Monday, March 7, 2011

Pengalaman di bumi China - Hari ke-3

"hanum....hanum...."


sayup-sayup kedengaran nama aku dipanggil. Aku gosok mata dan aku nampak kak wani tengah mengadap aku. Di luar jendela, aku nampak cahaya matahari sudah semakin menyinar.


" pukul berapa dah kak wani??"
kak wani membalas,"pukul 7.30 dah hanum"


terkocoh-kocoh aku bangun terus masuk bilik air dan mandi. setelah dalam agak 5 minit mandi, aku pun keluar. Terus bersiap. Mulanya aku agak pelik sebab aku tengok kak wani relax ja. Tak kalut pun nak bersiap Aku dah nak hampir siap. Aku pergi ambil hp aku, takut terlupa bawa. Bila aku tengok jam di hp aku....... 7.03 a.m.....


Apakah ini semua?????????aaaaaaaaaaaaaaaaaa......tensyen melanda diriku.


Rupanya kak wani tipu aku. Pagi-pagi buta aku dah kena tipu.. adooiiii...memang trick yang bagus untuk kejut.haish~  Aku pun malas nak ambil kisah. terima kasih kak wani sebab kejut =) Aku kemas barang-barang yang nak dibawa:

  1. handphone
  2. handy cam
  3. dompet
  4. losyen
  5. lip bulm
  6. tisu
  7. plaster
semua aku masukkan dalam beg sandang aku. Persediaan untuk cuaca sejuk.....

Aku sempat jeling-jeling tengok cerita apa ntah kat channel Star Movie tu. Bajet macam faham ja laa....
Dalam pukul 7.30 aku keluar bilik dengan kak wani untuk pergi sarapan. Kali ni aku bawa kupon. tak ada tercicir mana-mana. alhamdulillah. 

Dengan penuh keyakinan aku melangkah masuk cafe hotel. Banyaknya pilihan makanan....... Ada nasi goreng, kueyteow goreng, bubur, telur rebus, telur goreng, kuih pau, sosej, sayur, roti dan jem pun ada.... Air pula ada air masak panas, air epal, nescafe panas, kopi panas...... fulamak~sedap makan kalau macam ni.


Pilihan aku ialah kuwyteow goreng, sosej dan air masak panas. Punya la bersuasah-payah aku makan guna copstick...Tambahan pula makanan sana memang sangat laaa berminyak. Habis makan, kami kumpul ramai-ramai di lobi dan naik bas. Kali ni kami nak jalan pergi mana????hahhahaa
sebelum masuk ke Forbidden City

Perjalanan kami yang pertama menuju ke Forbidden City ataupun Istana larangan. Istana ni sangat besar. Agak-agak dalam 72 hektar. Ni kira istana tempat maharaja duduk la zaman dulu-dulu. Tourist guide kami nama Amelia bagitau, istana ni mengambil masa 16 tahun untuk siap bina. Seramai 1 juta pekerja diguna untuk  bina istana ni. Macam mana bangunan istana ni sangat kukuh walaupun dah hampir seribu tahun lebih dibina???

Sebabya ialah, maharaja China sangat kejam. Pada masa dulu, dia tanya dekat arkitek dan engineer pada masa tu la. Dia kata, siapa yang boleh buat istana dia dengan sangat kukuh?? Ramai la yang offer nak buat. glamour la kan kalau boleh amik projek tu. Tapi, maharaja sambung lagi, " beta nak istana beta tak akan runtuh walau apapun yang terjadi. Kalau runtuh, serta merta kepala dia juga akan terpisah dengan badan"
sekitar kawasan istana
laluan maharaja-dia x jalan sendiri
Jadi, dalam ramai-ramai yang angkat tangan tadi, tinggallah seorang yang stay ambil cabaran tu. Sebab tu la istana dia megah berdiri sampai sekarang. Ssungguhnya semua itu dengan izin Allah juga. betul tak??
Dalam istana tu, ada pintu yang ada 9 bonjol. Kononnya, kalau kalau kita drag tangan kita dari kiri ke kanan mula dari bonjol pertama hingga ke-9, umur kita akan panjang. tapi jangan tersalah arah drag la.....
ni la pintu tu..
Masuk dalam kawasan istana, ada banyak bangunan lain. Masa dulu-dulu, bangunan-bangunan tu ialah bangunan untuk pengawal istana, gundik semua la. Jalan macam jambatan pun ada banyak. Yang paling tengah ialah jalan maharaja. Orang lain tak boleh lalu situ. Kalau lalu, kasi pancung kepala semuanya!!!Jalan jambatan yang lain ada khas untuk maharani, untuk gundik dan pengawal dan pegawai.

ini adalah laluan pegawai istana
Jalan lagi, kami jumpa istana maharaja ataupun office tempat dia selalu duduk. Bangunan office dia, pada masa dulu adalah bangunan tertinggi di Beijing. Siapa yang buat rumah lebih tinggi daripada bangunan tu, kasi pancung kepala semuanya!!!
ruang tengah istana
Masuk dalam lagi, kami jumpa satu bangunan ni. Bahagian dalamnya ada katil, tempat duduk, meja teh semua. Atas katil tu ditutup oleh cadar. Cadar tu sebenarnya dah berusia 1000 tahun lebih. Tak pernah ditukar. Fully silk dan ada sulaman benang emas. Tahan kan??? Sebenarnya bilik tu ialah bilik pengantin maharaja dan maharani. Bilik tu hanya digunakan pada malam pengantin maharaja sahaja. Lepas tu, maharani sendiri pun tak boleh masuk bilik tu. Untuk pengetahuan, maharaja hanya jumpa maharani beberapa kali sahaja sepanjang hayat mereka sebab maharaja akan bertukar-tukar gundik pada setiap malam. Penyiksaan batin kan untuk maharani???hahahaha

cadar berusia 1000 tahun lebih
Dalam kawasan istana tu pun ada kawasan macam taman laa.. Alaaa....macam dalam cerita Cina yang kita tengok dalam tv tu.... cantik.....Siap ada pokok nama pokok suami isteri lagi.

Habis melawat istana yang besar tu, kami terus ke Silk store. Silk store ni kedai buat kain sutera *hak milik kerajaan China*.. Kat sana, kami boleh tengok kepompong ulat sutera, lepas tu boleh tengok macam-macam jenis kain sutera. Ada yang sulaman 2 lapis la, satu lapis la... macam-macam ada~ Aku ada laa borong sikit dekat mak dan kakak aku. (mesti depa seronok kan?) Sutera sangat lembut dan licin...... cantik sangat~

dengan jurujual kedai sutera
Habis kat sana, kami pergi makan. mesti lah kan???...lapar~ Makanan rasanya lauk yang sama macam semalam.hahahaha....masih menyelerakan.

Lepas makan kami melawat ke Summer palace. Ni satu lagi istana. Istana apa pula dah????

Istana ni ialah istana khas dikunjungi oleh maharaja dan maharani pada musim panas sahaja. Kawasan dia ada tasik, sangat cantik. Kalau tangkap gambar kawin kat situ memang cun laaa....*apa kaitan??*
Apa yang best ey dekat summer palace ni??aku pun tak berapa pasti. tapi yang pasti kawasan dia sangat cantik. 




Pada masa maharaja dulu, ada seorang gundik ni, sangat tensyen, dan dia pun bunuh diri dengan gantungkan diri dia di satu bangunan tertinggi di istana tu. Mayat dia terjatuh dan ditemui di Sungai Kuning kalau tak salah.hmmm
belakang tu tempat gundik tu gantung diri

Habis dekat summer palace, kami melawat pula Fresh Water Pearl Shop *kedai hak milik kerajaan China*. Kedai ni jual pearl yang tulen. Daripada situ, aku baru dapat tau yang ada 2 jenis mutiara. satu mutiara laut yang mana 1 tiram hanya ada 1 mutiara. Satu lagi mutiara sungai yang mana dalam satu tiram ada berpuluh-puluh mutiara. Macam mana nak bezakan mutiara palsu atau tulen??
  • Kalau mutiara tulen, bila digeserkan di kaca, dia akan keluarkan serbuk putih. Tak kira itu mutiara warna hitam, pink, peach atau putih. Tetap akan keluarkan serbuk putih. Kalau yang tipu, dia akan keluarkan serbuk berwarna.
  • Mutiara tulen tak akan hilang sinar berbanding dengan mutiara palsu yang akan hilang sinar lepas beberapa bulan guna.
Sebenarnya, masa kami melawat kedai mutiara ni, ada 5, 6 orang yang tak ada dalam kumpulan kami. Antaranya ialah yana, Mat, Asilah, Prof Nurin....yang lain aku tak ingat. Sebabnya depa tersesat dalm summer palace. Jadi bila depa call Amelia, Amelia suruh jumpa dekat kedai untuk makan dinner. Sebab kalau nak masuk cari dalam Summer palace tu pun tak padan. Sebab sangat besar. Kang daripada 6 orang hilang jadi satu rombongan pula hilang.

Dalam pukul 6.20, kami bertolak pergi kedai makan. Makan malam~Masa tu la kami jumpa people yang lost in action tadi tu. Habis makan kami bertolak balik hotel dan berehat.

Malam tu, aku tak perasan yang aku tertidur tanpa tutup tv. Dalam pukul 2 lebih, kak wani bangun, dia yang off kan tv. hehe


2 comments:

Anonymous said...

awalnye balik hotel,ni mesti dekat beijing china kan?,kitaorg kat shanghai balik kat hotel jam 9 lebih mlm...

fasihahhanum said...

a'ah...dekat beijing =)

contengan jalanan

get this widget here