Sunday, March 20, 2011

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim


Dekat seminggu jugak aku tak buka dan jenguk blog ni. Alhamdulillah ada masa nak tengok hari ni. Alang-alang post entri baru kan???hoho


Khamis baru ni, lepas balik dari pasar malam, aku duduk makan berdua dengan rumet aku, Nurul Atiqah Zulazmi. Masa dah habis makan, terkeluarlah satu cerita daripada dia. Cerita dia agak menyedihkan. 


Kisahnya bermula begini....


Dalam 8 tahun yang lalu(rasanya laa), kelas adik ika ni, ada buat macam lebih kurang sambutan la kat sekolah dia. Sambutan apa tak pasti pula. Kelas adik ika buat rumah hantu. Jadi, cikgu pesan dekat murid-murid kelas tu, sesiapa nak jadi hantu, esok bawa topeng.


Pada keesokan harinya, Budak-budak yang nak jadi hantu (watak hantu) pun datang dengan topeng menggerunkan yang dibeli di kedai. Lepas perhimpunan, depa pun disuruh berkumpul... 


Ada seorang budak ni, dia memang naaaaaaak sangat jadi watak hantu. Dia pun bawa topeng dia. Tapi, cikgu tak benarkan dia jadi watak hantu. Sebabnya ialah topeng yang dibawa bukanlah topeng macam budak-budak lain. Topeng dia menggerunkan juga, tapi sebab dia buat sendiri guna kertas dan ikat getah, topeng dia di disqualified. Mngkin cikgu risau topeng dia terkoyak kalau orang tarik masa tengah takut-takut. Dia saaaaannngggaaat sedih. Tambahan pula, kawan-kawan yang lain yang ada topeng yang beli dari kedai pakat gelakkan dia.


Kesian dia kan...


Ada satu lagi kisah, zaman aku sekolah rendah dulu, masa hari merdeka, cikgu suruh beli bendera yang ada coklat tu. Aku dan kawan-kawan pun beli. Tapi ada salah sorang kawan aku, dia tak beli, tapi dia buat sendiri. Sebabnya, bila dia balik sekolah naik bas masa petang, sampai rumah, ayah dia dah pergi kerja. Ayah dia kerja guard.Mak dia tak pandai bawa kenderaan dn memang tak ada kenderaan lain dekat rumah sebab ayah dia guna. Jadi dia tak sempat nak beli. Yang aku tau, dia ni bukan daripada keluarga yang senang.


Esoknya, semua bawa bendera untuk tampal dalam kelas. Bendera orang lain semua cikgu ambil tampal, tapi bendera dia cikgu tak ambil tampal dekat dinding. Yelah, mana sama kan bendera beli dengan bendera yang warna sendiri. Kawan aku saaaangat sedih dan dia nangis waktu rehat. Aku masa tu, umur 9 tahun, tak reti lagi nak menegakkan keadilan ke apa (nak bgtau cikgu masa tu sangat takut). Hanya mampu dengar dan pujuk kawan aku. 


Setiap kali aku teringat mesti aku sedih sebab aku terbayangkan dia dengan adik beradik yang ramai, kerja sekolah yang banyak, boleh peruntukkan masa untuk buat bendera tu...hmmm


Sebenarnya moral of the story is, hargai hasil usaha seseorang yang telah bertungkus lumus menghasilkan sesuatu. Kalau tak suka, hargai masa dan tenaga yang dah dikorbankan. Kadang-kadang ucapan terima kasih saja boleh melegakan hati orang lain. tak ka???Mungkin teguran yang berhikmah boleh digunakan kalau kerja seseorang tu tak memuaskan hati kita. =)




Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya dan tidak mengecewakannya (membiarkannya menderita) dan tidak merosakkannya (kehormatan dan nama baiknya). 
[Hadis Riwayat Muslim]

* Teringat ayah, kalau dulu-dulu buat sesuatu walaupun benda kecil, dia mesti akan senyum dan cakap terima kasih, pandai anak ayah... Mak pun sama akan ucap terima kasih bila anak-anak dia buat sesuatu untuk dia. Moga mulut aku pun ringan ucap terima kasih.

No comments:

contengan jalanan

get this widget here