Sunday, March 6, 2011

Pengalaman di bumi China

Bismillahirrahmanirrahim


"Tuntutlah ilmu walau ke negeri China"


Masa aku kecil-kecil dulu, ak pernah berdoa untuk main salji dan kalau boleh nak belajar di luar negara. Ternyata Allah itu maha Mendengar. Dia akan makbulkan doa hamba-Nya. Cuma masa sahaja yang tak tentu sama ada lewat atau cepat. Setiap perkara ada hikmahnya.

Pada tarikh 26 Februari 2011, aku naik flight ke Kuala Lumpur pada jam 10.50 malam (sepatutnya pukul 10.30 - flight delay) Sampai di LCCT, kami berkumpul di Food Court. Lepak dekat sana sampai pagi.


Penasihat kami, Encik Shah Imran bagitau kami malam tu yang dia risau sebab dekat Beijing ada ribut salji. Mungkin flight kami akan delay atau kalau tak delay, mungkin kami akan tersangkut di Airport Tienjin sebab jalan raya licin dengan salji. Kami hanya berserah  pada Allah. Moga diberi yang terbaik.


 Dekat LCCT, punya la boring!!!! Nak tidur pun tak selesa. (tetiba teringat katil kat USMKK) Tapi oleh sebab sepanjang hayat aku, aku tak pernah tak tidur malam walaupun ada kem burung hantu ka apa... aku tidur la dekat LCCT. itu pun 20 minit saja.....
semua kepenatan - yang belakang tu tengah bergosip ke apa ntah laaa
Flight ke Tienjin pukul 8.30. Dalam pukul 6.00 kami kena check-in. Pukul 5 lebih ak tersedar bila Encik Imran kejut semua bangun dan suruh siap-siap. Ngantuknya!!!!!! Stay up dekat asrama pun tak pernah ngantuk macam tu tau(hyperbola).


Bila semua dah kumpul, check-in masuk. Mula-mula salah check-in luggage. Termasuk dekat domestik check-in. Pastu, kena keluar balik. Barulah jumpa jalan yang benar~ Habis check-in, lepak-lepak kejap sambil tangkap gambar dengan banner. Lepas tu, masuk, lalu kat kastam semua macam normal, pastu tunggu kat tempat menunggu. Solat subuh kat situ. Dalam pukul 8.15 kami dibawa masuk flight. excited!!!!!(grinning from ear to ear) :D


Berdebar, seronok, nantuk, penat, lapar..... semua bercampur aduk. tak tau la nak cakap macam mana. Dah naik flight!!!!!hoho... Beijing.... here we come. Flight dia besar~ Aku ingat kan naik flight lama-lama best... rupanya, sakit tulang belakang jadinya. Lenguh!!!


Sepanjang dalam flight, aku dok tepi tingkap. Semua orang pun aku rasa tidur dalam flight. 5 jam 40 minit. Aku terjaga rasa-rasanya masa FA announce kata dah nak sampai. Aku buka tingkap dan tengok luar.


" Eh, kenapa putih ja??? kata nak mendarat dah????"


Konfius aku. Rupa-rupanya, semua tu salji!!!!wohooooo..... aku tengok salji depan mata. alhamdulillah. Doa termakbul. Semua jalan raya dan atap rumah diselimuti salji. Subhanallah cantiknyaaaaa~ Tapi aku tak tangkap gambar sebab aku tak bawa kamera. Cuma bawa handphone cyber-shot aku ja. Jadinya, tak boleh on hp dan tangkap gambar....hehe

RM1 = 2.13 yuan
Flight aku tu mendarat tak smooth sangat la. Boleh dimaafkan sebab licin ada salji. Bila tiba masa nak keluar dari flight, kami lalu dekat terowong. tapi mestilah ada rongga skit kan??? keluar saja flight, brrrrr... sejuk wooo!!! mana tak nya -6 darjah celcius. Macam dalam peti sejuk. Sebelum keluar airport untuk ke bas, kami dinasihatkan untuk pakai pakaian yang betul-betul lengkap. Masa tu keluar la segala mafla, snow cap, long john, winter coat.... semua laaa. Stokin pun double tau....
kastam China



Keluar saja airport, kami nampak salji di mana-mana saja. Lagi jakun atau perak bila kami cakap keluar asap. Macam kat oversea!!!!!!hahahahahaa.... Dah macam dalam drama korea... best saaaanngaaaaaaaattttt..... Thank you Allah sebab bagi kami pengalaman ni.
luar airport
Naik bas ada heater. Tapi masa dekat bas, ada beberapa orang tak cukup lagi. Jadi kami yang dekat bas dah, apa lagi kan, main salji laaaaa... baling-baling snow ball. seronoknya hanya Allah yang tahu. Walaupun kami pakai glove, tapi bila pegang salji, sejuknya meresap masuk dengan sangat cepat!!!

put dan asilah tengah seronok main salji
Bila semua dah cukup, kami gerak ke Beijing. Dalam 2 jam juga la. Ada pemandu pelancong nama Michael yang bagi briefing sikit. Awal-awal semua bising-bising. Masuk dekat setengah jam, semua syahid!!! Buka-buka mata, kami dekat tempat tengok Acrobatic show.

Dengan muka sememeh, kami pun keluar bas. Tengok acrobatic show yang sememangnya aku tak pernah tengok, betul-betul mengagumkan aku. 1 jam show tu. Aku ada rakam tapi nak masuk kat sini macam sangat slow nak upload... Jadi aku tak letak kat blog ni.hoho

acrobatic show...
Habis acrobatic show, kami pergi makan. satu meja dalam 8 orang. Ada 8 jenis lauk Puas x puas???hahahaha.....Semua dah macam pirana. Asal letak ja 1 lauk, habis!! letak satu lagi, habis juga. Buruk lantak betul~hahahaha....
muka kelaparan :P

tak sempat nak tangkap gambar dah habis kena sapu

Lepas makan, kami check-in hotel. Nama hotel tu Ming Du Hotel. Besar dan cantik!!!! 1 bilik 2 orang. nombor bilik aku dengan kak wani ialah 6418. Ingat kan tingkat 6. Nasib baik kami naik lif dengan sorang pak cik China ni. Dia yang bagitau kata bilik kami dekat tingkat 4.

kaunter
tak sabar nak masuk bilik
Masuk saja bilik. Aku attack katil dulu. Lega rasanya boleh baring-baring. Ada bath tub, almari, meja solek, sofa, katil, TV, telefon, heater air panas.... lengkap la... Aku on TV. Semua channel China. Nasib baik ada channel HBO dengan Star Movie. Tapi translator dia in Mandarin la kan.... Lepas mandi, kemas-kemas barang semua, aku dan kak wani baring atas katil. Tak sampai 10 minit, dua-dua tertidur.Nasib dah solat. Kami tidur betul-betul lena...... penat!!


itulah hari pertama aku di bumi China....

5 comments:

DarkArtz said...

nak iphone........
huhuhuhu.........

Rafidah Bakri said...

pelajar diploma dental...
ada ole2 utk pengetua x??
hehe

fasihahhanum said...

i phone x ori la aza....sori...aku ada gak pi usha....murah mg murah...tpi en imran kata, kualiti x bagus... x tahan lama...
pida: bukan dh dpt t-shirt ka sport sc??hahahaha

- sharuLcyber- said...

beijing mmg ada salji eh?

fasihahhanum said...

time winter ada snow...sejuk~

contengan jalanan

get this widget here