanum......Hanum..... bangun... dah lewat. tak sempat nak sarapan kita ni....


Denga saja nama aku dipanggil dan ada perkataan 'lewat', aku terus bangun menonong masuk bilik air dan mandi. Keluar bilik air, aku terus siap-siap. Dan macam pagi semalam, aku baru sedar aku dah ditipu oleh kak wani untuk kali ke-2. Macam mana aku boleh terpedaya ni????Setiap malam aku tak set jam dan mengharap kak wani kejut sebab aku caj hp. Macam biasa, 7.30 kami turun untuk makan sarapan. 


Masa di lobi, aku nampak banyak-banyak beg bagasi orang berkumpul di lobi. Rupanya kumpulan daripada Korea yang aku jumpa hari tu dah nak bertolak balik hari tu.


Aku masuk cafe dan makan. Kali ni aku ambil nasi goreng, telur, sosej, dan pau. sedap boleh tahan juga nasi goreng dia. tak la berminyak sangat. 


makanan sarapan aku
Masuk hari ke-4, kami dah macam boleh biasakan diri dengan sejuk kat sana. salji pun dah banyak yang cair. Destinasi kami yang pertama ialah Kedai Jade dan batu granite ataupun Olympic Sponsor Jewelry City. Kedai tu, pemiliknya ialah orang Malaysia. Orang Cheras, Kuala Lumpur. Dekat sana, kami bersembang-sembang dengan bos ke-2 iaitu anak saudara pemilik kedai tu. Masa borak-borak kosong dengan bos ke-2 tu, rupanya bos besar dia ialah pelakon Hong Kong suatu masa dulu, Dia juga merupakan stunt man di USA dan dia ada kedai Jade yang besar di Beijing. 
pintu masuk kedai


Yang paling best dekat kedai tu, kalau tengok harga yang dia pamerkan kat barang-barang tu, almost 500 yuen. Bos ke-2 tu kurangkan jadi 100 yuen *untuk jade putih* dan 150 yuen *untuk jade hijau*. Tak lama lepas tu, dia kata," saya tengok macam kamu spend a lot of money untuk jade. So, saya kurangkan harga jadi 50 yuen for white jade and 100 yuen for jade hijau"


500 000 yuen jade-total jade!!
Dalam sekelip mata, kaunter bayaran tu jadi macam pusat makanan ikan yang kelaparan. Semua pakat gila beli jade. murah kootttt....tulen plak tu...
Masa nak keluar kedai tu, kami semua diberi loket jade hijau setiap sorang sebagai cenderahati. seronokkkk~ =)


Lepas melawat kedai Jade, kami bergerak ke stadium Olimpik 2008,Bird's nest. Kawasan kat sana saaaanggaaattt lapang. Sebelah bird's nest, ada satu hotel ni, bentuk dia macam naga. Hotel tu ialah hotel 7 bintang!!! mewah sangat~
hotel naga
Sekitar situ, ada beberapa penjual yang cuba tawar harga untuk jual barang-barang yang depa jual. Tapi fokus kami adalah bird's nest. Tak lama pun dekat situ, dalam 1 jam 15 minit saja kot. 






Lepas habis tangkap gambar, posing semua, kami makan dekat sebelah Kedai Jade tadi. Kat situ siap ada persembahan tarian lagi. Seksinya tak payah cakap la. Astaghfirullah~


Selesai makan, kami naik bas ke  Kedai Teh *hak milik kerajaan China*. Kat sana, kami diberi minum pelbagai jenis teh. Ada yang pahit, manis, tak ada rasa, semua ada laaa...
daun teh jadi banyak bentuk


Apa yang best dekat sana ialah, kami belajar cara nak minum teh dengan bergaya.hahahaha
Antara tips yang kami dapat ialah:

  • Untuk lelaki, bila pegang cawan teh yang kecil tu, ibu jari dan jari telunjuk mesti dekat badan cawan. 3 jari yang lain mesti letak dekat bawah cawan. dan 3 jari tu mesti tertutup dengan rapi. Itu adalah simbol kegagahan lelaki tersebut
  • Untuk perempuan pula, ibu jari dan jari telunjuk sama mesti dekat badan cawan. 3 jari yang lain pun sama dekat bawah cawan. Bezanya ialah hanya jari hantu dan jari manis yang mesti rapat. Jari kelingking mesti keluar macam tunjuk arah luar. Itu adalah simbol karisma, keayuan, keanggunan seorang perempuan.
  • Kalau minum teh yang tak ada rasa atau pahit sikit (tak ingat nama teh tu), kita mesti hirup sampai ada bunyi slurrrppppp.....baru rasa dia macam feel sket
  • Kalau teh yang rasa manis sikit atau ada rasa, minum macam biasa, tapi lepas minum, kena gerakkan bibir mulut sampai ada bunyi(tak tau nak terangkan macam mana)
Macam-macam kan????hmmm..habis dekat kedai teh tu, kami bergerak ke masjid. Masjid tu nak kata lama dah dibina pun tak juga. Biasa-biasa laa.....tapi cantik masjidnya...





Habis solat kat sana, kami gerak ke kedai pisau a.k.a Kitchen Appliance Store *kedai hak milik kerajaan China*. Kat sana kami boleh kata dipromote untuk beli barangan dia laaa...banyak jenis pisau dan tajam-tajam. Bahan untuk buat pisau tu pun berkualiti dan bermutu tinggi. Masa kami nak balik, kami diberi cenderahati pisau setiap sorang. Pisau kecil dan comel....=)

pintu depan kedai
Hari pun dah petang. dah pukul 6.00 petang. Kami pergi makan di Restoran Muslim. Makanan lauk-pauknya tetap sama. Ada sup telur, sayur, ikan air tawar goreng, nugget goreng, ayam masak madu(tapi isi ayam sangat lembut) dan lain-lain lagi. Air semestinya air teh cina yang tak ada gula itu dan air masak panas.
itadakimasu

my meal
Habis makan, kami hantar budak-budak yang nak pergi tengok Shao Lin Kung Fu Show. Yang pergi tu, kena bayar 180 yuen. Budak-budak yang tak pergi, dihantar balik hotel.

Dalam pukul 11 malam, kami semua berkumpul di ruang lapang di tingkat 4 untuk final practice sebelum kami melawat Beijing Foreign Studies University pada esok hari. Dalam pukul 12.30  lebih baru habis practice. Memang sangat penat pada hari tu. 

Masuk bilik, kemas-kemas barang untuk bawa pergi BSFU esok, lepas tu, terus landing atas katil. Dalam beberapa saat saja dah syahid.. penat~

No comments:

contengan jalanan

get this widget here